Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
DSKP PENDIDIKAN MORAL: TINGKATAN 1: 3.3 MENGHARGAI KEMUDAHAN AWAM, SASARAN…
DSKP PENDIDIKAN MORAL: TINGKATAN 1: 3.3 MENGHARGAI KEMUDAHAN AWAM
OBJEKTIF
Mengenalpasti kepentingan kemudahan awam dalam masyarakat
Menerangkan kesan vandalisme kemudahan awam dan langkah bagi mencegah perbuatan ini dalam kalangan orang awam
HASIL PEMBELAJARAN
Murid dapat menzahirkan perasaan apabila kemudahan awam dirosakkan
Murid-murid dapat menyatakan cara menjaga kemudahan awam secara bersama-sama.
Murid-murid dapat menerangkan kesan vandalisme terhadap masyarakat dan negara
AHLI KUMPULAN
NURUL ASSIKIN (P150565)
NUR SAFAAT BINTI ZAKARIA (P150545)
NUR SAMIHAH BINTI AZIZ
(P149563)
NOR ALIA BINTI NORDIN (P150491)
TEORI PEMBELAJARAN
Behaviourisme
Pembelajaran yang menekankan tingkah laku yang didasari oleh prinsip stimulus dan respons yang mengutamakan kemahiran berkaitan fizikal.
Sesi soal jawab
Kaedah
Quizz.com
Konstruktivisme
Pembelajaran berlaku dimana murid secara aktif membina sendiri pengetahuan berasaskan pengalaman dan pengetahuan yang mereka miliki.
Kognitif
Pembelajaran yang mana pengetahuan difahami,disusun dan diubah bentuk. Ia menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran
Kaedah
Tayangan Video Animasi
ANIMASI : 3EPISOD
WATAK ANIMASI
SAFA (Watak Utama)
Murid tingkatan 1 yang bertudung warna kelabu merosakkan kemudahan awam sehingga diganggu oleh jembalang.
ALIA (Watak Utama)
Murid tingkatan 1 yang bertudung warna hitam mengajak rakannya iaitu Safa untuk merosakkan kemudahan awam sehingga diganggu oleh jembalang.
CIKGU SIKIN
Cikgu Sekolah Menengah yang berpakaian warna kelabu menasihati murid untuk menjaga kemudahan awam.
MIHA
Pembimbing rakan sebaya murid tingkatan 1 yang bertudung warna biru yang menegur rakan-rakannya iaitu Safa dan Alia untuk tidak merosakkan meja sekolah.
LATAR TEMPAT
Episod 2
Luar Kawasan Sekolah
Tandas Awam
Episod 3
Tandas Awam
Alam Jembalang
Episod 1
Bilik Darjah
Sekolah
JALAN CERITA
Episod 1 : Kisah bermula apabila,cikgu yang melintasi kelas murid mendengar bunyi bising dari sebuah bilik darjah. Dua orang murid kelihatan sedang menyepahkan kerusi dan meja sambil berbuat bising. Guru yang melihat kejadian itu terus menasihati murid-murid supaya menjaga kemudahan awam yang disediakan kepada masyarakat.
Episod 2: Setelah pulang dari sekolah, kedua-dua pelajar itu telah singgah ke tandas awam dan mereka berbual-bual tentang kecantikkan tandas itu. Selepas berbual salah seorang dari mereka mengajak untuk menghias dinding tandas itu dengan lukisan. Semasa mereka sibuk menconteng dinding tandas, mereka terdengar suara aneh dari salah satu tandas dan membuat keputusan untuk memeriksa setiap tandas lalu terkejut apabila mereka melihat satu kelibat jembalang yang menakutkan. Mereka hendak melarikan diri, namun semua pintu telah tertutup dan mereka terperangkap di dalam tandas.
Episod 3 : Setelah dimarahi oleh jembalang, mereka terpaksa menjawab beberapa soalan daripada jembalang untuk melepasakan diri dari tandas. Mereka telah dibawa ke alam jembalang dan menjawab kesemua soalan di setiap rumah jembalang. Kesemua soalan perlu dijawab dengan betul supaya mereka dapat dilepaskan. Selepas menjawab soalan, mereka keluar dari tandas dan insaf.
PERISIAN
Storyboard
Coggle it
Latar Belakang Lagu
Suno AI
Watak Animasi
Ready Player Me
Pengeditan Video
Capcut
Filmora
Converter Mp4
Microsoft Powerpoint
Animasi
Sketchfab
Spatial io
AKTIVITI
Murid diperkenalkan tajuk pembelajaran iaitu menghargai kemudahan awam melalui video tayangan animasi.
Video animasi sebagai rangsangan ke arah pembelajaran tajuk.
Murid diberi penerangan tentang kepentingan menghargai kemudahan awam dan kesan sekiranya merosakkannya.
SASARAN TONTONAN
Murid-murid tingkatan 1
Murid-murid dapat mengetahui kepentingan kemudahan awam kepada masyarakat