Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Reka Bentuk Pembelajaran Dalam Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna Di…
Reka Bentuk Pembelajaran Dalam Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna Di IPG Kampus Pendidikan Teknik
-
Amalan Pedagogi
-
Pensyarah sebagai aktivator yang mendorong pelajar dalam pencapaian 6C dan sesi PdP berpusatkan pelajar.
Strategi Pembelajaran abad ke-21 dan lapan konstruk amalan pedagogi yang berpotensikan perkembangan watak dan pembangunan sahsiah pelajar.
-
Tujuh jenis Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) iaitu kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (TMK), kecerdasan pelbagai, pembelajaran kontekstual, pembelajaran konstruktivisme dan kajian masa depan memudahkan pencapaian 6C pelajar.
Inovasi amalan pedagogi dan perkembangan PdP oleh pensyarah bersama guru pelatih melahirkan pendidik yang kreatif dan kritis.
Interdisiplinari antara kursus berbeza membolehkan pelajar meneroka idea baru apabila wujudnya gabungan ilmu merentas bidang.
Pemanfaatan Digital
-
Aplikasi ToonDoo membantu guru melukis kartun yang sebenarnya telah tersedia untuk komik mereka secara digital.
Pemanfaatan teknologi digital meningkatkan kualiti pengalaman pembelajaran yang aktif dan fleksibel. Penggunaan perisian digital percuma mewujudkan hubungan pelajar dan pensyarah sebagai rakan pembelajaran.
Guru pelatih membangunkan sumber multimedia yang saling menyokong hasil sumber maujud. Carian maklumat mereka bagi dua kursus berfokus secara spesifik, di mana menjimatkan masa dan tenaga mereka.
Pensyarah menyediakan padlet sebagai rujukan pelajar secara digital. Pelajar memuat turun bahan yang disediakan dan memuat naik hasil kerja melalui padlet.
-
Rakan Pembelajaran
-
Selain pensyarah, ibu bapa, pakar dan masyarakat juga menjadi rakan pembelajaran pelajar. Contohnya, pelajar menghubungi guru pendidikan khas dan pakar golongan cacat pendengaran melalui media sosial.
Rakan pembelajaran memberi sokongan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat. Rakan pembelajaran mempunyai kemahiran akademik, kemahiran teknikal, sahsiah yang baik dan sikap ringan tulang yang boleh dijadi teladan pelajar.
Showcase membenarkan pelajar mendapat maklum balas rakan pembelajaran yang memberikan kesan positif dalam pembentukan budaya pembelajaran baru. Pelajar membuat refleksi dan penambahbaikan menjadikan mereka lebih kreatif dan kritis.