Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
DSKP Sains Tahun 1 - Pelajaran 3.1 Benda Hidup dan Benda Bukan Hidup …
DSKP Sains Tahun 1 - Pelajaran 3.1 Benda Hidup dan Benda Bukan Hidup :check:
Teori Pembelajaran
Kontruktivitisme
Tokoh yang terlibat
Lev Vygotsky (1896-1934)
Jean Paiget (1896-1980)
John Dewey (1929)
Jerome Bruner (1915- 1980)
Teori Konstruktivisme dapat difahami sebagai satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.
McBrien&Brandt,1997 Murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada,mengaplikasikannya kepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud.
Kognitivisme
Tokoh yang terlibat
Rousseau, Ausubel, Piaget, Brunner, Gagne, Wertheimer, Wolfgang, Koffka, Kohlberg, Kohler, Dienes, Vygotsky, Graham, Palmer dan Lowenfeld
Slavin (1997) menyatakan pembelajaran adalah proses aktif minda yang berfokus kepada maklumat penting, menapis maklumat tidak penting dan menggunakan maklumat sedia ada untuk membuat pemilihan.
Teori kognitif ialah proses mental dalaman yang membolehkan manusia memperoleh pengetahuan, mengesan, menyimpan, mencapai dan mengingat semula pengetahuan yang tersimpan untuk digunakan semula
AKTIVITI
Guru membawa murid-murid ke luar kelas untuk melihat persekitaran sekolah untuk pengecaman benda hidup dan benda bukan hidup
Guru akan sediakan beberapa bahan quiz bergambar sebagai tugasan berkumpulan murid-murid.
Murid-murid akan dibahagikan pada beberapa kumpulan untuk membuat perbincangan bersama dan perlu melakukan aktiviti quiz bergambar dengan melekatkan gambar yang betul pada jadual yang di sediakan di papan putih.
Guru menyediakan objektif pembelajaran tajuk pelajaran 3.1 mengenali benda hidup dan benda bukan hidup.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Membuat urutan contoh-contoh benda hidup mengikut saiz.
Menyatakan contoh benda
hidup dan benda bukan hidup.
Mampu membezakan benda hidup
dan benda bukan hidup.
HASIL PEMBELAJARAN
Murid dapat mengenal pasti ciri-ciri benda hidup seperti bergerak, membiak, makan dan bernafas dan disertakan dengan contoh benda hidup
Murid memahami ciri-ciri benda bukan hidup seperti tidak bergerak secara sendiri atau membiak dan disertakan dengan contoh benda bukan hidup
Murid dapat mengklasifasikan objek di sekeliling mereka sebagai benda hidup dan benda bukan hidup berdasarkan ciri-ciri yang telah dipelajari
STORYLINE
Cikgu Farah menjelaskan aktiviti yang akan dilakukan pada hari itu. Cikgu Farah memberitahu semua pelajar tentang aktiviti yang mereka akan melakukan iaitu aktiviti di luar kelas. Setelah cikgu Farah selesai menerangkan mengenai tajuk pembelajaran tersebut, cikgu Farah membawa murid ke luar kelas untuk aktiviti pengecaman benda hidup dan benda bukan hidup di sekeliling sekolah. Ketika aktiviti pengecaman, Cikgu Farah, memberi contoh benda hidup dan benda bukan hidup kepada murid-murid. Cikgu Farah menerangkan contoh benda hidup ialah burung dan pokok. Kemudian, bagi benda bukan hidup pula cikgu Farah memberi contoh batu dan pondok. Cikgu Farah juga memberikan soalan secara rawak kepada pelajar, Contohnya, itik dan teratai benda hidup atau benda bukan hidup. Mereka menjawab kedua-keduanya benda hidup.
Pada suatu hari, ketika waktu kelas sains tahun 1. Cikgu Farah sedang menerangkan mengenai tajuk benda hidup dan benda bukan hidup. Semua murid mendengar penerangan yang disampaikan oleh cikgu Farah dengan baik.
Setiap kumpulan akan menghantar wakil untuk meletakkan gambar yang betul pada jadual yang disediakan di papan putih. Cikgu Farah juga memberi latihan pengukuhan daripada buku modul bagi mengetahui adakah pelajar dapat menguasai apa yang dipelajari pada hari itu. Penerapan nilai murni juga dapat dipupuk oleh pelajar setelah mengetahui benda hidup dan benda bukan hidup supaya dapat memlihara alarm sekitar dengan lebih baik.
STRATEGI PENGAJARAN
BERPUSATKAN BAHAN
Penggunaan gambar dan kad
Penggunaan Media
BERPUSATKAN MURID
Kerja Kumpulan
Aktiviti Praktikal
AHLI KUMPULAN :
:
Cikgu Farah membawa masuk semua pelajar ke dalam kelas semula. Kemudian, cikgu Farah membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan diberikan beberapa bahan quiz bergambar. Mereka menyelesaikan quiz tersebut secara berkumpulan.