Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BAHASA DALAM RUMPUN DAN KAWASANNYA - Coggle Diagram
BAHASA DALAM RUMPUN DAN KAWASANNYA
BAHASA DAN RUMPUN KAWASANNYA
Setiap bahasa mempunyai masyarakat penuturnya. Sesuatu bahasa itu akan luput jika tidak mempunyai masyarakat penuturnya, contohnya seperti yang terjadi pada bahasa Latin dan Sanskrit. Secara tidak langsung kenyataan ini bermaksud setiap bahasa mesti mempunyai penyebaran dan kawasan serta penutur tertentu.
PENYEBARAN BAHASA MELAYU
Semenanjung Malaysia merupakan kawasan penyebaran pusat bagi bahasa Melayu. Dari kawasan penyebaran ini, bahasa Melayu kemudiannya tersebar ke kawasan-kawasan seperti yang berikut iaitu Sumatera, Pulau-pulau di antara Semenanjung dan Sumatera, Pulau-pulau di antara Sumatera dan Borneo, Kawasan tertentu di kepulauan Borneo dan Pulau Jawa dan pulau-pulau lain di Indonesia dan Filipina.
Bahasa tersebar melalui
DUA
cara, iaitu:
PERPINDAHAN
penuturnya: merujuk kepada proses di mana individu atau kumpulan yang menggunakan bahasa tertentu berpindah dari satu tempat ke tempat lain. Ini boleh berlaku melalui migrasi, di mana penutur bahasa membawa bahasa mereka ke lokasi baru.
DIFUSI
: proses di mana bahasa dan unsur-unsur bahasa tersebar melalui interaksi sosial, perdagangan, atau media.
PENYEBARAN BAHASA DAN BANGSA
PENYEBARAN BAHASA ARAB DI MALAYSIA
PENGARUH PEDAGANG DAN MUBALIGH
Orang India dan Arab menyebarkan bahasa mereka di alam Melayu secara sukarela, melalui perdagangan dan pengembangan agama.
Bahasa Arab diajarkan semasa pengislaman orang Melayu, dengan sebahagian mempelajarinya untuk memahami al-Quran dan Hadith.
PENYEBARAN BAHASA CINA DI MALAYSIA
KEDATANGAN ORANG CHINA
Orang China datang secara sukarela, terutamanya disebabkan keadaan tidak menyenangkan di negeri asal mereka.Penyebaran bahasa Cina berbeza dari bahasa Sanskrit dan Arab, kerana kurangnya penyerapan dalam bahasa Melayu.
PENYEBARAN BAHASA TAMIL
BAHASA BERKEMBANG KERANA PEKERJAAN
Penyebaran bahasa Tamil dan bahasa dari India Selatan juga tidak melibatkan orang Melayu dalam proses tersebut. Kedatangan mereka didorong oleh East India Company untuk bekerja di ladang getah.
PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU KINI DAN MASA HADAPAN
MASA HADAPAN
perkembangan bahasa akan berlaku skiranya bahasa Melayu sentiasa digunakan
kemasukan bahasa luar atau global mampu mempengaruhi perkembangan bahasa
keterbukaan kepada bahasa global akan mengubah atau memperkayakan sesuatu istilah bahasa Melayu itu sendirI
KINI
Perkembangan berlaku apabila terdapat penggunaan istilah dan frasa baru yang seiring dengan perkembangan semasa samada teknologi dan budaya pop. Bahasa kini lebih dinamik dan relevan
PEMBEKUAN BAHASA
Merujuk kepada bahasa yang menjadi statik kerana tidak lagi digunakan
Bahasa beku tidak mengalami perkembangan dan biasanya terdapat dalam naskhah lama. Contoh bahasa beku termasuk
bahasa Latin dan Sanskrit,
yang pernah menjadi bahasa budaya tinggi dan kini tidak lagi berkembang
Bahasa Melayu kuno
juga terbeku, dibuktikan dengan penemuan prasasti di Pulau Bangka dan Palembang.