Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
HAK ASASI MANUSIA DI MALAYSIA - Coggle Diagram
HAK ASASI MANUSIA DI MALAYSIA
1) PENGENALAN
Definisi Hak Asasi Manusia
Hak milik setiap individu tanpa diskriminasi (Agama,Bangsa,Jantina,Latar Belakang)
Asas kehidupan bermaruah dan bermartabat.
Semua manusia bebas dan dan mempunyai hak sama.
Perlindungan Hak Asasi di Malaysia
1) Perlembagaan Persekutuan (Undang-Undang Tertinggi):
Perkara 5-13:
1) Kebebasan bersuara.
2) Hak untuk hidup.
3) Kebebasan diri dan agama.
4) Kesamarataan disisi undang-undang
Komitmen Antarabangsa
Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR)
Menyertai pelbagai perjanjian global
SUHAKAM (Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia)
1) Siasat pelanggaran hak.
2) Tingkatkan kesedaran awam.
3) Cadangkan dasar untuk perlindungan hak.
Cabaran Pelaksanaan Hak Asasi
Isu utama:
1) Diskriminasi.
2) Kebebasan media.
3) Hak pekerja migran & golongan minoriti.
Faktor tempatan:
Hak asasi perlu diseimbangkan dengan:
1) Keharmonian masyarakat pelbagai kaum & agama.
2) Norma budaya & undang-undang tempatan.
Kepentingan Hak Asasi Manusia
Asas masyarakat adil & sejahtera.
Perlindungan berterusan:
1) Kerjasama: Kerajaan, NGO, rakyat.
2) Matlamat: Keadilan & kesaksamaan untuk semua.
2) HAK ASASI MANUSIA DAN SDG (Sustainable Development Goal)
✨
Definisi:
Hak setiap individu tanpa diskriminasi
✨
Tujuan:
Keadilan, kesamarataan, kesejahteraan
📌
Perjanjian Antarabangsa & Cabaran
📍
Perjanjian Ditandatangani:
1) Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat(UDHR)
2)Konvensyen Antarabangsa Hak Ekonomi, Sosial & Budaya (ICESCR)
📍
Cabaran:
Isu kebebasan bersuara, hak pekerja, ketidakadilan sosial, diskriminasi
📌
Matlamat Pembangunan Mampan (SDG)
📍17 Matlamat untuk pembangunan mampan & inklusif (2030)
Contoh: SDG 1 (Tiada Kemiskinan), SDG 5 (Kesamarataan Jantina), SDG 10 (Mengurangkan Ketidaksamaan)**
📌
Langkah Malaysia:
📍Program pendidikan, kesihatan, pengurangan kemiskinan
📌
Hubungan Hak Asasi & SDG
📍
Salin Melengkapi:
1) Hak pendidikan → SDG 4 (Pendidikan Berkualiti)
2) Hak kesihatan → SDG 3 (Kesihatan & Kesejahteraan)
📌
Cabaran & Halangan
Isu utama:
📍 Korupsi, diskriminasi, kurang akses maklumat.
📍 Penglibatan masyarakat terhad dalam keputusan
HAK ASASI MANUSIA DAN ESG (Environmental Social and Governance)
Aspek Tadbir Urus / Governance (G)
Fokus HAM dalam Tadbir Urus:
Patuh kepada undang-undang HAM (Akta 597).
Majikan perlu:
1) Dasar HAM yang jelas.
2) Penilaian risiko pelanggaran HAM.
Contoh pelanggaran:
Perlombongan tidak terkawal
Waktu kerja berlebihan.
Aspek Sosial/ Social (S)
Fokus HAM:
Kebajikan buruh.
Keadaan kerja yang adil, selamat, sihat.
Anti-diskriminasi (bangsa, agama, jantina, umur).
Langkah Malaysia:
SOCSO: Perlindungan sosial:
1) Skim Insurans Kemalangan Pekerja (WCA).
2) Skim Bencana Pekerjaan (EIS).
Hak pekerja:
Gaji berpatutan.
Waktu kerja & cuti mencukupi.
