Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Konsep Etika dalam Konteks "Bagaimana mencapai kehidupan…
Konsep Etika dalam Konteks "Bagaimana mencapai kehidupan Sejahtera?"
Etika Membina Kesejahteraan Kehidupan
Kehidupan Seimbang
Menjaga keseimbangan antara kerja dan rehat, hubungan sosial, serta penjagaan diri.
Kebaikan dan Kepedulian
Mengamalkan kebaikan kepada orang lain, menunjukkan empati, dan mereka yang memerlukan.
Kejujuran dan Integriti
Bersikap jujur dalam semua aspek kehidupan dan berpegang kepada prinsip moral yang kukuh
Keadilan dan Saksama
Memastikan bahawa tindakan kita tidak menzalimi orang lain dan semua orang mempunyai peluang yang adil.
Definisi Etika
Istilah etika berasal dari perkataan Yunani iaitu “ethos” yang membawa erti kebiasaan, adat,
akhlak, keperibadian dan watak.
Definisi etika berdasarkan perspektif masyarakat adalah panduan dan prinsip-prinsip moral yang
dipersetujui dan diterima oleh sesebuah masyarakat.
Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, etika merupakan prinsip moral atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan
manusia
Kesan Terhadap Kehidupan Sejahtera
Menjamin kestabilan emosi
Mengeratkan hubungan silaturrahim sesama manusia tanpa mengira kamu, bangsa atau agama
Membentuk individu yang sentiasa berfikiran positif
Pandangan ateis terhadap kesejahteraan hidup
Nilai Kehidupan
Ramai ateis melihat kehidupan ini sebagai satu-satunya kehidupan yang mereka ada, jadi mereka cenderung untuk memberi fokus kepada apa yang dapat mereka capai atau nikmati dalam hidup ini. Tujuan hidup mungkin ditentukan oleh kepuasan diri, kebahagiaan, dan memperbaiki kesejahteraan orang lain.
Moral dan Etika Berdasarkan Kemanusiaan
Tanpa kepercayaan kepada kuasa tertinggi, ateis sering merujuk kepada prinsip moral yang didasarkan kepada kemanusiaan dan keadilan sosial. Mereka mungkin percaya bahawa manusia boleh mencipta kod etika yang mengutamakan empati, logik, dan kerjasama untuk mencapai kehidupan yang bermakna.
Kebebasan Individu:
Pandangan ateis selalunya mempromosikan kebebasan individu untuk mencari makna dan tujuan hidup sendiri. Ini mungkin bermakna seseorang itu bebas memilih tujuan hidup mereka tanpa terikat dengan kepercayaan agama atau tradisi, dan lebih cenderung menilai hidup berdasarkan pengalaman, hubungan peribadi, dan pencapaian.
Tanggungjawab Sosial
Bagi sesetengah ateis, tujuan hidup mungkin termasuk meninggalkan dunia yang lebih baik untuk generasi akan datang, sama ada melalui perlindungan alam sekitar, kerja-kerja kebajikan, atau usaha memperbaiki struktur sosial.
Kebajikan Falsafah Dalam Mencapai Kesejahteraan Hidup
Membina kemahiran berfikir yang betul dan sejahtera
Membantu individu menyelesaikan masalah kehidupan dengan tindakan bijak dan bernas