Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
ATKINSON'S THEORY OF ACHIEVEMENT MOTIVATION - Coggle Diagram
ATKINSON'S THEORY OF ACHIEVEMENT MOTIVATION
Aplikasi dalam Pendidikan
Guru boleh meningkatkan motivasi para pelajar dengan memberi kritikan yang membina dan mengurangkan alasan takut mengalami kegagalan.
Membantu pelajar mencapai matlamat pendidikan yang betul dan mencabar.
Memberi insentif atau ganjaran kepada pelajar bagi usaha dan prestasi yang baik.
Memberi tugas yang melingkungi tahap kesukaran yang berbeza untuk memastikan semua pelajar diberi peluang untuk menjawab soalan di kelas.
Guru meningkatkan tahap kesukaran tugas secara berperingkat untuk memupuk keyakinan pelajar supaya mereka berasa termotivasi mengambil cabaran dan mengurangkan ketakutan terhadap kegagalan.
Definisi
Merupakan sebuh teori yang diperkenalkan oleh John William Atkinson pada tahun 1950-an.
Motivasi yang meningkatkankan kecenderungan seseorang untuk melakukan sesuatu dalam mencapai tujuan
Konsep
1.Ciri Personaliti
Motivasi Untuk Berjaya
Individu yang ingin berjaya untuk mencapai matlamat, akan cenderung lebih bermotivasi untuk terus berusaha ke arah matlamat yang mereka yakin bahawa mereka boleh capai. Mereka akan merasa terdorong oleh cabaran dan sanggup untuk mengambil risiko.
Ciri-ciri Pelajar NACH:smiley:
-Berkeyakinan tinggi
-Suka menerima cabaran
-Boleh menerima feedbacks
-Tidak takut gagal
Ketakutan Dalam Kegagalan
Terdapat individu yang merasa tidak mahu mengambil tanggungjawab untuk mencapai matlamat dan mengelak daripada melibatkan diri dalam aktiviti kerana mereka takut akan kegagalan. Individu seperti ini lebih cendurung mengelak situasi yang mempunyai risiko yang tinggi.
Ciri-ciri Pelajar NAF
:unamused:
-Tidak aktif dalam kelas
-Pilih tugas yang minimum/ senang untuk lulus
-Takut menerima kritikan
-Elak diri daripada gagal
Faktor Situasi
Kebarangkalian kejayaan berasaskan tahap kesukaran untuk mencapai matlamat.
Contohnya, kalau kebarangkalian kejayaan :arrow_up:, orang bersifat NAF akan lebih cenderung kepada situasi ini kerana mereka tahu mereka dapat mengelakkan daripada kegagalan.
Nilai insentif kejayaan
Ganjaran boleh memberi motivasi untuk mereka yang berjaya mencapai matlamat. Namun, ia boleh :arrow_down: motivasi instrinsik seperti tahap kepuasan sesorang jika insentif diberi dengan terlalu kerap.
Kawalan
Kebanyakan orang lebih bermotivasi jika mereka mempunyai kawalan ke atas sesuatu tugasan.
Peluang
Akan lebih bermotivasi jika mereka ada peluang untuk mencapai matlamat.
Rumusan
Motivasi diri merupakan elemen yang amat penting bagi pencapaian akademik seseorang pelajar
Pelajar yang bermotivasi dalam pelajaran akan menunjukkan minat, semangat dan ketekunan yang tinggi.
Dengan motivasi dapat membuat seseorang itu tetap konsisten untuk mencapai sesuatu tujuan