Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
RINGKASAN EKSEKUTIF PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM) 2013-2025…
RINGKASAN EKSEKUTIF PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM) 2013-2025
PENGENALAN & TUJUAN
Kajian semula sistem pendidikan Malaysia dilancarkan pada 2011 untuk menilai prestasi semasa dan menetapkan visi pendidikan bagi menghadapi keperluan abad ke-21
OBJEKTIF
Memahami prestasi dan cabaran semasa dalam pendidikan.
Mewujudkan visi dan aspirasi untuk sistem pendidikan dalam tempoh 13 tahun akan datang.
Menggariskan transformasi sistem pendidikan secara menyeluruh.
ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN
Akses
: Menjamin akses pendidikan sejagat dari prasekolah hingga menengah atas.
Kualiti
: Meningkatkan standard pendidikan agar setanding dengan negara maju.
Ekuiti
: Mengurangkan jurang pencapaian antara pelbagai kumpulan sosial dan geografi.
Perpaduan
: Menggalakkan perpaduan nasional melalui pendidikan.
Kecekapan
: Memaksimumkan keberhasilan pendidikan dengan sumber yang ada.
TRANSFORMASI STRATEGIK
11 anjakan utama untuk memperbaiki sistem pendidikan
Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa
Memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan
Melahirkan rakyat yang menghayati nilai
Mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan
Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah
Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan
Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia
Mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian kementerian
Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas
Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit
Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban awam secara langsung
ASPIRASI MURID
Pengetahuan: Setiap kanak-kanak perlu menguasai sepenuhnya kemahiran literasi dan numerasi (Menguasai subjek teras Matematik & Sains
Kemahiran berfikir: Murid belajar cara memperoleh ilmu pengetahuan dan mengamalkannya dalam kehidupan harian
Kemahiran dwibahasa: Perlu menguasai bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan iaitu bahasa Inggeris
Kemahiran memimpin: Membantu murid mencapai potensi sepenuhnya
Etika dan kerohanian: Sistem pendidikan memupuk etika dan kerohanian dalam diri setiap murid untuk mendepani cabaran
Identiti Nasional: Penghayatan prinsip Rukun Negara, dierlukan untuk kejayaan masa depan Malaysia
TIGA GELOMBANG DALAM TRANSFORMASI
GELOMBANG 2 (2016-2020)
Kurikulum standard sekolah rendah dan menengah yang disemak semula
menarik minat dan kesedaran masyarakat dalam STEM
mengukuhkan program berkeperluan khas untuk golongan khusus (pintar cerdas, berkeperluan khas)
GELOMBANG 3 (2020-2025)
Matlamat KPM = membangunkan sistem pengekalan kamajuan kendiri yang mampu mencetuskan inovasi dan meningkatkan pencapaian yang lebih tinggi
Meningkatkan inovasi dan pilihan (meningkatkan penguasaan kemahiran dalam BM dan BI secara berterusan dan sediakan lebih banyak pilihan untuk mempelajari bahasa tambahan)
Melaksanakan program dan inovasi ICT bagi kumpulan berkeperluan khusus
Memupuk budaya kecemerlangan profesional keteladanan rakan setugas (saling berkongsi amalan terbaik)
Mempertingkat pengurusan berasaskan sekolah dan autonomi (kurikulum dan pengurusan kewangan)
Mengkaji semula penstrukturan sekolah (untuk menentukan sekiranya wujud keperluan di sekolah)
GELOMBANG 1 (2013-2015)
Meningkatkan standard pengajaran melalui bimbingan guru terutamanya matapelajaran teras (BM, BI, MATHS, Sains)
Mereka bentuk semula soalan peperiksaan (menjurus soalan KBAT)
mengukuhkan kualiti pendidikan STEM
mengukuhkan penguasaan kemahiran berbahasa inggeris
melaksanakan 1BestariNet (integrasi ICT dalam pdp)
BUKTI PELAKSANAAN PPPM DALAM SISTEM PENDIDIKAN
Peningkatan Prestasi Guru dan Kepimpinan Sekolah
Latihan dan Pembangunan Profesional: Guru-guru diberikan latihan intensif yang berterusan untuk meningkatkan kemahiran mengajar, termasuk penguasaan pedagogi yang lebih efektif.
Kepimpinan Sekolah: Program untuk memperkukuh kepimpinan sekolah telah diperkenalkan, memastikan pengetua dan guru besar dapat mentadbir sekolah dengan lebih baik dan memacu kecemerlangan akademik.
Penggunaan Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran:
Program 1BestariNet: Penyediaan akses internet berkelajuan tinggi kepada sekolah-sekolah di seluruh negara untuk menyokong pembelajaran digital.
Inisiatif Pembelajaran Digital: Pengenalan alat pembelajaran digital seperti modul e-pembelajaran dan aplikasi pendidikan untuk meningkatkan penglibatan pelajar dalam proses pembelajaran.
Penilaian Berterusan dan Pemantauan:
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS): Sistem penilaian berterusan yang menggantikan sistem penilaian berasaskan peperiksaan semata-mata, membolehkan penilaian lebih holistik terhadap pencapaian pelajar.
Pemantauan Prestasi Sekolah: Pelaksanaan pemantauan prestasi secara berkala untuk memastikan semua sekolah memenuhi standard yang ditetapkan oleh kementerian.
Intervensi Pendidikan untuk Pelajar Luar Bandar dan Kurang Berkemampuan:
Program Sekolah Amanah: Penubuhan sekolah amanah untuk memastikan pelajar di kawasan kurang membangun mendapat pendidikan yang sama taraf dengan sekolah-sekolah di kawasan bandar.
Bantuan Kewangan dan Biasiswa: Pemberian bantuan kewangan kepada pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan untuk memastikan mereka tidak tercicir dalam pendidikan.
IMPAK PELAKSANAAN
Pemimpin sekolah mendapat sokongan yang penuh untuk memacu prestasi sekolah ke arah yang lebih cemerlang
Pegawai kementerian menerima sokongan, latihan, dan sumber yang bersasar untuk memenuhi peranan dan tanggungjawab baharu mereka
Guru menikmati persekitaran kerja yang memuaskan berasaskan prestasi dan laluan kerjaya yang lebih baik
Ibu bapa memahami tentang kemajuan anak dan cara untuk meningkatkannya secara lebih berkesan
Murid belajar dalam suasana kondusif dan terdidik dengan pengalaman pembelajaran di sekolah
Hasil Awal dalam tempoh 12 bulan akan datang (Dis 2012-Dis 2013)
-Kesemua 61000 guru Bahasa Inggeris dinilai mengikut standard antarabangsa CPT.
-Linus 2.0 dilaksanakan di semua SR.
-Syarat ambilan guru diperketatkan.
-Guru dinilai melalui instrumen bersepadu.
-352 SIC+ dan 71 si PARTNER+ diperkenalkan di Kedah dan Sabah.
-Sarana penglibatan ibu bapa.
-Sekolah mempunyai sambungan internet dengan kelajuan 4Mbps.
-20% soalan peperiksaan mentaksir KBAT.
-Sekolah dengan kerosakan kritikal dibaik pulih.