Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
ISU PEMBANGUNAN PENDIDIKAN NEGARA
ISU PENGENDALIAN KOKURIKULUM:…
ISU PEMBANGUNAN PENDIDIKAN NEGARA
ISU PENGENDALIAN KOKURIKULUM: PENGLIBATAN DAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KOKURIKULUM
-
PUNCA
2. Pihak pentadbiran sekolah memandang enteng akan penyediaan peralatan dan kemudahan yang rapi bagi menjalankan aktiviti kokurikulum.
- Peralatan dan kemudahan yang disediakan tidak mencukupi dan tidak berfungsi dengan baik.
- Kualiti infrastruktur yang tidak memuaskan menyebabkan pelajar tidak berminat untuk melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.
1. Aktiviti kokurikulum yang dijalankan tidak menarik minat pelajar
- Pilihan aktiviti kokurikulum yang terhad. Hal ini disebabkan oleh isu kekurangan dana untuk mempelbagaikan aktiviti kokurikulum di sekolah.
- Kurang penganjuran aktiviti di luar kawasan sekolah. Pelajar lebih tertarik dengan aktiviti-aktiviti luar seperti perkhemahan dan lawatan.
3. Pengendalian aktiviti kokurikulum yang tidak efektif.
- Guru tidak memberikan komitmen sepenuhnya untuk melibatkan murid dalam aktiviti kokurikulum disebabkan oleh kekurangan masa, ilmu, dan pengalaman.
- Guru tidak berminat untuk menyertai bengkel atau kursus bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam pengendalian aktiviti kokurikulum.
4. Guru kurang pengetahuan terhadap peralatan di sekolah
- Guru yang kurang berkemahiran dan berpengetahuan dalam aktiviti kokurikulum selalunya kurang mahir dalam pengetahuan terhadap jenis dan peralatan yang disediakan oleh pihak sekolah. Oleh itu, sebelum aktiviti dilakukan, guru mengambil masa yang lama untuk mengenalpasti alatan yang bersesuaian untuk digunakan.
- Guru yang tidak membuat persediaan biasanya guru-guru yang berfikiran bahawa aktiviti kokurikulum tidak penting kerana untuk riadah atau rekreasi sahaja dan tidak perlu membuang masa memberi tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar.
ISU SEMASA
2. Kekurangan Infrastruktur
- Banyak sekolah di kawasan luar bandar kurang kemudahan dan dana untuk menjalankan kokurikulum seperti membeli peralatan, padang besar, dewan, mengadakan pertandingan berkualiti dan lain-lain.
1. Kekurangan minat dan motivasi.
- Ramai pelajar tidak berminat dalam menyertai aktiviti kokurikulum sebab mereka lebih fokus kepada pencapaian akademik.
3. Ketidakseimbangan Pengalaman Guru
- Perbezaan latar belakang pendidikan guru akan membawa tahap pengalaman dan pengurusan kokurikulum yang berbeza di sekolah.
- Bebanan kerja yang tinggi telah mempengaruhi guru-guru tidak dapat membeli komitmen sepenuhnya terhadap pengurusan kokurikulum. Hal in menyebabkan mereka lebih fokus kepada pencapaian akademik.
CADANGAN
Peranan Guru
- Guru perlu mengenal pasti aktiviti yang akan dijalankan, lokasi yang sesuai dengan aktiviti tersebut dan alatan yang sesuai serta bilangan diperlukan. Oleh itu guru perlu kerap memasuki bilik sukan/bilik kokurikulum supaya dapat mengetahui jenis-jenis dan bilangan peralatan. Perkara ini mesti dibuat terlebih dahulu agar dapat menjimatkan masa ketika aktiviti kokurikulum dilaksanakan.
Kerjasama Dari Pentadbir Sekolah
- Pihak sekolah mengadakan kursus LADAP (Latihan Dalam Perkhidmatan) kepada para guru dalam bidang kokurikulum selain daripada bidang akademik. Melalui kursus ini ia dapat memberi idea kepada para guru untuk merancang sesuatu aktiviti.
Penetapan Waktu Kokurikulum
- Pihak sekolah menetapkan terus di dalam takwim sekolah berkenaan aktiviti kokurikulum. Hal ini adalah untuk memudahkan pelajar pedalaman atau yang mengalami masalah pengangkutan dapat menyertainya.
- Pelajar yang aktif dalam kokurikulum cenderung menunjukkan peningkatan dalam kemahiran sosial, kepimpinan, dan keyakinan diri.
- Pelajar lebih bersedia menghadapi cabaran dunia luar kerana terlibat dalam aktiviti yang membina kemahiran insaniah.
-