Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Pendekatan Aqidah Salaf dan Khalaf - Coggle Diagram
Pendekatan Aqidah Salaf dan Khalaf
Definisi Salaf
Dalam kitab tahdzib al-Lughah disebutkan, kata salaf berasal dari Bahasa Arab yang berasal dari akar kata: yalafa-yaslufu-salafan yang memiliki makna berlalu atau dahulu, salaf juga dikaitkan dengan Mutaqaddimun (generasi terdahulu)
Secara terminologi, definisi salaf adalah mereka yang hidup pada tiga abad pertama Islam yang menetapkan sifat Allah dan tidak meniadakannya. Mereka tidak berpaham tasybih serta tidak menggunakan ta’wil dalam menafsirkan ayat mutasyabijat dan juga para ulama yang mengikuti fahaman mereka meskipun hidup sesudahnya. Kata lain, salaf mengandungi dua pemutlakan, zamani dan manhaji. Zamani mereka yang hidup pada tiga abad pertama Islam, manhaji pula mereka yang meniti manhaj salaf dalam beragama meskipun hidup sesudah tiga abad pertama
Metodologi Salaf
Salaf mendahulukan Naql dari pada Aql
Salaf mengimani tauhif Asma Wa Sifat dengan menetapkan apa-apa yang telah ditetapkan atas DiriNya dan RasulNya tanpa mengubah zahir makna, meniadakan, mengvisualisasikan dan tanpa penyerupaan. Menetapkan tanpa contoh, menyucikan tanpa meniadakan dan menafikan persamaan sifat-sifat Allah dengan makhlukNya.
Contoh Allah bersemayam di atas arasy (di atas langit), dalam hal ini para salaf menetapkan ayat tersebut berdasarkan zahirnya, tidak meniadakan, tidak mentakwilkan, tidak bersemayam seperti makhluk serta tidak menvisualisasikan.
Dengan kata lain salaf menetapkan maknanya tetapi menyerahkan kaifiyah kepada Allah dan tidak menyerupakannya.
Definisi Khalaf
Generasi yang datang selepas zaman tiga generasi Salaf iaitu Sahabah RA, Tab'in dan Tab' Tab'in.
Generasi Khalaf adalah terdiri daripada dua aliran akidah iaitu Asha'irah yang diasaskan oleh Abu al-Hasan al-Ash'ari (260-324H) dan Maturidiyyah yang diasaskan oleh Abu Mansur al-Maturidi (332H).
Khalaf termasuk golongan muktazilah dan falasifah tetapi mereka bukan Ahli sunnah wal jamaah.
Sumber Khalaf
Al-Quran
As-Sunnah
Logik akal
Sumber Salaf
Al-Quran
As-Sunnah
Tokoh Ulama Salaf
Al-Imam Ahmad Hanbal
Riwayat Hidup :
Ibn Hanbal dilahirkan di Baghdad pada tahun 164H / 780M
meninggal 241H / 855M
usia 16 tahun, beliau mempelajari al-Quran dan ilmu-ilmu agama dari ulama-ulama Baghdad
Ibn Hanbal dikenal sebagai seorang Zahid
hampir setiap hari beliau berpuasa dan tidur hanya sedikit pada waktu malam
dikenali sebagai seorang dermawan
Beliau seorang yang berpendirian teguh
Imam Hanbal memperoleh penghormatan dan kemuliaan
~Pemikiran Ahmad bin Hanbal
Ahmad Hanbal memilih metode yang dipakai oleh kaum salaf, iaitu dengan membiarkannya apa adanya, menetapkan tanpa takwil, tasybih, ta’thil dan takyif
Kaedah yang dipakai oleh Ahmad bin Hanbal dalam masalah sifat Allah sama dengan apa yang dipakai oleh kaum salaf, iaitu “امروها كما جاءت بلا تكييف ولا تشبيه” (jalankan apa adanya tanpa membagaimanakannya dan menyerupakannya)
Ibnu Taimiyah
Nama penuh : taqiyuddin Ahmad bin Abdil Halim bin Taimiyah
lahir di Hanman, wilayah Iraq
pada 10 Rabiul Awal 661H / 22 Januari 1263M
meninggal pada 20 Zulkaedah 728H / 26 September 1328M
Beliau dibesarkan oleh keluarga yang taat beragama dan berguru dengan Syeikh Ali Abd
Beliau mempelajari al-Quran, al-Hadis, bahasa dan sastera Arab, matematik, sejarah kebudayaan, falsafah dan hukum
Terkenal dengan kecerdasan sehingga pasa usianya 17 tahun, telah dipercayai masyarakat untuk memberikan pandangan-pandangan mengenai masalah hukum secara rasmi
~Pemikiran Ibnu Taimiyah
1- Berpegang teguh pada nas (teks al-Quran dan Hadis)
2- Lebih mendahulukan wahyu daripada akal
3- Meniti manhaj salaf iaitu tiga generasi pertama umat Islam (sahabat, tabiin, tabii tabiin) dalam beragama
4- percaya sepenuh hati terhadap sifat-sifat Allah
Tokoh Ulama Khalaf
Wasil bin Atha'
hidup pada abad ke-8M
lahir di kota Madinah pada tahun 80H / 699M
wafat pada tahun 131H / 749M di Bashrah (Iraq)
merupakan tokoh terkenal pada masa Dinasti Bani Umayyah
Nama penuh Abu Huzaifah Washil ibn Atha’ al-Ghazzal
beliau dihargai di kalangan Mu’tazilah kerana pengetahuan dan tabiatnya
Wasil pernah menjadi murid Hasan al-Bashri semasa mempelajari sejarah dan pelbagai cabang ilmu selama pemerintahan Abd Al-be Malik ibn Marwan & Hisyam ibn Abd al-Malik
~Pemikiran Wasil
• 1- teori (al-manzilah bayn al-manzilatayn) bagi para pembuat dosa besar, prinsip ini berpunca daripada perselisihan pendapat Washil ibn Atha' dengan Hasan Al-Basri dalam isu kedudukan pelaku dosa besar
• 2- Kedua, kepercayaan kepada Qadar. Menurut Washil, Tuhan itu bijaksana dan adil, maka kejahatan dan ketidakadilan tidak dapat dikaitkan dengan-Nya. Allah tidak boleh menghendaki makhluk-Nya melakukan sesuatu yang bertentangan dengan apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka. Dia tidak dapat menentukan apa yang mereka lakukan dan kemudian menghukum mereka kerana mereka tidak melaksanakan perintah.
-Oleh karena itu, manusia adalah pencipta baik dan buruk, iman dan kufur, ketaatan dan keingkaran, dan dialah yang bertanggungjawab atas perbuatannya. Pemahaman dalam bahasa Inggeris ini dikenali sebagai istilah “free will and free act”
• 3- peniadaan sifat-sifat Allah
Abu al-Hasan al-Asy’ary
Abul-Hasan telah menghabiskan sebahagian besar hidupnya dengan mendalami ilmu kalam, dan menjadi tokohnya, mengikuti mazhab Mu'tazillah.
Namun, dalam perjalanan ilmiahnya, Abu al-Hasan merujuk kepada mazhab Ahlus-Sunnah dan menerimanya.
Walaupun selepas itu, dia aktif dalam memberikan sanggahan kepada sekolah pemikiran yang telah ditinggalkannya.
~Pemikiran Abu al-Hasan
• mengambil ilmu kalam daripada gurunya, Abu 'Aliy Al-Jubaaiy, pemimpin Mu'tazilah. • Kemudian dia meninggalkannya kerana mimpi yang dilihatnya.
• Kemudian dia berdamai dengan Mu'tazilah dan menunjukkan ini secara terbuka.
• Dia naik ke atas mimbar al-Basrah pada hari Jumaat dan berteriak dengan suara yang kuat: 'Sesiapa yang mengenaliku, dia benar-benar mengenaliku. Dan sesiapa yang tidak mengenaliku, maka aku adalah Fulaan bin Fulaan. Dulu saya kata Al-Quran itu makhluk, Allah tidak nampak di akhirat dengan mata kasar, dan manusia mencipta perbuatannya sendiri. Sekarang saya bertaubat dari 'aqidah Mu'tazilah dan (malah) menyanggah Mu'tazilah'.
• Kemudian dia mula membantah Mu'tazilah dan menulis buku tentang mereka
Metodologi Khalaf
Ta'thil (menafikan sifat-sifat Allah)
Mereka percaya bahawa menetapkan sifat-sifat tertentu bagi Allah akan menyerupakanNya dengan makhluk. (salah satu bentuk syirik).
Mereka berpegang teguh pada keyakinan bahawa Tuhan adalah Maha Esa dan Maha Adil, dan segala aspek yang mengarah pada penetapan sifat-sifat bagi Allah ditolak dengan keras.
Mu'tazilah
menggunakan metod
ta'thil
: menafikan atau meniadakan sifat-sifat Allah
Ta'wil (menjelaskan kepada kenyataan : wujud)
Asha'irah
memiliki pandangan yang berbeza dengan Mu'tazilah berkaitan sifat-sifat Allah.
Asha'irah juga lebih memilih mentakwil sifat-sifat yang dapat menyerupai makhluk seperti tangan, wajah, dan istiwa' tanpa menanyakan bagaimana bentuknya, karena mereka khawatir jatuh kepada
pentajsiman
(menyerupakan Tuhan dengan makhluk).
Asha'irah menetapkan sebagian sifat Allah, iaitu sifat ma'ani : tujuh (al-Ilmu, al-Qudrah, al-Iradah, al-Hayah, al-Sam'u, al-Bashar, dan al-Kalam) tetapi menolak sifat khabariyah dzatiyah dengan cara mentakwilkannya
Mentakwilkan demi mensucikan Allah daripada sebarang "syubhah" yang mengelirukan dengan kesamaran makhluk.
Pentakwilan yang dibuat tidak membawa kepada kekufuran dan kefasiqan kerana mentakwil dengan kaedah-kaedah syar'i (tidak bercanggah dengan mana-mana usul di dalam usuluddin) : meraikan mana daripada sudut bahasa Arab yang makruf