Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KAPASITI PEDAGOGI PEMBELAJARAN BERMAKNA - Coggle Diagram
KAPASITI PEDAGOGI PEMBELAJARAN BERMAKNA
KONSEP
merujuk kepada kemampuan dan kecekapan guru dalam merancang, melaksanakan, dan menilai proses pengajaran yang tidak hanya menyampaikan maklumat
Konsep ini menekankan pentingnya guru untuk memiliki strategi pengajaran yang efektif, bahan pengajaran yang relevan, serta pendekatan yang dapat merangsang minat dan motivasi pelajar untuk belajar
Secara keseluruhan, kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna adalah mengenai bagaimana guru dapat memaksimumkan potensi pembelajaran dengan memastikan bahawa pelajar bukan sahaja menguasai pengetahuan asas tetapi juga mampu menggunakannya dengan cara yang bermakna dan berguna dalam kehidupan mereka.
MODEL-MODEL DALAM KPPB
Model Reka Bentuk Pembelajaran
Rakan Pembelajaran
perubahan secara berstruktur bermanfaat dalam hubungan antara murid, guru, ibubapa dan komuniti
berperanan sebagai pendorong pembelajaran
Persekitaran Pembelajaran
persekitaran pembelajaran interaktif di mana murid terlibat aktif dan bermakna
membina iklim dan budaya pembelajaran pada bila-bila masa dan di mana sahaja yang melibatkan mana-mana murid
Memanfaatkan kemudahan digital
pembelajaran boleh berlangsung tidak mengira tempat, waktu dengan mana-mana murid melalui kemudahan digital
Kemudahan digital digalakkan pengunaannya oleh murid agar dapat mencipta pengetahuan baru
Amalan Pedagogi
melibatkan kemahiran berfikir yang mencapai tahap rumit
gabungan proses amalan pedagogi dan amalan inovatif
Model Penglibatan
Hubungan Guru-Murid
Membangun hubungan yang positif dengan pelajar adalah kunci untuk penglibatan. Guru yang memahami keperluan, minat, dan gaya pembelajaran pelajar dapat mencipta persekitaran yang lebih inklusif dan menyokong.
Hubungan Guru-Kurikulum
Kurikulum yang berkesan menghubungkan pembelajaran dengan situasi kehidupan sebenar, membolehkan pelajar melihat aplikasi praktikal pengetahuan yang mereka perolehi.
memerlukan guru memahami dan mentafsir serta menyesuaikan bahan pengajaran sesuai dengan keperluan murid
Hubungan Murid-Kurikulum
merujuk kepada bagaimana murid melihat, memahami dan berinteraksi dengan kandungan kurikulum
Model Pembelajaran Murid
Perhubungan
asas sosial penting yang sentiasa memerlukan tujuan dan makna dalam hubungan dengan orang lain
Aspirasi
Pencapaian murid dipengaruhi oleh jangkaan murid terhadap diri sendiri dan persepsi orang lain terhadap diri mereka
Belajar Cara Belajar
Murid sedar dan boleh mengawal pemikiran dalam merancang, memantau dan menilai pembelajaran sendiri
Kerangka Kerja Rigor dan Relevan
menyediakan panduan yang berguna untuk memastikan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran adalah seimbang antara pemikiran kritis yang mendalam dan aplikasi praktikal dalam kehidupan nyata
guru dapat mencipta pengalaman pembelajaran yang lebih dinamik, menarik, dan bermakna bagi pelajar
Kerangka 3R
Rigor
-menghendaki pelajar untuk berfikir secara mendalam, menganalisis, dan menyelesaikan masalah yang kompleks.
Relevance
- Menekankan bahawa pembelajaran harus berkait rapat dengan situasi dunia nyata dan relevan dengan kehidupan pelajar.
Relationship
- Hubungan yang kuat dan positif antara guru dan pelajar adalah asas kepada pembelajaran yang berkesan.
Kerangka Kerja 3E
Engage
-tujuan utama adalah untuk menarik perhatian dan minat pelajar terhadap topik yang diajar
Enhance
-pelajar didorong untuk memperdalam pemahaman mereka tentang topik yang diajar.
Extend
- merujuk kepada mendorong pelajar untuk terus belajar di luar kelas, membangunkan pemikiran kreatif dan kemampuan untuk belajar secara berdikari