Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
GGGB 5613: KURIKULUM DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN, SET 31 (KUMPULAN 14) -…
GGGB 5613: KURIKULUM DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN, SET 31 (KUMPULAN 14)
-
Penyataan Masalah
-
Pemahaman dan penguasaan konsep diskaun yg lemah dalam bilik darjah menyebabkan pelajar tidak dapat mengaplikasikan penggunaan diskaun dengan baik dalam kehidupan seharian
Storyboard
Jalan Cerita 1:
Seorang Ibu dan Anaknya sedang membeli pakaian sekolah di pusat membeli-belah. Anak memperoleh baju sekolah yang bersesuaian dengannya lalu memanggil Ibu untuk membeli pakaian tersebut. Ibu memuji Anak kerana memilih pakaian sendiri dan menyatakan bahawa baju tersebut ada diskaun.
Jalan cerita 2:
Anak keliru dengan kenyataan ibunya. Namun, Anak teringat topik yang baru dipelajarinya di kelas dan bertanya kepada Ibu mengenai diskaun. Si ibu menerangkan kepada anak bahawa Diskaun adalah potongan harga daripada harga asal.
Jalan cerita 3:
Ibu menerangkan bahawa harga asal baju sekolah tersebut adalah RM20 dan diskaun baju tersebut adalah 40%. Ibu dan Anak bersama-sama mengira harga diskaun adalah RM8. Lalu, Ibu memberitahunya bahawa RM8 adalah harga diskaun yang akan ditolak dari harga asal baju RM20. Maka, mereka hanya perlu membayar RM12 untuk satu helai baju sekolah.
Jalan cerita 4:
Anak senyum kegembiraan bila dapat tahu dia dapat beli baju sekolah dengan harga yang murah. Lalu dia bertanya dengan Ibu sekiranya dia boleh membeli seluar sekolah yang juga diberikan diskaun seperti baju sekolah tadi. Ibu membenarkan dan Anak menunjukkan seluar sekolah yang berharga RM15 dengan diskaun 40% yang sama. Anak memberitahu bahawa harga diskaun seluar sekolah tersebut adalah RM6 dan harga baru selepas diskaun adalah RM9.
Jalan cerita 5:
Anak menyatakan jumlah kedua-dua helai pakaian tersebut adalah RM21. Ibu menyatakan bahawa disebabkan diskaun yang membenarkan mereka untuk membeli baju sekolah dan seluar sekolah tersebut untuk hanya RM21 berbanding harga asal RM35. Anak berasa kagum dan gembira dengan pilihannya dan mereka terus pergi membayar pakaian tersebut di kaunter.
Teori
Teori Kognitif
Vygotsky learning theory
Pelajar dapat menambah pemahaman dan pengetahuan mengenai konsep penggunaan diskaun melalui perubahan dalam memori serta refleksi ke atas pengalaman yang berlaku di persekitaran mereka. Contohnya, si Anak mendapat pengalaman baru terhadap penggunaan harga dan memahami dengan lebih jelas berkaitan dengan harga asal dan harga diskaun yang diajar oleh guru semasa di sekolah.
ModeI:
A
ANALYSIS
Proses menentukan masalah yang hendak diselesaikan. Proses analisis akan digunakan untuk mencari punca atau faktor yang menyebabkan masalah tersebut.
Guru menganalisis tahap pengetahuan pelajar tentang harga, potongan harga (diskaun), dan cara pengiraannya.
Guru juga mengenal pasti masalah yang dihadapi pelajar, seperti kekeliruan dalam mengira peratusan diskaun atau penggunaan formula diskaun.
D
DESIGN
proses ini merupakan Pandangan keseluruhan penampilan, struktur, pendekatan teori, jenis media dan teknologi akan dijelaskan. Antara lain ia melibatkan proses.Objektif khusus boleh dibentuk untuk pengajaran.
Pembinaan item untuk ujian dan terdapat pilihan strategi pengajaran.
Guru merancang untuk menggunakan contoh harga sebenar seperti harga produk di kedai untuk menarik minat pelajar.
Latihan disediakan dalam bentuk situasi kehidupan sebenar, contohnya: "Sebuah baju berharga RM100, dan diberi diskaun 20%. Berapa harga baju selepas diskaun?"
D
DEVELOPEMENT
fasa ini ialah untuk menghasilkan rancangan pengajaran dan bahan pembelajaran yang melibatkan pembinaan sistem sebenar dengan menggunakan semua elemen media dan teknologi yang terpilih berdasarkan keperluan.
Bahan multimedia seperti video animasi yang menerangkan pengiraan diskaun dibangunkan untuk memudahkan pemahaman pelajar.
I
IMPLEMENTATION
Di peringkat ini, bahan pengajaran akan digunakan atau dilaksanakan dengan Projek multimedia seperti tontonan video animasi.
Guru memulakan pengajaran dengan contoh mudah seperti memberi harga produk dan meminta pelajar mengira diskaun secara manual.
E
EVALUATION
Penilaian ini dibuat menggunakan penilaian formatif yang merangkumi setiap proses ADDIE. Di fasa ini, penilaian dibuat menggunakan penilaian formatif yang seharusnya dilakukan di setiap bahagian peringkat untuk menguji keberkesanannya.
Guru menjalankan kuiz pendek untuk menguji kefahaman pelajar selepas sesi pengajaran.
Refleksi dari pelajar tentang kesukaran yang dihadapi dan pemahaman mereka mengenai diskaun dikumpulkan.
Ahli Kumpulan
- WAN ZURAFIFAH BINTI WAN ZULKIFLI (P148349)
- WAN NURHAZIRAH BINTI WAN HARUN (P151651)
- NUR SHAFIERA BINTI ARIFFIN (P147724)
- DARFRINO ALLFANDO ANAK ALLOK (P151993)