Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Pembahagian Pembubaran Perkahwinan dalam Islam - Coggle Diagram
Pembahagian Pembubaran Perkahwinan dalam Islam
Rujuk
Proses di mana suami boleh kembali kepada isteri dalam tempoh iddah selepas talak pertama atau kedua
Lian
Apabila suami menuduh isteri berzina dan bersumpah dengan sumpah laknat, perceraian berlaku selepas sumpah tersebut
Iddah
Tempoh menunggu selepas penceraian atau kematian suami. Iddah berbeza-beza bergantung kepada situasi, seperti iddah talak, iddah kematian (empat bulan sepuluh hari), dan iddah hamil (sehingga bersalin)
Iddah Kematian
Iddah kematian adalah tempoh menunggu yang diwajibkan ke atas wanita apabila suaminya meninggal dunia. Tempoh ini lebih panjang kerana ia juga berfungsi sebagai masa berkabung bagi isteri. Tempohnya ialah empat bulan sepuluh hari sebagaimana dinyatakan dalam Surah Al-Baqarah (2:234).
Iddah Hamil
Iddah bagi wanita yang sedang hamil berlaku apabila wanita itu diceraikan atau suaminya meninggal dunia ketika dia sedang mengandung. Tempoh iddah bagi wanita hamil adalah sehingga kelahiran anaknyaseperti yang dinyatakan dalam Surah At-Talaq (65:4).
Iddah Talak
Bagi wanita yang tidak lagi mengalami haid (monopaus): Tempoh iddah adalah tiga bulan.
Bagi wanita yang belum pernah haid: Sekiranya wanita itu masih muda dan belum mencapai usia haid, tempoh iddah adalah tiga bulan juga.
Bagi wanita yang masih haid: Iddah adalah tiga kali suci (kitaran haid), sebagaimana dinyatakan dalam Surah Al-Baqarah (2:228). Ini bermakna wanita perlu menunggu sehingga tiga kali mengalami haid sebelum iddah tamat.
Talak
Merujuk kepada penceraian oleh suami. Terbahagi kepada talak raj‘i (boleh rujuk dalam iddah) dan talak bain (tidak boleh rujuk tanpa akad baru)
Talak Raj'i
Suami berhak merujuk kembali kepada isteri yang ditalaknya tanpa akad baharu selagi belum tamat tempoh iddah walaupun isteri tidak rela.
Talak Ba'in
Ba'in Sughra
Suami tidak boleh rujuk isteri sehingga tamat tempoh iddah dan memerlukan akad baharu jika ingin kembali (talak isteri yang belum disetubuhi)
Ba'in Kubra
Suami yang mentalak isterinya (dengan talak tiga) dan tidak boleh kembali lagi kepada isterinya kecuali wanita itu berkahwin dengan lelaki lain dan disetubuhi, kemudian dia cerai dan tamat tempoh iddahnya.
Fasakh
Pembubaran perkahwinan oleh mahkamah kerana sebab-sebab tertentu seperti kezaliman, kecacatan, atau hilang upaya suami
Sebab Kecacatan
Kecacatan fizikal: Kecacatan yang menghalang suami daripada menjalankan tanggungjawab sebagai suami, seperti kemandulan atau penyakit yang tidak dapat dirawat dan menyebabkan ketidakmampuan untuk bersama isteri
Kecacatan mental: Suami yang mengalami gangguan mental yang serius sehingga tidak lagi mampu menguruskan perkahwinan dengan baik
Sebab Kezaliman
Tidak memberi nafkah: Suami yang gagal memberi nafkah zahir (makanan, tempat tinggal, pakaian) atau nafkah batin secara berterusan tanpa alasan yang sah
Membahayakan nyawa: Suami yang menyebabkan isteri berada dalam situasi yang boleh mengancam keselamatan dan nyawanya
Penderaan fizikal atau mental: Suami yang kerap memukul, mencederakan, atau menghina isteri secara mental atau emosional
Sebab Hilang Upaya Suami
Impotensi: Ketidakupayaan suami untuk melakukan hubungan kelamin dengan isteri, yang merupakan salah satu hak isteri dalam perkahwinan
Menghilangkan diri: Suami yang meninggalkan isteri dalam tempoh yang lama tanpa memberi nafkah atau berita tentang keberadaannya
Khuluk
Penceraian atas permintaan isteri dengan bayaran atau pampasan kepada suami
Nusyuz
Merujuk kepada kedegilan atau ketidaktaatan salah seorang pasangan yang boleh menyebabkan perceraian
Sulh
Proses rundingan atau perdamaian antara suami isteri bagi mengelakkan perceraian