Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Cabaran memperkukuh Kesepaduan Sosial dalam Masyarakat Superdiversity di…
Cabaran memperkukuh Kesepaduan Sosial dalam Masyarakat Superdiversity di Malaysia
Takrif masyarakat superdiversity
Masyarakat yang berbeza bahasa, budaya, warna kulit, agama, adat resam dan sebagainya
masyarakat majmuk mengalami konflik ekoran perbezaan latar belakang sehingga berlakunya peperangan, diskriminasi, penindasan dan sebagainya
Masyarakat yang bersifat heterogenus
Konsep kesepaduan sosial
kesepaduan sosial amat berkait rapat dengan proses pembangunan sesebuah negara.
kesepaduan dapat dikekalkan melalui kerajaan dan undang-undang yang dibentuk.
keupayaan masyarakat untuk kekal berhubung dalam pelbagai peringkat pembangunan.
proses yang membina dan mengekalkan perasaan kekitaan (sense of belonging) dalam masyarakat.
perasaan keberadaan atau perasaan kekitaan dalam komuniti berkenaan.
rasa komitmen, tanggungjawab, keinginan serta keupayaan untuk hidup bersama dengan harmoni.
kesepaduan sosial adalah integrasi sosial, kestabilan dan kegagalan integrasi (disintegration).
Superdiversity di Malaysia
kepelbagaian melibatkan elemen budaya.
kepelbagaian adat resam kaum
multi-etnik, multi-agama, multi-budaya, kepelbagaian gender, populasi, orang kurang upaya, orientasi seksual, pekerjaan, politik, pendidikan, sosioekonomi dan sebagainya
Cabaran kesepaduan masyarakat superdiversity di Malaysia
Cabaran Kepelbagaian Etnik
Selain etnik terbesar Melayu, Cina dan India, Malaysia juga terdiri daripada pelbagai kaum lain seperti Orang Asli, Iban, Bidayuh, Kadazan, Dusun serta suku bumiputera lainnya yang mendiami Sabah dan Sarawak.
terdapat lebih kurang 200 suku kaum di Malaysia
Kaum tersebut hidup dalam kelompok komuniti masing-masing berasaskan pegangan agama, budaya dan bahasa yang berbeza.
Salah satu daripada bentuk rintangan ke arah perpaduan pelbagai kaum / etnik di Malaysia ialah rintangan mentaliti, iaitu persepsi suatu kaum yang tidak tepat atau salah terhadap satu kaum yang lain yang menjejaskan hubungan dan perpaduan antara kaum.
Salah satu daripada bentuk rintangan ke arah perpaduan kaum di Malaysia ini ialah rintangan mentaliti. Persepsi suatu kaum yang tidak tepat atau salah terhadap satu kaum yang lain boleh menjejaskan hubungan dan perpaduan antara kaum.
Cabaran Kepelbagaian Agama
kaum lain selain daripada kaum Cina yang menganggap perayaan Qing Ming itu suatu pencemaran alam sekitar.
kaum bukan penganut agama Hindu pula merungut bahawa setiap kali penganut Hindu menunaikan ibadat mereka sempena perayaan Thaipusam, harga buah kelapa akan naik mendadak.
Konflik akan timbul jika masyarakat saling tidak memahami maksud simbolik budaya dan adat resam sesuatu kaum lain.
Antara agama dan kepercayaan di Malaysia ialah Islam, Buddha, Kristian, Hindu, Tao, Sikh, Bahai, kepercayaan tradisional dan lain-lain.
masyarakat bukan Islam mungkin mempersoalkan laungan azan dikumandangkan di corong-corong pembesar suara di masjid-masjid dan surau-surau, sehingga menimbulkan tanggapan ekstrem.
Cabaran Kepelbagaian Budaya
Setiap budaya ada perbezaan dan ciri-ciri yang tersendiri dan kadangkala bersifat kontradik antara satu masyarakat dengan yang lain.
Setiap masyarakat mempunyai kepercayaan dan pantang larang tersendiri yang berkait rapat dengan tradisi dan pegangan agama masing-masing.
Kepelbagaian budaya bermakna perbezaan aspek budaya hidup seperti makanan, sosialisasi keluarga, amalan agama dan pembentukan organisasi sosial untuk menjaga kepentingan kaum masing-masing.