Aspek Alam Sekitar / Environmental (E)
Hak persekitaran sihat:
1) Udara & air bersih untuk kesihatan manusia.
2) Melindungi sistem ekologi.
Langkah Malaysia:
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974):
-Hukuman tegas (denda hingga RM10 juta).
Isu keadilan sosial:
Komuniti miskin lebih terdedah kepada pencemaran.
Dialog masyarakat: Libatkan semua pihak dalam keputusan alam sekitar.
Kesimpulan
Kerjasama diperlukan: Kerajaan, sektor swasta, masyarakat.
Matlamat:
1) Kukuhkan pelaksanaan HAM.
2) Capai pembangunan mampan & beretika.
Hubungan Hak Asasi Manusia (HAM) &
Environmental Social and Governance (ESG)
Integrasi HAM dalam ESG:
1) Melindungi kesejahteraan manusia.
2) Menyokong pembangunan ekonomi & perniagaan beretika.
Perlembagaan Persekutuan dan Asasi Manusia
A. Ketertinggian Perlembagaan Persekutuan
Definisi & Kepentingan
Sumber undang-undang tertinggi negara.
Melindungi hak asasi manusia.
Panduan untuk:
1) Pembentukan undang-undang (kerajaan & rakyat).
2) Penentuan bidang kuasa pemerintahan.
3) Bentuk kerajaan & hak rakyat.
Asal Usul & Latar Belakang
Berdasarkan dua dokumen:
1) Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948:
Pentadbiran.
Kuasa raja-raja Melayu.
Perundangan.
Kewarganegaraan.
2) Perlembagaan Kemerdekaan 1957:
Diluluskan 11 Julai 1957.
Berkuat kuasa pada 31 Ogos 1957.
Asas kepada Perlembagaan Malaysia hari ini.
Kedudukan & Kuasa
Dokumen undang-undang bertulis.
Semua badan kerajaan tertakluk:
1) Yang di-Pertuan Agong.
2) Eksekutif.
3) Legislatif (Perundangan).
4) Kehakiman.
Perundangan & kehakiman beroperasi dengan sekatan Perlembagaan.
Jenis Perlembagaan:
Bertulis.
Tidak bertulis.
Sejarah Pembentukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia
Tempoh Masa:
Bermula: 1877.
Selesai: 1957.
Badan Perundangan
Parlimen: Kuasa penuh membentuk undang-undang negara.
Asas Perlembagaan
Tradisi Kesultanan Melayu: Sistem pemerintahan & undang-undang ditentukan oleh raja.
Prinsip Undang-undang Inggeris: Disesuaikan dengan nilai tempatan.
Pengaruh Penjajah British
Bermula pada abad ke-19: Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan, dan Pahang (NNMB).
Perjanjian Persekutuan 1948: Antara Raja-raja Melayu & British.
Peruntukan Utama (1957)
1) Bahasa Melayu.
2) Agama Islam.
3) Hak Istimewa Orang Melayu
4) Kewarganegaraan.
5) Hak Asasi.
Jenis Perlembagaan
i. Perlembagaan Bertulis
Definisi:
Dikumpul, disusun dalam satu dokumen, dan dikanunkan oleh badan perundangan.
Ciri-ciri:
1) Kukuh & Sukar Dipinda:
Pindaan hanya dibenarkan melalui peruntukan dalam perlembagaan.
2) Kuasa Parlimen:
Boleh menggubal undang-undang berdasarkan Perlembagaan.
Tidak boleh bertentangan dengan kebebasan asasi.
3) Peranan Mahkamah:
Mentafsir undang-undang.
Melindungi Perlembagaan.
Contoh di Malaysia:
1) Perlembagaan Persekutuan.
2) Perlembagaan Negeri.
3) Akta & Enakmen Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.
ii. Perlembagaan Tidak Bertulis
Definisi:
Prinsip perlembagaan tidak terkumpul dalam satu dokumen rasmi tetapi tersebar di pelbagai sumber.
