Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KONTEMPORARI - Coggle…
PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KONTEMPORARI
Pendekatan pengajaran & pembelajaran kontemporari
.
Induktif: proses pembelajaran di mana pelajar diperkenalkan dengan contoh-contoh atau situasi terlebih dahulu sebelum membuat kesimpulan atau teori.
Pendekatan deduktif adalah lawan kepada pendekatan induktif. Dalam pendekatan ini, guru akan memperkenalkan teori atau prinsip asas kepada pelajar terlebih dahulu sebelum diaplikasikan ke dalam contoh atau situasi.
Pendekatan Ekletik
Pendekatan ekletik melibatkan gabungan beberapa pendekatan atau strategi pengajaran untuk memenuhi keperluan pembelajaran yang berbeza.
Pendekatan Tematik
Pendekatan tematik adalah strategi pengajaran di mana isi kandungan dipersembahkan mengikut tema tertentu.
Pendekatan Bersepadu
Pendekatan bersepadu merujuk kepada penyatuan beberapa disiplin ilmu dalam satu pembelajaran yang lebih menyeluruh.
Heutagogi
Heutagogi adalah pendekatan pembelajaran kendiri yang memberi tumpuan kepada pembelajaran berasaskan pelajar sepenuhnya.
Peeragogi
Peeragogi, atau pedagogi rakan sebaya, melibatkan pembelajaran yang berlaku di kalangan rakan sebaya di mana pelajar saling mengajar dan berkongsi maklumat.
Siberagogi (Cybergogy)
Siberagogi merupakan gabungan antara teknologi dan pedagogi untuk menggalakkan pembelajaran dalam talian. Pendekatan ini mengambil kira aspek emosi, sosial, dan kognitif pelajar ketika pembelajaran berlaku dalam persekitaran digital.
Strategi pengajaran dan pembelajaran kontemporari
Strategi berpusatkan murid menekankan pembelajaran di mana pelajar menjadi peneraju dan guru berperanan sebagai fasilitator.
Strategi berpusatkan tugasan melibatkan aktiviti pembelajaran yang disusun berdasarkan tugasan yang perlu diselesaikan oleh pelajar.
Strategi ini melibatkan penggunaan peralatan atau bahan tertentu untuk memudahkan pemahaman dan keterlibatan pelajar dalam proses pembelajaran.
Strategi berpusatkan maklum balas memberi tumpuan kepada penggunaan maklum balas yang konsisten dan konstruktif untuk membantu pelajar memahami kekuatan dan kelemahan mereka serta cara untuk memperbaikinya.
ISU DAN CABARAN AMALAN PEDAGOGI KONTEMPORARI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERMAKNA
Perbezaan Tahap Kemahiran dan Kesiapsiagaan Pelajar
Kekurangan Sumber dan Peralatan Teknologi
Beban Kerja Guru yang Meningkat
Kesukaran Mengukur Pencapaian Pembelajaran
Kepelbagaian Latar Belakang Pelajar
Kesukaran Menggalakkan Pembelajaran Kendiri dan Motivasi Intrinsik
Kepentingan Kemahiran Pengurusan Kelas