Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Konsep Etika dalam Konteks "Bagaimana Mencapai Kehidupan…
Konsep Etika dalam Konteks "Bagaimana Mencapai Kehidupan Sejahtera?"
DEFINISI KESEJAHTERAAN HIDUP
Kesejahteraan hidup merupakan satu konteks yang besar dan definisinya bergantung kepada seseorang individu kerana matlamat, objektif dan tujuan hidup masing-masing adalah berbeza dan bersifat tersendiri.
Falsafah hidup membuatkan seseorang tertanya -tanya akan apa yang mahu dicapai sama ada kekayaan semata atau kebahagiaan yang dicari
Oleh itu, sewajarnya setiap manusia mempunyai objektif dan falsafah hidup yang tersendiri untuk dipegang supaya hidup dalam keadaan yang teratur dan mempunyai masa hadapan yang cerah bagi mencapai kesejahteraan dalam hidup
KEBAIKAN FALSAFAH DALAM MENCAPAI KESEJAHTERAAN HIDUP
Falsafah mengajar individu untuk terus maju ke hadapan dengan mempelajari dari kesilapan yang lalu dengan adanya contoh-contoh sejarah dan keperibadian tokoh yang patut dicontohi
Falsafah dapat membantu individu untuk mencapai jawapan dari persoalan kerana perasaan ingin tahu telah mendorong individu untuk bersemangat mencari jawapan
Falsafah dapat membentuk dan membina kemahiran berfikir yang betul dan sejahtera iaitu mendorong individu untuk berfikir dengan lebih tajam selanjutnya mencapai kata putus yang tepat.
Falsafah mendorong individu untuk mencapai matlamat yang dimahukan dan dihajati sama ada kejayaan, kekayaan, keabdian kepada tuhan dan sebagainya.
Falsafah etika dan moral dapat menjadi panduan dalam membentuk diri individu untuk menjadi insan yang cemerlang bukan sahaja dari segi pelajaran tetapi dari segi sahsiah juga.
Falsafah menjadikan hidup individu itu jauh dari perkara yang buruk dan sia-sia kerana mereka tahu mereka ada pegangan hidup yang patut dipatuhi.
DEFINISI ETIKA
Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, etika merupakan prinsip moral atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia.
Amalan etika merupakan salah satu keperluan dalam konteks kehidupan yang perlu diterapkan dalam kehidupan seseorang individu dan masyarakat.
Ilmu etika amatlah meluas dan definisi etika berdasarkan kepada pelbagai latar belakang seperti Barat, India, China dan Arab
Definisi etika berdasarkan perspektif masyarakat adalah panduan dan prinsip-prinsip moral yang dipersetujui dan diterima oleh sesebuah masyarakat
Kaitan antara Falsafan dan Kesejahteraan Hidup
Pendapat dan Pemikiran Falsafah
Pemikiran sebelum Socrates
: diasaskan oleh Thales (625 -545SM), Phytagoras (580SM), Parmenides (540SM) dan sebagainya.
Memegang kepercayaan bahawa kesemua kejadian atau segala yang wujud adalah dari alam lahir (dewa-dewi atau Tuhan yang lain).
Pemikiran selepas Socrates
: berubah apabila Socrates semakin berpengaruh dan diturunkan kepada Plato dan Aristotle.
Tidak menekankan aspek alam tetapi berpendapat bahawa alam tidak berinteraksi dengan manusia
Lebih fokus mengumpul maklumat tentang isu etika, psikologi, kesihatan dan ilmu pengetahuan yang lebih mendalam.
Menggunakan teknik berdialog untuk mengkaji, meneliti dan memahami tingkah laku manusia.
Plato
: meneruskan pemikiran dengan menumbuhkan sebuat masyarakat dan negara yang terbaik.
Setiap individu mempunyai falsafah hidup yang tersendiri (cara berfikir, situasi, karakter dan sebagainya)
Kesemua individu perlu mempunyai falsafah supaya hidupnya mempunyai metlamat serta dapat mencapai kesejahteraan hidup.
Bukti daripada Jurnal Karya Idris Zaharia dan Ahmad Sunawari Long
mengkaji tentang pendekatan dan falsafah yang diajar kepada anak-anaknya
Falsafah Conficius (pembangunan insan)
: kita boleh mengenal anak kita sejak umur tiga tahun