Ciri-ciri:
1) Sumber Beragam:
Undang-undang lazim (common law).
Keputusan mahkamah.
Adat resam & undang-undang agama (contoh: Islam).
2) Tidak Terkumpul dalam Dokumen Tunggal:
Tiada satu dokumen rasmi merangkumi keseluruhan prinsip.
Contoh di Malaysia:
Undang-undang lazim/ Keputusan mahkamah/ Adat resam (adat pepatih/temenggung)
B.Kandungan
Perkara 5: Kebebasan Diri
Fasal 1: Tiada nyawa atau kebebasan boleh diambil kecuali mengikut undang-undang.
Perkara 6: Keabdian dan Kerja Paksa Dilarang
Fasal 1: Tiada sesiapa boleh ditahan sebagai abdi.
Perkara 7: Perlindungan daripada Undang-undang Jenayah Kuatkuasa Ke Belakang dan Perbicaraan Berulang
Fasal 1: Tiada hukuman untuk perbuatan yang tidak melanggar undang-undang ketika dilakukan.
Perkara 8: Kesamarataan
Fasal 1: Semua orang sama rata di sisi undang-undang.
Perkara 9: Larangan Buang Negeri dan Kebebasan Bergerak
Fasal 1: Tiada warganegara boleh dibuang negeri.
C. Jaminan Hak Asasi Manusia untuk Pekerja Rumah Tangga (PRT)
1. Hak atas Upah yang Layak
Upah sesuai dengan hukum tenaga kerja.
Contoh: Gaji minima setanding dengan beban kerja.
2. Hak atas Waktu Cuti Kerja
Kebebasan untuk berinteraksi dengan keluarga/rakan.
Contoh: Peluang keluar berehat dari tempat kerja dan
Kebenaran menggunakan telefon, terutama untuk kecemasan.
3. Hak atas Kebebasan Peribadi
Kebebasan untuk berinteraksi dengan keluarga/rakan.
Contoh: Peluang keluar berehat dari tempat kerja dan Kebenaran menggunakan telefon, terutama untuk kecemasan.
Kesimpulan
1) Hak asasi memastikan PRT dapat bekerja dalam situasi yang adil dan aman.
2) Melindungi PRT daripada diskriminasi, eksploitasi, dan perlakuan tidak adil.
ISU UTAMA HAK ASASI MANUSIA DI MALAYSIA YANG DILAPORKAN OLEH
AMNESTY INTERNATIONAL
Amnesty International (AI) adalah sebuah
organisasi bukan kerajaan (NGO)
antarabangsa yang
ditubuhkan di London pada 28 Mei 1961
. Ia bertujuan untuk mengenengahkan pencabulan hak oleh kerajaan dan entiti lain terhadap hak yang diakui dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (1948),
khususnya kebebasan bersuara dan berkeyakinan
serta
hak untuk tidak diseksa
.
Hukuman Mati dan Hukuman Sebat
Amnesty International telah mengkritik praktik ini sebagai bentuk penyeksaan dan perlakuan yang kejam, tidak berperikemanusiaan, atau merendahkan martabat manusia.
Julai 2023, Malaysia telah memansuhkan hukuman mati mandatori, memberikan hakim kebebasan untuk menjatuhkan hukuman yang lebih sesuai
Isu sekatan terhadap kebebasan bersuara dan berhimpun
Aktivis dan wartawan sering berdepan gangguan, penahanan, dan siasatan di bawah undang-undang seperti Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia.
AI mengkritik penggunaan Akta Perhimpunan Aman untuk menyuraikan perhimpunan, dengan beberapa peserta dikenakan denda atau ditahan.
Isu layanan terhadap migran dan pelarian
Dalam satu insiden, lebih 1,000 warga Myanmar dihantar pulang walaupun terdapat perintah mahkamah, ketika Myanmar sedang bergelut dengan peningkatan keganasan politik.
