Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
6.1; Pengenalan Ekonomi Moden oleh Kuasa Barat di Negara Kita. - Coggle…
6.1; Pengenalan Ekonomi Moden
oleh Kuasa Barat di Negara Kita.
1. Modal
i. Perlombongan.
Sabah
-Kegiatan melombong emas dijalankan di Sungai Segama oleh orang Cina. -Arang Batu dilombong di Silimpopon, Sandakan dan Labuan. -Perlombongan ini diusahakan oleh Syarikat Cowie Harbour Coal.
Sarawak
-Kegiatan melombong emas dijalanlan oleh orang Cina di Bau pada tahun 1820-an. -Perlombongan emas kemudiannya diusahakan oleh Syarikat Borneo Berhad. -Arang Batu dilombong di Sadong dan diusahakan oleh Syarikat Borneo Berhad.
Negeri-negeri Melayu
-Emas dilombong secara komersial di Raub, Pahang. -Arang batu dilombong di Batu Arang, Selangor. -Biji Timah dilombong di daerah Lukut, Sungai Ujong, Larut dan Klang.
ii. Pertanian Komersial.
Negeri-negeri Melayu
- Penanaman lada hitam, buah pala dan cengkih di Pulau Pinang dan Singapura untuk tujuan eksport. -Pemodal membuka ladang kopi di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor. -Menjelang tahun 1880-an, kopi menjadi tanaman eksport negara kita.
Sarawak
-Kawasan penanaman lada hitam di Sarawak terdapat di sekitar Kuching-Serian dan Sarikei-Maredong. -Sagu diperoleh daripada pokok rumbia yang ditanam di sepanjang Sungai Igan, Oya, Mukah dan Bintulu.
Sabah
-SBUB melakukan pelaburan dalam penanaman tembakau. -Tembakau mendapat pasaran yang baik di Eropah. -Antara syarikat yang terlibat termasuklah London Borneo Tobacco Company.
iii. Getah.
Negeri-negeri Melayu
-Pelabur eropah seperti Guthrie, Sime Darby, United Platations, Harrisons & Crosfiled dan Boustead Buttery Estate melabur dalam industri getah di Tanah Melayu. -Mereka banyak melabur dalam pembukaan ladang getah di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.
Sarawak
-Syarikat ini menanam modal perladangan getah di Dahan, Bidin dan Sungai samarahan. -Oleh itu, Syarikat Borneo Berhad sahaja diberikan kebenaran mengusahakan tanaman getah. -Getah mula menjadi tanaman eksport Sarawak pad tahun 1910.
Sabah
-Getah ditanam di Taman Percubaan Kerajaan di Sandakan pada tahun 1882. -SBUB melabur modal dalam pernanaman getah yang ditanam di Bongaya, Sungai Labuk. -Jesselton menjadi pusat perdagangan getah.
2. Teknologi
i. Perlombongan.
Negeri- negeri Melayu
-Terdapat 107 kapal korek di negeri-negeri Melayu. -Kesemuannya milik syarikat Eropah seperti Pahang Consolidated Company Limited, syarikat Malayan Tin Dredging dan Gopeng Condolidated. -Syarikat tersebut memperkenalkan teknologi kapal korek dan perlombongan hidraulik.
Sarawak
-Antimoni dilombong di Bau oleh Syarikat Borneo dengan menggunakan kaedah moden. -Kilang melebur antimoni didirikan di Bau dan Kuching. -Antimoni dipasarkan dipasaran Singapura.
Sabah
-Terowong Tanjung Kubong, Labuan pernah menjadi tapak aktiviti perlombongan arang batu (1849-1911).
ii. Pertanian.
Negeri-negeri Melayu
-H.N.Ridley dilantik sebagai Pengarah Taman Botanikal Singapura. -Beliau memperkenalkan teknik torehan sistem
ibedem
atau sistem torehan
tulang ikan hering
. -Teknik ini mampu memanjangkan hayat pokok getah.
3. Buruh
i. Perlombongan.
Negeri-negeri Melayu
-Pembangunan dan kepesatan ekonomi menyebabkan British menggalakkan kemasukan buruh asing untuk mengisi kekosongan pekerjaan di kawasan perlombongan biji timah.
Sarawak
-Orang Cina dibawa masuk ke Sarawak untuk mengusahakan lombong emas dan antimoni di Bau.
Sabah
-SBUB menggalakkan kemasukan orang Cina untuk bekerja di sektor perlombongan. -Mereka melombong emas di Sungai Segama.
ii. Pertanian.
Negeri-negeri Melayu
-Bristish turut membawa masuk orang india untuk mengatasi masalah kekurangan buruh di ladang getah.
Sarawak
-Kemasukan orang Cina didorong oleh pelbagai galakan yang diberi oleh Charles Brooke. -Orang Cina Foochow dibawa masuk ke Sarawak sebagai buruh ladang. -Orang Jawa dibawa masuk ke Sarawak untuk bekerja di ladang getah.
Sabah
-Orang Cina dibawa masuk ke Sabah untuk bekerja di ladang Tembakau. -SBUB membentuk Lembaga Penasihat Orang Cina di Sandakan (1890) untuk menjaga kebajikan orang Cina.
4. Skala Besar dan Bercirikan Eksport
i. Perlombongan & Pertanian.
-Kegiatan perlombongan dan pertanian di negara kita dijalankan secara besar-besaran untuk tujuan eksport bagi memenuhi keperluan pasaran di Barat.
5. Tanah
-Tanah merupakan aset yang amat berharga dan perlu dimiliki oleh pemodal dan pelabur Eropah. -Tanah bagi kawasan perlombongan dan perladangan biasanya ialah kawasan hutan yang belum diterokai serta terpisah daripada petempatan penduduk tempatan.