Tindakan Guru: Guru perlu mengumpul maklumat tentang pelajar, termasuk bilangan, jantina, umur, tahap pengetahuan sedia ada, dan gaya pembelajaran. Impaknya, guru berupaya mengetahui tahap pengetahuan dan pengalaman sedia ada murid terlebih dahulu sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran (Pdp). Oleh hal demikian, guru dapat menyediakan media pengajaran yang berkesan untuk murid dalam membina pengetahuan kritis dan pemikiran kreatif.