SCENE DI KAWASAN TYPHOON
Aurora: "Kita kat mana ni?"
Lunar: "Kita perlu lalui cabaran ini dulu sebelum berjumpa Puteri Floralia."
Serena: "Oh, inilah kesan apabila musim bertembung."
SCENE DI ISTANA PUTERI FLORALIA
Moon: "Oh, ini la Puteri Floralia yang kita cari.
Puteri Floralia: "Duduk lah."
Lunar: "Puteri Floralia, saya sedang musykil....Hmm...apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan Peredaran Bumi Mengelilingi Matahari?"
Puteri Floralia: "Awak tak tahu? Hmm mari saya ceritakan Peredaran Bumi ni sebenarnya pergerakan orbit matahari dalam bentuk ELIPS mengelilingi matahari."
Aurora: "Eh, Cop cop, jadi berapa lama masa yang diambil bumi untuk berpusing mengelilingi matahari?"
Puteri Floralia : "Haaa, kalau nak tahu, bumi ambil masa setahun atau 365.25 hari untuk melengkapkan satu pusingan mengelilingi Matahari."
Serena: "Tapi, kenapa cuaca sekarang berubah begitu drastik? Musim-musim di kampung kami turut berubah.
Puteri Floralia: "Musim-musim sudah hilang keseimbangannya. Setiap musim ada peranannya dalam menjaga alam ini, tetapi Suria telah kehilangan kuasa mataharinya. Apabila Bumi bergerak mengelilingi Matahari, musim berubah. Tetapi kini, semua itu terhenti."
Aurora: "Tapi, bagaimana pula peredaran Bumi mengelilingi Matahari menyebabkan musim berubah?"
Puteri Floralia: "Perubahan musim berlaku kerana kecondongan paksi Bumi. Ketika Bumi mengelilingi Matahari, bahagian tertentu Bumi akan condong ke arah atau menjauhi Matahari, menyebabkan variasi dalam jumlah cahaya dan haba yang diterima oleh kawasan tersebut, seterusnya menyebabkan musim yang berbeza."
Moon: "Kami mesti mencari Suria dan memulihkan musim panas."
Puteri Floralia: "Berhati-hatilah, kerana cuaca yang tidak menentu ini akan menjadi musuhmu."