Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) - Coggle Diagram
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB)
Latar Belakang KPPB
↪
KPPB
merupakan projek IPG dan KPM di bawah inisiatif Peluasan Penggunaan Teknologi Digital dalam PdP
↪
KPPB
dibangunkan sebagai kesinambungan Modul 6 TS25 (Kefahaman melalui Reka Bentuk) dengan fokus pada pemanfaatan digital secara menyeluruh dalam pembelajaran bermakna.
↪
KPPB
mula dilaksanakan pada Februari 2018 di tiga kampus IPG, (IPGK Teknik, IPGK Ipoh dan IPGK Pulau Pinang). Pada 15 Februari 2019,
KPPB
diperluaskan ke 14 kampus IPG.
↪ Elemen utama
KPPB
ialah kompetensi, reka bentuk dan iklim pembelajaran.
KPPB
turut menekankan rakan pembelajaran (learning partnership)
↪ Matlamat akhir
KPPB
adalah membangunkan kapasiti pedagogi ke arah pembelajaran bermakna melalui pemanfaatan digital, menyokong visi dan misi KPM serta membina kompetensi 6C
Konsep KPPB
➸ Guru dan murid memberi tumpuan kepada penciptaan dan penggunaan pengetahuan baharu dalam kehidupan sebenar
➸ Menghubungjalinkan perkongsian pembelajaran baharu antara pelajar dan guru kerana proses pembelajaran tertumpu pada penemuan, penciptaan dan penggunaan pengetahuan bersama
➸ Persekitaran pembelajaran menjangkau bilik darjah tradisional dari segi penggunaan masa dan ruang sebagai pemangkin untuk membina pengetahuan baharu dan mewujudkan budaya yang kukuh untuk pembelajaran
➸ Pemanfaatan digital di mana-mana dan pada bila-bila masa untuk mempercepat dan memperdalam pembelajaran
Model KPPB ver. 2
Model Pembelajaran Murid
: ̗̀➛
Belajar cara belajar
: Bentuk kemahiran memperoleh teknik pembelajaran secara efektif atau tanpa guru. Pelajar dapat mengenal pasti kelemahan dan kekuatan dalam proses PdP sama ada di dalam atau di luar kelas dan berusaha mencari jalan untuk mengatasi kelemahan dan menggunakan kelebihan atau kekuatan yang ada untuk memaksimumkan pencapaian dalam pembelajaran. Antara subkomponen yang perlu diberi perhatian dalam
belajar cara belajar
ialah :
metakognitif
,
maklum balas
dan
agensi
: ̗̀➛
Perhubungan
: Asas sosial yang penting bagi semua manusia yang sentiasa memerlukan tujuan dan makna dalam hubungan dengan orang lain. Antara subkomponen
perhubungan
ialah
kesepunyaan
dan
merangkai
.
: ̗̀➛
Aspirasi
: Pencapaian pelajar dipengaruhi oleh jangkaan terhadap diri sendiri dan persepsi orang lain terhadap mereka. Antara subkomponen
aspirasi
ialah
jangkaan
dan
keperluan minat
.
Kompetensi Global 6C
⇘
Critical Thinking
⇙: Sebahagian daripada kemahiran berfikir yang dapat membantu manusia menyelesaikan sesuatu masalah dengan berkesan dan menyesuaikan diri dengan persekitaran
⇘
Creativity
⇙: Kecekapan menggunakan minda untuk menghasilkan idea yang baharu, asli, luar biasa, pelbagai dan bernilai
⇘
Collaboration
⇙: Proses yang melibatkan kerjasama beberapa individu dalam satu kumpulan atau pasukan untuk mencapai hasil yang diinginkan dan melahirkan kepercayaan antara ahli-ahli yang terlibat
⇘
Communication
⇙: Kemahiran yang penting dalam proses penyampaian maklumat, perkongsian pendapat dan interaksi antara dua pihak
⇘
Character
⇙: Satu corak tingkah laku, fikiran dan perasaan berdasarkan prinsip-prinsip kekuatan moral dan integriti
⇘
Citizenship
⇙: Sikap patriotisme dalam diri, iaitu cinta akan negara dan mempunyai identiti nasional
Kerangka 3E
ˏˋ°•
⁀➷
*Engagement (Keterlibatan)
: Mengambil kira bagaimana alat teknologi membantu pelajar fokus pada matlamat pembelajaran dan tugasan yang diberikan.
ˏˋ°•
⁀➷
*Enhancement (Peningkatan)
: Melalui enhancement, penggunaan teknologi maklumat membantu pelajar memperolehi maklumat di luar buku teks, memahami dengan mendalam dan memberi pemahaman yang mudah mengikut cara belajar pelajar itu sendiri, kreatif dan inovatif
ˏˋ°•
⁀➷
*Extension (Perkembangan.Peluasan)
: Penggunaan teknologi dapat membawa pelajar belajar di luar kelas dalam kehidupan seharian mereka
Model Reka Bentuk Pembelajaran Bermakna
╰┈➤
Rakan Pembelajaran
: Memerlukan kerjasama daripada rakan pembelajaran lain seperti ibu bapa, pakar dan masyarakat untuk menyokong pelajar mendapatkan ilmu baharu, nasihat atau pengalaman bermakna
╰┈➤
Persekitaran Pembelajaran
: Masa, raung dan individu-individu di dalam dan luar dinding ini bertindak sebagai pemangkin untuk membina pengetahuan baharu
╰┈➤
Pemanfaatan Kemudahan Digital
: Aplikasi percuma di Internet boleh digunakan untuk membangunkan sumber PdP digital
╰┈➤
Amalan Pedagogi
: Guru bukan lagi fasilitator tetapi sebagai activator. Pencapaian PdP bukan sekadar memenuhi hasil pembelajaran tetapi juga bagi mencapai 6C