Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Require Learner Participation - Coggle Diagram
Require Learner Participation
Lagu Kata Adjektif
Penyertaan Murid:
Murid menyanyi bersama lagu dan mengenal pasti kata adjektif yang disebut dalam lirik. Mereka juga boleh diminta untuk membina senarai kata adjektif yang terkandung dalam lagu dan berbincang bersama rakan sekelas.
Rasional:
Lagu meningkatkan motivasi dan minat murid, terutama melalui irama yang menyeronokkan. Aktiviti menyanyi melibatkan murid secara kinestetik dan auditif, menjadikan pembelajaran lebih interaktif dan menyeronokkan. Hal ini amatlah efektif bagi murid-murid yang mempunyai gaya pembelajaran auditori.
Video Pengajaran Kata Adjektif
Penyertaan Murid
Selepas menonton video, murid diminta mengenal pasti dan menyebut contoh-contoh kata adjektif yang mereka dengar. Guru boleh juga memberikan soalan ringkas atau meminta mereka membina ayat menggunakan kata adjektif.
Rasional
Video sebagai media visual menarik perhatian dan membantu murid untuk lebih mudah memahami konsep kata adjektif. Penglibatan secara aktif selepas video mengukuhkan pemahaman mereka melalui interaksi lisan dan tulisan. Hal ini juga membantu murid yang mempunyai gaya pembelajaran visual dan auditori.
Nota Slides Kata Adjektif
Penyertaan Murid
Murid berinteraksi dengan slide yang dipaparkan melalui soalan atau aktiviti dalam slide tersebut. Guru boleh meminta murid untuk menjawab soalan atau menyelesaikan latihan di dalam kelas berdasarkan maklumat yang dipaparkan.
Rasional
Pembentangan melalui slide adalah alat visual yang membantu mengatur idea dengan jelas. Murid dilibatkan melalui sesi soal jawab atau aktiviti interaktif yang disediakan, memupuk penglibatan kognitif mereka. Penggunaan slides ini juga amatlah berkesan dengan gaya pembelajaran murid 4 Amanah.
E-gamifikasi Genially
Penyertaan Murid
Murid aktif bermain permainan memadankan kata adjektif, di mana mereka perlu memilih jawapan yang betul atau menyelesaikan tugasan. Ini boleh dilakukan secara individu.
Rasional
Permainan interaktif di Genially melibatkan murid secara langsung dan meningkatkan motivasi mereka melalui elemen gamifikasi. Permainan ini juga memberi ruang untuk murid berfikir dan bertindak secara cepat, menggalakkan penglibatan mental yang mendalam. E-Game ini amatlah berkesan dalam membantu murid yang mempunyai gaya pembelajaran kinestetik yang memerlukan pergerakan.
Google Slides & Kumospace
Penyertaan Murid
Murid bekerja secara kolaboratif dalam kumpulan untuk melengkapkan Google Slides, sambil berkomunikasi melalui Kumospace. Setiap ahli kumpulan perlu menyumbang idea dan pengetahuan mereka dalam melengkapkan tugasan.
Rasional
Aktiviti ini memupuk kerja berpasukan dan menggalakkan murid untuk berinteraksi secara sosial dan akademik. Platform Kumospace menawarkan ruang maya untuk perbincangan yang menyeronokkan, menjadikan pembelajaran lebih fleksibel dan interaktif, walaupun secara dalam talian. Hal ini juga amatlah efektif jika projek berkumpulan ini tidak dapat disiapkan di kelas, maka murid masih boleh berbincang di rumah dengan menggunakan Kumospace.