Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERMAKNA - Coggle Diagram
KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERMAKNA
Pembelajaran Berasaskan Inkuiri
Pelajar menjadi penggerak utama yang bertindak mencari jawapan dan memahami konsep melalui soalan, penyelidikan, eksperimen, dan refleksi.
Pelajar mengemukakan soalan, pernyataan masalah atau hipotesis untuk dijadikan sebagai topik kajian
Pembelajaran Berasaskan Otak
Proses pembelajaran berkait rapat dengan struktur dan perkembangan otak.
Pembelajaran yang melibatkan pengalaman langsung dan emosi lebih berkesan
Pembelajaran Hibrid
Kaedah penyampaian pembelajaran yang melibatkan pelajar dengan
kehadiran secara fizikal di lokasi pembelajaran bersama tenaga pengajar
Pada masa yang sama, terdapat pelajar
lain mengikuti pembelajaran tersebut secara dalam talian.
Tenaga pengajar memudah cara sesi pembelajaran
tersebut secara segerak.
Pembelajaran Berasaskan Masalah
Pelajar belajar melalui proses penyelesaian masalah yang kompleks dan tidak berstruktur
Pelajar diberikan situasi atau masalah yang mencabar, yang memerlukan mereka untuk meneroka, menyelidik, dan mencari penyelesaian yang berkesan.
Pendekatan ini menekankan kerja kolaboratif, penyelidikan kendiri, dan pemikiran kritis pelajar.
Pembelajaran Teradun
Sesi Pdp dijalankan secara fizikal dan disusuli aktiviti dalam talian dan sebaliknya (
flipped classroom)
Kaedah pembelajaran yang menggabungkan teknik pengajaran bersemuka dan / atau tidak bersemuka (Aktiviti media berkomputer)
Pembelajaran Terbalik
Pelajar perlu belajar terlebih dahulu di rumah berdasarkan bahan/video yang diberikan oleh guru secara dalam talian
Keesokan harinya, pada sesi pembelajaran guru dan pelajar akan membincangkan kandungan video
Pembelajaran Terbeza
Mengambil kira 3 aspek iaitu melalui kandungan, proses dan hasil.
Pelajar belajar secara optimum mengikut aras atau situasi pelajar.
Mengambil kira tahap pembelajaran pelajar, kecenderungan serta kemampuan pembelajaran.
Pembelajaran Konstektual
Pelajar berupaya mengenalpasti perhubungan yang bermakna antara idea abstrak dan aplikasi praktikal dalam konteks alam yang nyata.
Pembelajaran Konstruktif
Guru berperanan sebagai
fasiliatator
yang membantu pelajar membina pengetahuan dan menyelesaikan masalah
Pelajar akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru
Pelajar membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan atau pengalaman sedia ada
Pembelajaran Berasaskan Projek
Pelajar mempelajari pengetahuan dan kemahiran melalui pengalaman aktif dalam jangka masa tertentu (1 - 2 minggu)
Pelajar menyelesaikan masalah atau mencipta produk yang bermakna.