Cabaran Sosioekonomi
sistem ekonomi perlu diberi penilitian tersusun bagi supaya tidak beraku pemisahan yang berlaku dalam masyarakat kepelbagaian.
terdapat jurang pendapatan dan perbezaan gaya hidup antara masyarakat atasan dan bawahan dalam kelompok Bumiputra.
Cabaran Politik
budaya politik yang dipengaruhi oleh persoalan agama, identiti etnik dan ruang wilayah yang dianggap sebagai sentimen primodial dan mendahului pemikiran serta aspirasi politik.
Sebahagian besar orang Melayu menyokong UMNO dan PAS, kaum Cina menyokong MCA dan DAP, manakala kaum India menyokong MIC.
parti-parti politik di Malaysia pula cenderung mengikut etnik masing-masing. Sebagai contoh, United Malays National Organization (UMNO), Parti Islam Se-Malaya (PAS), Malayan Chinese Association (MCA), Democratic Action Party (DAP), dan Malayan Indian Congress (MIC).
Sebagai antara negara yang stabil dari segi politik, Malaysia tidak pernah mengalami sebarang insidenyang serius kecuali pada tahun 1969, yang membawa Malaysia ke dalam landskap politik yang berbeza. Pada tahun tersebut, rusuhan kaum yang terburuk melanda negara merupakan titik permulaan kepada perubahan politik negara.
Cabaran Pendidikan
sistem persekolahan di Malaysia terbahagi kepada tiga jenis aliran iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) rendah dan menengah, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SKJT). Ketiga-tiga jenis sekolah ini menggunakan bahasa pengantar yang berbeza. SK menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, manakala SJKC dan SJKT menggunakan bahasa pengantar Cina dan Tamil.
Trend ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah mengikut jenis aliran ini telah menunjukkan satu pembahagian yang ketara, dikhuatiri meluaskan lagi jurang pemisahan etnik yang wujud di kalangan rakyat Malaysia.
jurang etnik yang luas boleh menyebabkan prasangka dan streotaip terhadap kaum.
Usaha Mengukuhkan Perpaduan Masyarakat Superdiversity di Malaysia
Keadilan, penerimaan dan toleransi perlu menjadi nilai-nilai asas kepada perpaduan nasional
Islam mengajar tentang kepentingan menghormati dan menghargai perbezaan dalam kalangan manusia. Manusia diciptakan secara berbeza dari segi agama, bangsa, bahasa, budaya, adat dan aspek-aspek lain, agar mereka saling mengenali dan saling membantu.
dalam membentuk keharmonian, keamanan dan interaksi positif antara kaum, agama dan budaya memerlukan pendekatan yang berhemah dan penuh rasa hormat.
Kemuliaan di sisi Allah SWT adalah kemuliaan hati, budi, akhlak dan ketakwaan kepada Allah SWT. Islam mengajarkan umatnya mengawal perasaan dari menganggap diri mereka lebih baik daripada yang lain.
proses bottom-up yang turut menjadi teras kesepaduan sosial telah diterapkan sekian lama dalam kalangan masyarakat tanpa campur tangan kerajaan seperti gotong-royong, bekerjasama, tolong-menolong dan sebagainya.
proses-proses yang melibatkan rasa komitmen, tanggungjawab, keinginan serta keupayaan untuk hidup bersama dengan harmoni.
proses top-down yang dicetuskan oleh kerajaan seperti penggubalan dasar-dasar negara, pembentukan rancangan jangka pendek dan jangka panjang negara penghasilan simbol-simbol kenegaraan untuk diterapkan dalam masyarakat.
Sekolah Wawasan telah dicadangkan dan diusahakan oleh pihak kerajaan. Sekolah Wawasan merupakan kelompok Sekolah Kebangsaan, Sekolah rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah rendah Jenis Kebangsaan Tamil diletakkan dalam satu kawasan sekolah yang sama. Struktur organisasi dan pentadbiran sekolah-sekolah ini tidak berubah. Perkara yang membezakannya ialah sekolah-sekolah ini tidak lagi terletak berasingan, tetapi diletakkan dalam satu kawasan yang sama.