Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
ASAS LUKISAN ( Pelajar Diploma Rekabentuk Fesyen (DRF), Sem 1) - Coggle…
ASAS LUKISAN
( Pelajar Diploma Rekabentuk Fesyen (DRF), Sem 1)
Sub-Topik
MEDIA DALAM LUKISAN DAN LAKARAN
PELAJAR (DRF) DAPAT MENGENALPASTI MEDIA DALAM LUKISAN DAN LAKARAN DENGAN TEPAT
senario :
seorang ayah dan anak lelakinya sedang memerhati seorang pelukis sedang melukis pemandangn di tepi tasik.
ayah melihat anaknya yang asik memerhatikan pelukis itu. ayah bertanya " cantik tak ?
anak menjawab " cantik , kan bagus kalau epul dapat melukis seperti pelukis itu."
lalu ayah mengangguk dan berkata " betul,...mesti seronok. epul minat tak belajar melukis?.
lantas anaknya berkata "minat, ayah"
jom...ikut ayah" . mereka pun berjalan meninggalkan pelukis itu.
di sebuah kedai alat tulis : mereka berjalan masuk ke dalam kedai
ayah menunjukkan pensil . dan menerangkan ...............
ayah menunjukkan pen. dan menerangkan ...............
ayah menunjukkan batang arang . dan menerangkan ...............
ayah menunjukkan pastel. dan menerangkan ...............
ayah menunjukkan pensil warna . dan menerangkan ...............
Medium animator :
|storyboard:
contoh konsep :
https://www.youtube.com/watch?v=Wz6DrQeQ5rI
JENIS-JENIS GARISAN DAN FUNGSINYA
PELAJAR (DFR) DAPAT MENERANGKAN JENIS-JENIS GARISAN DAN FUNGSINYA DENGAN JELAS
Senario:
Sekumpulan sahabat remaja melalui hutan tebal untuk menikmati keindahan alam. Sepanjang perjalanan, mereka menemui pelbagai jenis garisan yang dihasilkan oleh alam tumbuhan, pokok, dan suasana hutan yang menghijau.
Semasa memasuki hutan, sahabat-sahabat ini melihat hamparan lantai hutan yang mendatar, dipenuhi dengan daun-daun kering yang bertaburan. Garisan horizontal yang terbentang ini memberi mereka rasa kestabilan dan ketenangan, mengiringi langkah-langkah mereka di bawah naungan pepohon yang rendang.
Ketika mereka meneruskan perjalanan, mereka dikelilingi oleh pokok-pokok yang menjulang tinggi ke langit. Garisan vertikal yang dihasilkan oleh batang-batang pokok ini memberi kesan kekuatan dan kestabilan, seolah-olah menjadi tiang yang menyokong langit biru di atas kepala mereka.
Di suatu sudut, mereka menemui akar-akar pokok yang menjalar di sepanjang tanah, membentuk garisan diagonal yang berliku-liku. Garisan ini menunjukkan pergerakan alam semula jadi, seolah-olah akar-akar ini sedang menyusur di atas tanah hutan.
Dalam perjalanan mereka, mereka juga menemui dahan-dahan pokok yang melengkung dengan indah, membentuk garisan lengkung yang lembut. Dahan-dahan ini menghasilkan bayang-bayang yang bergerak seiring dengan hembusan angin, menambah elemen kelembutan dan aliran dalam suasana hutan.
Ketika mereka menjelajahi lebih dalam, mereka menjumpai laluan yang dipenuhi dengan ranting-ranting kecil yang patah dan berserakan di lantai hutan. Ranting-ranting ini membentuk garisan putus-putus yang menunjukkan jalan yang pernah dilalui oleh haiwan liar.
Akhirnya, mereka sampai di kawasan berbatu dengan garisan zik-zak yang tajam terbentuk di sepanjang permukaan batu-batu itu. Garisan ini memberi kesan dramatik dan menambah unsur kejutan dalam perjalanan mereka, mengingatkan mereka tentang kekuatan dan ketidakstabilan alam semula jadi.
Mereka tiba tempat berkelah dan air terjun. Mereka sangat gembira dan teruja dengan pelbagai pengalaman menarik sepanjang perjalanan mereka di dalam hutan tersebut.
Perjalanan melalui hutan ini bukan sahaja memberi mereka pengalaman yang mendalam tentang keindahan alam semula jadi, tetapi juga membuka mata mereka kepada kepelbagaian dan fungsi garisan dalam mencipta landskap yang menakjubkan. Garisan-garisan ini menjadi bahasa alam yang membawa mesej tentang kestabilan, kekuatan, pergerakan, dan keindahan.
STORYBOARD
MEDIUM: ANIMASI
CONTOH KONSEP:
TEKNIK GARISAN DAN LUKISAN
PELAJAR (DFR) DAPAT MELUKIS DENGAN MENGUNAKAN GARISAN VERTICAL, HORIZONTAL DAN DIAGONAL DENGAN 70% BETUL
SENARIO
Pada suatu petang, Arif lepak bersama Ahmad, rakan baik di sekolah mereka dulu.
Sambil menghirup air yang panas, Ahmad bertanyakan kerjaya Arif kerana sudah lama meninggalkan kampung berhijrah ke Kuala Lumpur selepas menamatkan pengajiannya di Jerman.
Arif mula bercerita kepada Ahmad mengenai bagaimana dia dan pasukannya membuat senibina KLCC. Bermula dengan melukis garisan yang dipanggil garisan horizontal untuk mewakili asas bangunan. Ini adalah asas yang pernah mereka belajar semasa di sekolah dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual.
Selepas itu, Arif menerangkan tentang garisan vertikal yang penting dalam lakaran bagi menentukan ketinggian dan struktur menara. Garisan vertikal ini memberi sokongan dan bentuk kepada bangunan. Ahmad teruja mendengarnya.
Kemudian, Arif menerangkan tentang penggunaan satu lagi jenis garisan iaitu garisan diagonal yang memberikan elemen seni dan kestabilan kepada reka bentuk. Ini termasuk laluan jambatan di antara menara dan sudut-sudut unik yang memberi penampilan moden.
Ahmad sangat kagum dan memuji Arif malah bersetuju bahawa hanya melalui garisan yang pernah mereka pelajari dulu dapat diaplikasi dalam kerjaya Arif sebagai seorang pelukis pelan.
Ahmad sambil menoleh ke belakang mereka melihat bangunan KLCC yang megah berdiri menjadi kebanggaan rakyat Malaysia dan kagum bahawa pereka pelan bangunan ini ada di depan matanya iaitu rakan baiknya sendiri, Arif.
STORYBOARD
MEDIUM: KOMIK
Contoh Konsep: