Abdullah Munsyi memainkan peranan dan memikul tanggungjawab setelah dilantik sebagai jurutulis dan penterjemah ketika Stamford Raffles membuat lawatan ke Melaka. Beliau bekerja sebagai jurutulis di kediaman Raffles untuk menyalin hikayat, menulis surat kiriman, menulis syair Melayu dan sebagainya. Pada usia 27 tahun, beliau telah mengajar Bahasa Melayu Paderi Milne.
Pada tahun 1815, peralatan percetakan digunakan di kediaman Paderi Milne. Abdullah Munsyi telah menggunakan perlatan baru ini untuk membuat huruf, mengaturnya, dan mecetak buku serta surat. Dengan bantuan beliau, bahan bacaan perbualan dalam Bahasa Melayu untuk berkomunikasi diterbitkan. Abdullah Munsyi telah berpindah ke Singapura dan menjadi jurutulis dan jurubahasa Raffles.
Beliau diberi tugas untuk mengumpul bahan sastera Melayu lama seperti kitab, hikayat, syair untuk Raffles membawa pulang ke England. Selain itu, beliau juga diarahkan untuk mengkaji adat Cina dan masyarakat Jakun.
Abdullah Munsyi ialah seorang penulis Melayu yang pertama melakukan sesuatu yang menyimpang daripada adat resam dan kesusasteraan Melayu dalam bahasa surat seperti penulisan mahkamah, dan menghasilkan banyak bahasa kiasan dan peribahasa.
Hasil karya Abdullah Munsyi adalah berdasarkan pengalaman hidup yang pernah dilalui oleh beliau. Contoh hasil karya beliau ialah Kisah Pelayaran Abdullah (1838), dan Hikayat Abdullah (1849) yang mencerminkan situasi yang berlaku dalam masyarakat dan tiada unsure khayalan, contoh Kisah Pelayaran Abdullah telah menggambarkan sikapnya yang tidak suka kepada budaya raja Melayu, seperti tidak boleh berpayung, memakai kasut, dan berpakaian kuning di kampong raja. Kisah Pelayaran Abdullah ke Jeddah (1920), Syair Singapura Terbakar (1830) dan sebagainya. Syair kebakaran menceritakan peristiwa kebakaran besar yang terjadi di Singapura pada masa kolonial Inggeris. Abdullah Munsyi dianggap sebagai wartawan yang merekodkan pengalaman hidup dan kisah-kisah yang berlaku dalam masyarakat. karya beliau menjadikan titik persimpangan besar yang membezakan antara karya lama dan karya moden, dan akhirnya digolong sebagai kesusasteraaan Melayu Moden.