Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Falsafah - Coggle Diagram
Falsafah
Apakah falsafah?
Aristotle: falsafah adalah usaha, aklyah menyelidik sebab dan asas segala benda, mengkaji hal yang beliau menamakannya sebagai metafizik yang meneliti asal wujud.
Al-Farabi: “Falsafah ialah ilmu pengetahuan tentang alam yang wujud dan bertujuan menyelidik hakikatnya yang sebenarnya”.
-
Titus: iaitu sikap tentang hidup dan alam semesta, satu kaedah pemikiran reflektif dan penyelidikan akliah, satu peringkat (memahami) masalah dan satu peringkat teori atau sistem fikiran dalam usaha mencari kebenaran.
Fungsi falsafah
falsafah menganjurkan berfikir dengan kritikal, logik, sistematik, teratur dan mendalam tanpa gangguan emosi, bias serta sentimental.
membuka fikiran supaya isu yang dibahaskan itu luas mencakupi pelbagai bidang dan jurusan, dan akhirnya ‘dipandu’ menjurus kepada isu yang difokuskan.
memandu seseorang itu mengenal pasti pokok masalah terlebih dahulu, buat klasifisikasi dan seterusnya buka fikiran, berbincang, melihat pro dan kontra tiap-tiap tanggapan.
-
Pandangan Ahli Falsafah
Sebelum Socrates
‘Segala kejadian’ atau ‘segala yang wujud’ itu difokus kepada alam lahir ini yang juga dikaitkan dengan alam dewa-dewi atau segala macam Tuhan, yang misalnya dilagukan dalam syair pada waktu itu iaitu Homeros dan Hesiodos.
Selepas Socrates
Socrates tidak berminat lagi berfikir dan menyiasat tentang alam fizikal ini justeru katanya alam itu tidak berkomunikasi atau memberi respon terhadap manusia.
mengenai kehidupan melibatkan persoalan etika, ilmu pengetahuan, psikologi, kesihatan dan lain-lain yang semuanya berlegar tentang kehidupan menusia,
memberi perhatian terhadap rancangan dan strateginya untuk membentuk sebuah masyarakat dan negara yang terbaik, di mana ahli falsafah atau philosopher-king dinobat dalam perancangannya sebagai pemimpin ideal.
Ibnu Sina menekankan kepentingan hidup beragama dan kepatuhan kepada undang-undang sebagai antara syarat untuk membentuk kehidupan yang bahagia.
Kedudukan Falsafah
al-Kindi (796-873) menyatakan bahawa falsafah sebagai ilmu termulai dan terbaik yang tidak wajar ditinggalkan oleh setiap orang yang berfikir kerana ilmu ini membicarakan tentang semua yang berguna dan cara memperolehinya serta cara menjauhi perkara yang merugikan
kebenaran, kesempurnaan dan keadilan, sambil menolak nilai negatif yang merugikan manusia.
Faedah falsafah
- Falsafah dengan metod akal yang rasional akan membantu individu mencapai kepuasan dalam usahanya yang ingin mengetahui dan mencari jawapan mengenai sesuatu.
- Falsafah akan meningkatkan tahap kematangan minda daripada peringkat rendah kepada kematangan. Pengetahuan yang akan diperolehi melalui penggunaan akal rasional membantu peningkatan ilmu dan sekaligus meningkatkan juga tahap kematangan individu.
- Falsafah membina kemahiran dan kemantapan berfikir serta memperkenalkan metod berfikir yang sejahtera. Hal ini dapat dilihat apabila individu menggunakan metod yang sejahtera dalam berfikir, ia akan membawa individu tersebut kepada penguasaan kemahiran berfikir dan dapat menyelesaikan segala masalah dengan mudah dan cepat serta tepat.
- Falsafah membantu individu menyelesaikan permasalahan kehidupan dengan sistematik dan pasti.
- Falsafah menjadi senjata kepada individu untuk mempertahankan idea, pegangan dan kepercayaan (selain daripada jalan wahyu) daripada halangan dan kritikan.
- Falsafah mendorong individu mencapai matlamat yang dihajati dalam kehidupannya sama ada mencapai kejayaan, kebaikan, kesenangan dan kebahagiaan.
- Falsafah menyediakan kemudahan yang mencukupi untuk individu berkembang maju ke hadapan menerusi pemikiran atau kreativiti, tingkah laku atau aktiviti dan menerusi model tokoh yang ideal dalam sejarah atau yang masih hidup supaya seseorang dapat mengukur kemajuannya dan memperbetulkan arah tujuannya.
- Mengatur dan mengawal kehidupan individu dalam satu rangka kerja , tidak kira sama ada individu itu berpegang kuat pada mitos, adat istiadat, warisan, budaya tersendiri, undang-undang atau agama. Dalam semua perkara tersebut, terdapat satu rangka kerja, iaitu falsafah yang tersirat dalam sifat semula jadi dan itu yang penting untuk semua manusia.