Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
GGGB5613: KURIKULUM DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN Disediakan oleh:…
GGGB5613: KURIKULUM DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN
Disediakan oleh: Kumpulan 7
NAMA AHLI KUMPULAN
MAISARAH BINTI HISHAMUDIN (P149317)
AHMAD ALIFF ASYRAF BIN MOHD NAFI (P148522)
NURUL KAUTHAR BINTI MOHD AZNAN (P148847)
FATIN NABILAH BINTI OMAR ZAKIR (P149269)
NUR ALIEA HANIM BINTI SHAMSHUDDIN (P149489)
TAJUK
SAINS TAHUN 3: 4.0 HAIWAN
STANDARD KANDUNGAN: 4.1 TABIAT PEMAKANAN
STANDARD PEMBELAJARAN: 4.1.2 MENJELASKAN DENGAN CONTOH TABIAT PEMAKANAN HAIWAN HERBIVOR, KARNIVOR, OMNIVOR
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
MURID MAMPU MENGELASKAN SEKURANG-KURANGNYA SATU CONTOH HAIWAN BAGI SETIAP TABIAT PEMAKANAN
PERNYATAAN MASALAH
Murid tidak dapat membezakan tabiat pemakanan haiwan
TEORI PEMBELAJARAN
TEORI VYGOTSKY
Melalui tayangan video animasi tersebut, murid dapat mengetahui dengan lebih jelas pengkelasan haiwan berdasarkan tabiat pemakanan mereka.
JALAN CERITA
BABAK 1
Sang rusa sedang bersiar siar di dalam hutan sambil menyanyi. Perjalanannya terhenti apabila ia melihat kawasan rumput yang menghijau. Sang rusa menyedari sang arnab menikmati rumput segar yang sama.
BABAK 2
Ketika sang rusa dan arnab asyik menikmati rumput segar, pak belang menghampiri mereka. Sang arnab mengajak pak belang bersama sama makan rumput. Tiba- tiba, pak belang mengaum kuat lalu menelan sang arnab yang kecil. Sang rusa terkejut pak belang menelan rakannya sedangkan rumput hijau banyak di depan mata.
BABAK 3
Sang rusa melarikan diri apabila pak belang mula mengejarnya. Sampai di suatu semak, rusa menyembunyikan diri sehingga pak belang pergi dari kawasan tersebut.
BABAK 4
Apabila sang rusa yakin bahawa keadaan sudah selamat, rusa keluar dari semak sambil menghembus nafas lega. Ketika dia mendongak ke langit, sang rusa melihat dua ekor monyet di atas dahan pokok. Koko (monyet 1) sedang mencari kutu Miko (monyet 2) lalu memakannya manakala Miko berselera menjamu pisang di tangannya.