Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
MUADDIB - Coggle Diagram
MUADDIB
-
Tugas guru Pendidikan Islam berbeza dengan tugas guru daripada bidang lainnya. Di samping memberi ilmu pengetahuan berkenaan ilmu agama, guru Pendidikan Islam juga melaksanakan tugas pendidikan dan pembinaan akhlak dan adab pelajar, membantu pembentukan peribadi serta mengukuhkan keimanan dan ketakwaan pelajar. Malah, Guru Pendidikan Islam yang muaddib perlu berusaha menjadikan diri mereka sebagai contoh teladan yang utama kepada para pelajar
DALIL
Hadis dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda :
"Sesungguhnya tidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan kebaikan akhlak.” (Ahmad, no 8952)
Rasulullah SAW merupakan contoh terbaik dalam menunjukkan akhlak dan adab yang dapat membimbing umat manusia ke arah kebaikan.
Sifat penuh kasih sayang dan kebaikan budi pekerti yang ditunjukkan oleh baginda sentiasa menjadi aspek yang dapat menarik perhatian khalayak ketika Baginda menyampaikan ajaran Islam. Baginda tidak hanya menyeru umat manusia melakukan kebaikan tetapi menunjukkan teladan yang baik dengan melaksanakannya.
Firman Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud:
"Sesungguhnya pada diri Rasulullah ada teladan yang baik bagimu, iaitu bagi orang yang mengharap Allah dan hari akhirat serta banyak berzikir kepada Allah" (Surah Al-Ahzab:21)
DEFINISI
Merupakan ism fa’el daripada perkataan addaba.
Perkataan addaba adalah kata kerja bagi perkataan muaddib yang bermaksud mendidik, memberi adab, melatih, memperbaiki, mendisiplinkan dan memberi tindakan
Definisi : Salinda Sahrin (2022) merumuskan perkataan adab sebagai mengajar orang yang belajar supaya berbudi pekerti yang baik, mendidik jiwa dan akhlak yang baik, melatih supaya berdisiplin
Pendidik yang muaddib merupakan individu yang memberi ilmu dan mendidik murid dalam akhlak dan adab yang baik. Pendidik juga mendidik pelajar agar tidak merendahkan ilmu pelajaran lain selain dari yang diajar olehnya. Pendidik mendidik pelajar melalui akhlak yang baik daripada hanya penyampaian secara teori sahaja.