Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
HUBUNGKAIT PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ZAMAN SELEPAS MERDEKA DENGAN FPK DAN…
HUBUNGKAIT PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ZAMAN SELEPAS MERDEKA DENGAN FPK DAN FPG
LAPORAN RAHMAN TALIB 1960
FPK
elemen FPK: Melahirkan rakyat yang berakhlak mulia. Laporan ini berfokuskan dalam melahirkan insan yang teguh dari segi rohani iaitu percaya kepada Tuhan, mencorak setiap individu dengan sikap moral yang baik serta berakhlak mulia.
elemen FPK: Memperkembangkan potensi individu melalui penekanan pendidikan teknik dan vokasional. Murid diberi peluang untuk menceburi bidang ini sekaligus memenuhi keperluan tenaga mahir.
FPG
elemen FPG: Guru yang menjamin perkembangan individu. Guru yang perlu mengembangkan potensi dan bakat murid dari segi JERI (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek).
AKTA PENDIDIKAN 1961
FPK
elemen FPK: Melahirkan rakyat yang berakhlak mulia dengan adanya murid yang berketerampilan melalui pendidikan kerohanian berunsurkan disiplin.
FPG
elemen FPG: Guru yang memelihara suatu masyarakat yang berdisiplin dengan menerapkan pendidikan Agama dan Moral dan unsur-unsur disiplin yang unggul.
LAPORAN AMINUDDIN BAKI 1964
FPK
elemen FPK: Mempekembangkan potensi individu apabila wujudnya pelbagai jenis peluang pekerjaan. Murid dapat menyertai pelbagai kursus yang ditawarkan bagi mengikut minat dan kebolehan mereka. Sebagai contoh: Kaji Sawat, Binaan bangunan, Perdagangan dan Sains Pertanian.
FPG
elemen FPG: Guru yang memelihara suatu masyarakat yang demokratik dengan membentuk murid berfikiran secara progresif dan sainstifik. Hal ini melalui kepelbagaian jenis kursus yang ditawarkan membenarkan guru memupuk sifat ingin tahu murid dalam meneroka benda baharu.
LAPORAN JAWATAN KUASA KABINET 1979
FPK
elemen FPK: Melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan menerusi pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang menekankan 3M
FPG
elemen FPG: Guru yang menjamin perkembangan individu dengan memberi peluang kepada murid menggunakan bakat dan menceburi bidang berasaskan minat mereka sama ada akademik atau vokasional. Guru perlu bijak dalam mengembangkan potensi murid secara terbimbing semasa PdP.
AKTA PENDIDIKAN 1996
FPK
elemen FPK: rakyat yang bertanggungjawab melalui kemurnian Bahasa Melayu sebagai agen dalam menyatupadukan rakyat berbilang kaum di Malaysia
FPG
elemen FPG: Guru yang memelihara masyarakat yang bersatu padu melalui Bahasa Kebangsaan. Penggunaan Bahasa Melayu menjadi satu lambang penyatuan dan jati diri semua kaum di negara ini selaras dengan prinsip “Bahasa Jiwa Bangsa” (Nazri Muslim, 2011).
elemen FPG: Guru yang bersedia menjunjung aspirasi negara dengan menjadikan akta ini sebagai panduan sistem pendidikan yang lebih sistematik.