Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
DSKP BAHASA MELAYU TAHUN 1 (KATA HUBUNG) - Coggle Diagram
DSKP BAHASA MELAYU TAHUN 1
(KATA HUBUNG)
Objektif Pembelajaran
Memahami maksud kata hubung. (Dan,Atau,Tetapi)
Membina sekurang-kurangnya dua daripada tiga ayat menggunakan kata hubung yang betul.
Mengenalpasti kata hubung yang betul dalam ayat.
Aktiviti
3) Murid membuat pemerhatian ke atas video yang ditayangkan.
2) Guru akan menayang video dalam kelas
4) Murid menjawab soalan pengukuhan dalam kumpulan.
5) Guru membincangkan soalan pengukuhan bersama murid.
6) Guru menilai pengetahuan yang telah diperoleh murid dengan mengadakan sesi soal jawab.
1) Guru menyatakan objektif pembelajaran.
Storyline
Video Kandungan 1
Cikgu Ain menunjukkan buah-buahan di atas meja lalu bertanya kepada murid buah kegemaran mereka. Azila menjawab buah kegemarannya ialah epal dan juga buah anggur. Cikgu Ain menerangkan kepada murid fungsi kata hubung dan serta cara untuk menggunakannya. Cikgu Ain menjelaskan bahawa kata hubung dan digunakan untuk menggabungkan dua perkara menjadi satu ayat. Cikgu Ain menulis semula jawapan Azila di papan putih untuk dijadikan contoh penggunaan kata hubung dan. Cikgu Ain kemudian menegaskan bahawa penggunaan kata hubung dan membantu untuk memudahkan ayat kerana tidak perlu membuat dua ayat berasingan.
Video kandungan 2
Di dalam video kandungan 2 cikgu Ain menerangkan tentang cara untuk menggunakan kata hubung atau. Cikgu Ain memberitahu murid kata hubung atau digunakan untuk membuat pilihan. Cikgu Ain memberikan buah pilihan kepada murid. Anis menjawab dia menginginkan buah Strawberi. Cikgu Ain kemudian menjelaskan kata hubung atau digunakan apabila terdapat dua pilihan berlainan dan menulis contoh ayat di papan tulis agar murid lebih faham apa yang ingin disampaikan. Cikgu Ain menulis “Saya mahu makan buah strawberi atau buah kiwi”. Contoh yang diberikan membantu murid untuk lebih faham fungsi kata hubung atau iaitu digunakan ketika ingin membuat pilihan antara dua perkara berlainan.
Video Pengenalan
Cikgu Ain memasuki bilik darjah dengan membawa beberapa jenis buah-buahan. Cikgu Ain memainkan video cerita pendek kepada murid sejurus kelas dimulakan. Tiga perkataan dicetak tebal di dalam video untuk memfokuskan kata hubung yang terdapat dalam cerita pendek tersebut. Cikgu Ain kemudian mengajar tentang kata hubung membantu menghubungkan dua ayat atau lebih menjadi satu ayat yang lengkap.
Video Kandungan 3
Cikgu Ain menerangkan penggunaan kata hubung tetapi dalam sesebuah situasi. Cikgu Ain menerangkan dengan menggunakan buah-buahan yang diberikan kepada murid tadi. Cikgu Ain memberitahu, dia suka buah kiwi tetapi tidak suka buah strawberi. Cikgu Ain kemudian memberikan contoh ayat di papan tulis. Farah memberikan contoh lain untuk menunjukkan bahawa dia sudah faham penggunaan kata hubung tetapi. Cikgu Ain memuji Farah kerana berjaya memberikan contoh jawapan yang bertepatan dengan cara penggunaan kata hubung tetapi dan memastikan murid lain juga faham akan konsep kata hubung tetapi.
Video Penutup
Penerapan nilai murni, soal jawab dan latihan pengukuhan.
Model Instruksional
Model ASSURE
Strategi pengajaran
:
Strategi Sampingan
Berpusatkan guru
Penerangan
Berpusatkan pelajar
Kuiz
Perbincangan dalam kumpulan
Strategi Utama
Berpusatkan bahan
Vdeo
Teori Pembelajaran
Teori Utama
Kognitif
: Proses yang melibatkan pengamatan, pengetahuan dan pemahaman. Ahli-ahli psikologis yang terkenal seperti Kohler, Koffa,Piaget,Brunner, Ausuble,dan Gagne turut menyokong teori pembelajaran ini.
Teori Sampingan
Konstruktif
: Teori ini adalah berkaitan dengan pengajaran yang berdasarkan kepada penyelidikan dan pengalaman. Pembelajaran terbina daripada hasil pencatuman maklumat dengan pengetahuan sedia ada dan menggalakkan pelajar untuk berkomunikasi.
Teori-teori ini disokong oleh Jean Piaget, Bruner, Lev Vygotsky dan John Dewey.
Hasil pembelajaran
Murid dapat mengenalpasti kata hubung yang betul dalam ayat.
Murid dapat membina tiga ayat menggunakan kata hubung yang betul.
Murid dapat memahami maksud kata hubung. (Dan,Atau,Tetapi)