Isu diskriminasi terhadap komuniti LGBTI di Malaysia
Amnesty International terus mendesak pembaharuan, mencadangkan agar Malaysia meratifikasi perjanjian hak asasi manusia antarabangsa utama dan memperkukuh perlindungan agar selaras dengan piawaian global
HUMAN RIGHT WATCH
Human Rights Watch (HRW) adalah sebuah
organisasi bukan kerajaan antarabangsa
yang menumpukan kepada
perlindungan hak asasi manusia dengan melakukan penyelidikan, analisis, dan advokasi di seluruh dunia
.
Ditubuhkan pada tahun 1978
, HRW
mengkaji dan melaporkan pelanggaran hak asasi
yang dilakukan oleh pemerintah, entiti korporat, atau pihak lain.
Isu penahanan sewenang-wenang terhadap migran dan pelarian di pusat tahanan imigresen
HRW mengkritik Malaysia yang tidak memiliki dasar undang-undang untuk mengiktiraf status pelarian, mengakibatkan mereka mudah menjadi mangsa pemulangan secara paksa ke negara asal mereka, yang melanggar prinsip “non-refoulement” dalam undang-undang antarabangsa.
Isu kebebasan bersuara turut menghadapi ancaman serius dengan tindakan kerajaan menindas media dan aktivis yang mengkritik dasar awam
HRW mencadangkan peningkatan kebebasan media dengan menghentikan tindakan penyiasatan atau ugutan terhadap wartawan yang membuat laporan kritis
SUHAKAM DAN PERJUANGAN HAK ASASI MANUSIA
PENUBUHAN
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
, dirujuk sebagai
SUHAKAM
, ditubuhkan secara rasmi oleh Parlimen Malaysia melalui penggubalan Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, iaitu Akta 597. Perundangan ini telah diwartakan secara rasmi pada
9 September 1999
.
ISU UTAMA HAK ASASI MANUSIA YANG DILAPORKAN OLEH SUHAKAM
Isu pembelaan hak asasi orang asal/asli
SUHAKAM menggesa penubuhan jawatankuasa khas untuk mencari penyelesaian mampan yang menghormati hak komuniti
I
su penjagaaan hak golongan yang lemah seperti kanak-kanak
Pada 13 September 2024 yang lalu, seramai 402 mangsa yang terdiri daripada kanak-kanak daripada 20 rumah amal seliaan ‘Global Ikhwan Service and Business Holding’ (GISB) di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan diajar dan dididik cara meliwat.
SUHAKAM mencadangkan penubuhan jawatankuasa khas dan Suruhanjaya Inkuiri Diraja untuk mencegah kejadian serupa
Isu kewarganeraan dan juga individu yang tidak berdokomen
SUHAKAM menentang lima cadangan pindaan kewarganegaraan dalam Perlembagaan Persekutuan yang akan merugikan anak-anak luar nikah, anak angkat warganegara, dan kanak-kanak terabai.
Isu kelewatan tindakan undang-undang dalam kes pemandu e-hailing OKU yang didakwa dicederakan oleh polis
BIDANG KUASA
Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang hak asasi manusia melalui penyelidikan, seminar, bengkel, dan sesi penerangan bagi menyebarkan hasil kajian
Melawat tempat tahanan tertentu dan memberikan saranan yang perlu
Mengeluarkan kenyataan awam berkaitan hak asasi manusia jika perlu
Melaksanakan aktiviti lain yang relevan mengikut undang-undang bertulis yang berkuat kuasa
Memberikan nasihat dan mencadangkan langkah serta tindakan yang sesuai kepada Kerajaan dan pihak berkuasa berhubung aduan terhadap mereka
Menentukan sebarang pelanggaran hak asasi manusia mengikut Akta
PROSEDUR DAN IMPLEMENTASI SUHAKAM
Saling menghormati
- Menghormati perbezaan budaya dan agama serta sensitiviti sosial dengan mengiktiraf hak dan tanggungjawab Negara
Kemerdekaan
