Cikgu Gosa: Wap air terdiri daripada zarah-zarah yang sangat kecil dan diskrit. Zarah -zarah ini tidak boleh dilihat oleh mata kasar atau melalui mikroskop cahaya, zarah - zarah hanya boleh dilihat oleh mikroskop elektron. [VIDEO ANIMASI]
Shida: Maaf cikgu Gosa, Mikroskop elektron ada disediakan di makmal sekolah ke Cikgu? Kami ingin melihat apa yang boleh dilihat olehnya.
Cikgu Gosa: Mikroskop elektron tiada di sini kerana hanya di universiti sahaja yang ada sediakan alat itu. Di bawah mikroskop elektron, kamu semua akan dapati yang zarah-zarah adalah jauh antara satu sama lain dan tidak disusun secara teratur. Terdapat banyak ruang antara zarah-zarah gas dan zarah-zarah ini bergerak secara rawak dan berlanggar antara satu sama lain. [VIDEO ANIMASI]
Yaya: Oh jadinya inilah sebab mengapa gas tidak mempunyai jisim yang tetap kerana ia mengikut isipadu dan bentuk bekas. Ia juga boleh dimampatkan. Betul tak cikgu Gosa?
Cikgu Gosa: Tepat sekali Yaya! Nampaknya awak faham istilah gas ini! Okay seterusnya cecair pula, zarah-zarah tersusun lebih rapat berbanding gas dan tidak disusun secara teratur. Tidak banyak ruang antara zarah-zarah dalam cecair. Zarah-zarah dalam cecair bergerak dengan lebih bebas dan berlanggar antara satu sama lain. Oleh itu, cecair mempunyai jisim dan isipadu yang tetap. Cecair sukar untuk dimampatkan dan ia mengikut bentuk bekas. Setakat ni faham tak semua apa yang cikgu terangkan ? [VIDEO ANIMASI]
Semua pelajar: Faham cikgu Gosa
Tasya: Bagaimana pula pepejal cikgu gosa?
Cikgu Gosa : Ok baik, zarah-zarah dalam pepejal tersusun dengan rapat dan secara teratur. Zarah-zarah dalam pepejal bergetar pada kedudukan yang tetap dan ruang antara zarah-zarah adalah sangat kecil. Ini lah sebab mengapa pepejal mempunyai jisim dan bentuk yang tetap. Ia juga mempunyai isipadu yang tetap dan tidak boleh dimampatkan. [VIDEO ANIMASI]
Tasya: Saya ada membaca bahawa pergerakan zarah-zarah di dalam jirim dijelaskan oleh teori kinetik jirim. Apakah yang dimaksudkan oleh teori itu cikgu Gosa?
Cikgu Gosa: Bagus soalan tasya,nampaknya awak bersedia dengan tajuk kita hari ini. Baiklah, teori kinetik jirim menyatakan bahawa jirim terdiri daripada zarah-zarah kecil dan diskrit yang sentiasa bergerak. Zarah-zarah ini sentiasa berlanggar antara satu sama lain. Zarah-zarah bergerak dengan lebih pantas apabila dipanaskan dan lebih perlahan apabila disejukkan. Maka, jirim wujud dalam 3 keadaan berbeza iaitu pepejal, cecair dan gas. Sebagai contoh, uncang teh adalah pepejal, air panas adalah dalam keadaan cecair dan wap air adalah dalam keadaan gas. [VIDEO ANIMASI]
Shida : Saya ada soalan cikgu Gosa, adakah kesemua ais, air dan wap air adalah air?
Cikgu gosa: Air adalah satu-satunya bahan yang wujud dalam semua 3 keadaan secara semulajadi. Pada suhu bilik, air adalah dalam keadaan cecair, ia berubah kepada keadaan pepejal dalam bentuk ketulan ais apabila dibekukan. Pada suhu 100•c, air berubah dari keadaan cecair kepada gas dalam bentuk wap air. Okay semua, setakat ini faham apa yang saya jelaskan?
Semua pelajar : Faham cikgu Gosa.