Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Seni dan Kaedah Berfikir :thinking_face: - Coggle Diagram
Seni dan Kaedah Berfikir :thinking_face:
Kaedah Berfikir(Logik)
Induktif
Konsep
Kaedah di mana kesimpulan umum diambil daripada pemerhatian-pemerhatian tertentu.
Bergerak dari contoh khusus kepada kesimpulan umum
Contoh
Selepas memerhati bahawa setiap kali awan hitam muncul, hujan turun, seseorang mungkin membuat kesimpulan bahawa "Jika terdapat awan hitam, hujan akan turun."
Deduktif
Contoh: "Semua burung mempunyai sayap. Burung hantu adalah burung. Oleh itu, burung hantu mempunyai sayap."
kaedah berfikir di mana kesimpulan dibuat berdasarkan premis-premis yang diketahui atau dianggap benar. Ia bergerak daripada pernyataan umum kepada kesimpulan khusus.
Intuitif
Konsep
proses membuat keputusan atau kesimpulan berdasarkan gerak hati atau rasa dalaman tanpa melalui analisis yang mendalam atau penggunaan logik yang jelas
Pemikiran ini sering berlaku secara spontan dan tidak sedar.
Ia berdasarkan pengalaman atau pemahaman bawah sedar
Ciri ciri
Berdasarkan Pengalaman
Cepat dan Spontan
Tidak Berstruktur: Tidak menggunakan logik formal atau kaedah yang sistematik.
Fallacy
Fallacy atau kesesatan pemikiran adalah kesilapan dalam penalaran atau hujah yang kelihatan logik, tetapi sebenarnya mengandungi kelemahan.
Kesesatan pemikiran boleh terjadi dalam perbincangan, hujah, atau analisis dan menyebabkan orang menerima kesimpulan yang salah.
Pengenalan Konsep Pemikiran
ciri-ciri Pemikiran
Aspek Kognitif : menyoal diri sendiri tentang objek tersebut.
Aspek Afektif: keinginan untuk mengetahui tentang objek tersebut.
Aspek Pengetahuan : Apa yang kita tahu tentang objek.
Model- model Pemikiran
Model Pemikiran Psikologi
Memahami perilaku manusia, proses mental dan interaksi sosial
Contohnya dalam pendidikan, model pemikiran psikologi sering digunakan untuk membangunkan kaedah pembelajaran berkesan seperti Teori Behaviorisme yang digunakan dalam teknik pengukuhan positif
Model Pemikiran Ekonomi
Berfokus kepada punca dan faktor yang mempengaruhi pertumbuhan ekonomi sesbuah wilayah atau nrgara.
Contoh: Dalam situasi kemelesetan ekonomi, teori Keynesian menyarankan kerajaan meningkatkan perbelanjaan awam untuk meningkatkan permintaan agregat dan mewujudkan pekerjaan.
Model Pemikiran Sosial
Memahami interaksi perhubungan dan dinamik dalam masyarakat.
Contohnya, teori fungsionalisme melihat institusi pendidikan sebagai alat untuk mengekalkan kestabilan sosial dengan menyampaikan nilai-nilai dan norma kepada generasi baru, sementara teori konflik mungkin melihatnya sebagai alat untuk mengukuhkan ketidaksamaan kelas sosial.
Model Pemikiran Saintifik
Melibatkan pemerhatian, pengumpulan data, ujian hipotesis, dan pembangunan teori berdasarkan bukti empirikal.
Contohnya dalam kajian fizik, pemikiran saintifik digunakan untuk memahami hukum graviti.
Konsep Kemahiran Berfikir
Proses mental yang memerlukan pengetahuan dan melibatkan pengolahan kemahiran mental untuk menyelesaikan masalah dan menentukan tingkah laku yang hendak dihasilkan sebagai sikap yang ditunjukkan
Jenis-jenis Pemikiran
Pemikiran Kritis
Pemikiran kritis sering digunakan dalam perbincangan akademik atau ketika membuat keputusan penting.
Ia melibatkan kemampuan untuk mengenal pasti bias, menilai bukti, dan membuat keputusan yang rasional
Contohnya, pengambilan keputusan yang berkualiti dengan mengumpul maklumat, membandingkan pandangan yang berbeza, dan menyusun argumen sebelum membuat kesimpulan
Pemikiran Islam
Menenekankan pembangunan akhlak yang baik dan mempunyai nilai.
Melibatkan kajian mendalam tentang pelbagai isu seperti kewujudan Tuhan, sifat alam, kebenaran moral, dan kebebasan manusia dari sudut pandang Islam.
Pemikiran Menegak
Pemikiran ini sangat berkesan dalam situasi yang memerlukan ketepatan seperti dalam bidang sains, matematik, kejuruteraan, dan analisis kewangan.
Pemikiran menegak merujuk kepada proses berfikir yang logik, linear, dan berstruktur.
Ia memerlukan seseorang untuk mengikut langkah-langkah berurutan dalam menyelesaikan masalah atau mencapai keputusan, di mana setiap langkah didasarkan kepada maklumat atau fakta yang sebelumnya telah disahkan.