FAROUQ : Alhamdulillah, Selamat pun sampai ke destinasi kita.
DEWI : Wah! Subhanallah ! cantiknya Teluk Cempedak ni kan Putri?
PUTRI : Betul itu, Dewi. Masha Allah! Terpegun saya melihat ciptaan Allah.
NUR : Korang nak tahu tak? Sebenarnya, musafir kita ni sampailah ke Teluk Cempedak ni, sebenarnya mempunyai hikmah tau. Siapa tahu?
FAROUQ : Ha! Aku tahu! Aku tahu! Perjalanan orang yang bermusafir akan diberkati Allah. Betul tidak Nur?
NUR : Ya, betul itu Farouq! Selain itu juga ia mendidik jiwa kita agar menjadi lebih disiplin, mematuhi undang-undang dan menjaga hak-hak alam sekitar.
DEWI : Ooo. Banyak juga manfaat kita peroleh daripada bermusafir ini ya.
NUR: Selain daripada hikmah bermusafir, terdapat juga adab-adab bermusafir. Korang nak tahu tak?
PUTERI: Oh begitu, apa adabnya?
NUR: Antara adab-adab bermusafir yang pertama
bermusafir dengan tujuan dan niat yang baik.
Yang kedua, kita perlulah menyediakan bekalan
dan keperluan secukupnya sebelum memulakan perjalanan.
Dan yang ketiga pula, kita perlulah mengucapkan selamat tinggal kepada ahli keluarga.
DEWI: Oo macam tu. Ermm, macam mana kalau kita duduk dekat asrama pula ya?
FAROUQ: Kita boleh menghantar mesej kepada ibu dan ayah kita.
DEWI: Oo faham, faham. Betul juga tu.
FAROUQ: Memandangkan saya seorang sahaja lelaki, saya sebagai ketua dan menjaga keselamatan kamu semua.
NUR: Betul tu, itu juga termasuk dalam adab-adab bermusafir.
FAROUQ: Walaupun kita sedang musafir, kita tidak boleh meninggalkan solat dan kena sentiasa berusaha untuk mematuhi peraturan dan undang-undang serta memelihara alam sekitar.
PUTERI: Wahh, banyak juga ya adab bermusafir, mari kita berdoa.
DEWI: Semoga perjalanan kita dipermudahkan segalanya. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar. Aamiin.
NUR: Haa dan yang terakhir sekali, kita hendaklah segera pulang ataupun segera kembali kepada pangkuan keluarga setelah selesai bermusafir.
DEWI: Ohh, baik, insya-Allah kita amalkan adab-adab ketika bermusafir ni sama=sama ya.
PUTRI : Jom kita ambil gambar bersama-sama. Boleh kita cipta kenangan sambil menikmati pemandangan yang cantik ini.
FAROUQ/DEWI/NUR : Jom! Jom
FAROUQ : Sedia, semua. Satu, dua, tiga.