- Menjalankan kebebasan dalam melaksanakan fungsinya daripada badan perundangan, kehakiman dan eksekutif Kerajaan
Integriti
- Memastikan Suruhanjaya dan ahlinya beroperasi pada tahap integriti, tanggungjawab dan akauntabiliti tertinggi
Komunikasi
- Meningkatkan hubungan dengan semua pihak berkepentingan, termasuk kerajaan, masyarakat sivil, rangkaian serantau dan antarabangsa, serta agensi dan mekanisme hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
Keberkesanan
- Menyelesaikan aduan rakyat tepat pada masanya, menyokong secara aktif penyelesaian kesulitan dan masalah
Keterbukaan
- Mengekalkan ketelusan dan menyediakan cara yang sesuai untuk mendapatkan komen dan pendapat orang ramai
Pembangunan Kapasiti
- Mengiktiraf nilai sumber manusia dan keperluan kritikal untuk pembangunan kapasiti berterusan ahli Jawatankuasa, kakitangan dan pihak berkepentingan lain
BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO) MEMPERJUANGKAN HAK ASASI MANUSIA DI MALAYSIA
PERSATUAN PROMOSI HAK ASASI MANUSIA (PROHAM)
Melindungi hak asasi, meningkatkan kesedaran orang ramai, mengukuhkan dasar kerajaan, dan memperluaskan rangkaian kerjasama dalam bidang hak asasi manusia di peringkat domestik dan antarabangsa
PERSATUAN KEBANGSAAN HAK ASASI MANUSIA (HAKAM) (
National Human Right society
)
Mempertahankan kes-kes yang membabitkan ketidakadilan atau pelanggaran hak individu dan kolektif, seperti penahanan tanpa bicara dan kekangan terhadap kebebasan bersuara
SUARAM
memberi tumpuan kepada isu-isu seperti penindasan politik, hak sivil, kebebasan bersuara, hak pekerja, serta penyalahgunaan kuasa oleh pihak berkuasa
PERSATUAN KEBAJIKAN SUARA KANAK- KANAK MALAYSIA (SUKA SOCIETY)
Melindungi dan memelihara kepentingan kanak- kanak
MYKasih
Membantu keluarga berpendapatan rendah melalui bantuan makanan dan pendidikan, tanpa mengira bangsa, agama, atau keturunan
PERTUBUHAN PERTOLONGAN WANITA (WAO)
Menentang keganasan terhadap kaum wanita serta memfokuskan hak kesaksamaan gender khususnya bagi kaum wanita
ISU DAN PENYELESAIAN PERTEMBUNGAN HAK ASASI MANUSIA ANTARA UDHR DAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
ISU
Kebebasan Agama dan Budaya
pertembungan antara hak mutlak individu di bawah UDHR dengan keutamaan agama Islam dalam Perlembagaan Malaysia
Hak Sama Rata
bertentangan dengan prinsip kesamarataan UDHR
Hak Kebebasan Bersuara
mengekang kebebasan akhbar dan suara pembangkang
Hak Wanita dan Komuniti LGBTQ+
Penolakan terhadap komuniti LGBTQ+
Kebebasan daripada Penyeksaan dan Layanan Tidak Berperikemanusiaan
memberi kuasa besar kepada kerajaan untuk menahan individu tanpa keperluan proses mahkamah yang adil.
PENYELESAIAN
Pendekatan Kontekstual terhadap Hak Asasi
mewujudkan tafsiran hak asasi manusia berasaskan "nilai Asia"
Pengharmonian Undang-Undang
perbaiki perlindungan hak wanita dan minoriti melalui undang-undang yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam
Dialog Antara Agama dan Hak Asasi
mencari titik persamaan antara prinsip hak asasi antarabangsa dan nilai agama di Malaysia
Pendidikan Hak Asasi Manusia
kurikulum pendidikan yang memberi tumpuan kepada prinsip UDHR serta penekanan kepada keharmonian sosial
Penglibatan dengan Badan Antarabangsa
Malaysia boleh terlibat secara aktif dalam platform hak asasi manusia antarabangsa
Pengukuhan Institusi Hak Asasi Manusia Tempatan
SUHAKAM perlu diberikan lebih kuasa untuk menyiasat dan mengesyorkan pembaharuan