Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
"PENGENALAN KEPADA KESUSASTERAAN MELAYU" - Coggle Diagram
"PENGENALAN KEPADA KESUSASTERAAN MELAYU"
Apa itu sastera ?
Sastera merupakan bidang seni kreatif yang menggunakan bahasa sebagai medium.
Sasteera bermula dari tradisi lisan dan berkembang mengikut peredaran masa.
Sastera merupakan seni bercorak intelektual yang memberi kepuasan intelek dan estetik.
Penghasilan Karya Sastera
Terhasil daripada cetusan gabungan daya rasa, kepekaan dan keperihatinan pengarang terhadap perkara yang diamati dan dialami dalam masyarakat.
Memaparkan perutusan, amanat, lontaran idea/fikiran pengarang.
Mencerminkan gagasan dan daya fikir pengarang.
Merangkumi segala aktiviti manusia secara kreatif.
Sejarah Sastera
Secara tradisionalnya, sastera ditulis khusus untuk raja dan berfungsi untuk mendaulatkan feudalisme.
Nilai sastera tidak diperdebatkan tetapi diterima seadanya.
Sesiapa yang cuba untuk mempertikaikan sesebuah karya boleh dianggap derhaka.
Karya sastera bdianggap milik bersama.
Ciri-ciri Sastera
KEINDAHAN
gaya dan lenggok bahasa yang digunakan dalam karya sastera dapat menyerlahkan keindahan sesebuah hasil karya itu.
keindahan hasil sastera bergantung kepada kesatuan unsur yang membentuk suatu susunan atau struktur karya.
Karya seni menjadi indah jika unsur-unsur yang terkandung di dalamnya mengandungi keutuhan, keselarasan, keseimbangan dan penekanan.
2.MENCERMINKAN PENGALAMAN
Pengalaman diceritakan melalui bahasa.
Fikiran, imaginasi dan perasaan penulis diterjemahkan menjadi karya yang dapat memberi kesedaran kepada manusia.
Pengalaman merujuk kepada tindak balas daripada jiwa manusia yang digambarkan secara realiti.
Konteks Pendidikan
Karya asa tertulis dalam bahasa Melayu
Berunsurkan keindahan dan kehalusan
Berbentuk novel, cerpen, drama, puisi
Mengimbangi intelek, rohani, emosi dan jasmani
Memaparkan nilai kemanusiaan dan citra masyarakat
Terbahagi kepada dua iaitu, tradisional atau moden