Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Konsep Tranformasi Generatif - Coggle Diagram
Konsep Tranformasi Generatif
Pengenalan Teori Generatif
Transformasi ini menunjukkan bagaimana satu struktur asas boleh diubah menjadi pelbagai bentuk ayat melalui proses transformasi yang sistematik.
Dalam konteks Bahasa Melayu, transformasi generatif merujuk kepada perubahan struktur ayat berdasarkan peraturan tertentu tanpa menjejaskan makna asalnya.
Ia juga mendalami cara ayat boleh berubah bentuk melalui proses transformasi sambil mengekalkan makna yang sama.
Teori ini membawa pendekatan baru dalam kajian linguistik, khususnya dalam sintaksis dengan menekankan bahawa manusia mempunyai kemampuan semulajadi untuk menghasilkan dan memahami ayat yang belum pernah didengar sebelumnya.
Teori ini wujud akibat daripada beberapa kekurangan dan kelemahan teori tradisional dan struktral
Teori ini muncul dalam tahun 50-an yang dipelopori oleh Noam Chomsky
Merupakan satu aliran baharu yang timbul selepas aliran struktural
Maksud Transformasi Generatif
TRANSFORMASI
Mengubah atau menukar, iaitu menuliskan semula sesuatu ayat. Dalam konteks ini bermakna menuliskan semula bentuk struktur ayat asas atau ayat yang asal kepada bentuk struktur yang lain tanpa mengubah atau menghilangkan makna asalnya.
GENERATIF
Bermaksud menerbitkan, iaitu bermula daripada unsur-unsur yang terhad dan kemudian akan bertambah dan berkembang untuk menerbitkan unsur yang lebih besarmelalui beberapa proses menurut rumus-rumus struktur frasa dan rumus-rumus transformasi.
Ciri-ciri Transformasi-Generatif
Bahasa teori in bersifat sejagat dan kreatif. Binaan ayat mempunyai hubungan erat dan menggunakan simbol untuk menganalisis nahu.
Rumus-rumus transformasi berkuasa untuk menggugurkan unsur kata, menambahkan unsur kata dan mengubah atau menyusun.
Dua struktur ayat dalam Teori Transformasi- Generatif ialah struktur dalaman dan struktur permukaan.
Pendekatan huraian bersifat deduktif dan 'kaji diri'
Struktur dalaman penutur asli membolehkan ayat berfrasa
Teori ini juga menunjukkan kajian berbentuk hipotesis tentang bagaimana bahasa bertegas.
Penguasaan bahasa berdasarkan penguasaan bahasa pertama dahulu.
Tujuan Transformasi Generatif
Menganalisis unsur fonologi, morfologi, dan sintaksis yang menggunakan simbol-simbol dan rumus-rumus.
Deskripsi sesuatu bahasa mesti mengambil kira kreativiti linguistik.
Menghasilkan satu huraian bahasa yang mengemukakan asas bagi menerangkan ayat-ayat boleh dihasilkan dan difahami.
Mengambil kira tentang makna dalam unsur fonologi, morfologi, dan sintaksis.
Memastikan penutur jati berupaya menggunakan bahasa apabila berhadapan dengan pelbagai keadaan.
Komponen Sintaksis Dalam Teori Transformasi Generatif
Peraturan-peraturan struktur rangkai kata dan leksikon yang membentuk satu komponen sintaksis.
Menerbitkan struktur dalaman dalam bentuk yang boleh diterjemahkan maknanya.
Peraturan transformasi menukarkan struktur dasar yang abstrak kepada struktur luar yang konkrit setelah dipadankan dengan peraturan bunyi.
Lahir sebagai satu ujaran.