Tumbuhan juga sama seperti manusia dan haiwan, iaitu bergerak balas terhadap rangsangan. Definisi tumbuhan ialah segala benda yang hidup dan berbatang (berakar, berdahan, berdaun dan lain-lain) dan biasanya dipanggil pokok. Tumbuhan hidup bercambah, bertunas, berdaun, menjalar, merebak dan lain-lain. Tumbuhan mempunyai pelbagai jenis dan setiap tumbuhan mempunyai ciri-ciri yang berbeza-beza. Manakala, rangsangan didefinisikan sebagai segala perbuatan atau factor yang menghasilkan tindak-balas, reaksi atau gerak balas