Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Artikel Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan (ABP) - Coggle Diagram
Artikel Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan (ABP)
Abstrak
: Artikel membincangkan Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan (ABP) Murid yang menjadi tunjang utama pegangan pendidik awal kanak-kanak di prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seperti yang disarankan dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (2010; 2017)
Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan (ABP)
12 Prinsip Pembelajaran dan Amalan Terkini
Semua domain dalam pembelajaran dan perkembangan ( fizikal, sosial, emosi dan kognitif) berkait antara satu sama lain
Pembinaan pengetahuan kanak-kanak didokumenkan mengikut urutan
Kanak-kanak berkembang dan belajar pada kadar yang berbeza-beza
Pembelajaran berkembang dari
interaksi dinamik oleh kematangan biologi dan pengalaman
Pengalaman awal kanak-kanak boleh memberi kesan yang mendalam, dan tempoh optimum wujud untuk sesetengah jenis pembelajaran dan perkembangan
Perkembangan diteruskan terhadap kerumitan yang lebih besar dan kawal selia kendiri
Kanak-kanak berkembang dengan perhubungan yang selamat, selari dengan orang dewasa yang responsif
Pelbagai konteks sosial dan budaya mempengaruhi pembelajaran dan perkembangan
Kanak-kanak belajar dengan pelbagai cara, maka guru perlu mempelbagaikan strategi
Main membantu membangunkan kawal selia kendiri, bahasa, sedangkan dan kecekapan sosial
Kanak-kanak bergerak maju apabila cabaran wujud di sebalik tahap penguasaan mereka
Pengalaman kanak-kanak membentuk motivasi mereka, yang seterusnya mempengaruhi pembelajaran mereka
3 Teras Utama Asas Pertimbangan Amalan kepada Pendidik Awal Kanak-kanak
Mengetahui perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak
Mengetahui apa yang sesuai secara individu
Mengetahui apa yang penting dari segi budaya
Apakah ABP
Elemen terpenting dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) bagi memenuhi keperluan perkembangan kanak-kanak yang pelbagai dengan amalan yang
Dapatan Kajian
Amalan ABP Pendidikan Awal Kanak-Kanak dalam Aktiviti Pembelajaran (AP) Prasekolah
Semua peserta kajian mengetahui kepentingan dan keperluan ABP dalam pendidikan prasekolah
Peserta kajian mengakui ABP membantu proses PdP lancar
Peserta kajian menjelaskan ABP memudahkan murid prasekolah memahami apa yang dipelajari kerana mereka belajar dengan penuh keseronokan
Prinsip Amalan ABP Pendidikan Awal Kanak-Kanak dalam Aktiviti Pembelajaran (AP) Matematik Awal Prasekolah
Hanya 7 prinsip dalam ABP yang paling dominan amalannya dalam proses PdP Aktiviti Pembelajaran (AP) bagi Matematik Awal Prasekolah
Prinsip 1:
Berkaitan semua domain perkembangan dan pembelajaran yang meliputi fizikal, sosial, emosi dan kognitif yang saling berkaitan dan mempengaruhi antara satu sama lain
Prinsip 2:
Satu proses PdP yang berlaku mengikut urutan. Prinsip 2 ABP selari dengan susun atur atau aras perkembangan kurikulum prasekolah iaitu KSPK Tunjang Sains dan Teknologi bagi Matematik Awal Prasekolah
Prinsip 3:
Berkaitan kadar perkembangan kanak-kanak berbeza.Perbezaan tersebut adalah disebabkan oleh latar belakang yang berbeza kesan daripada pengaruh persekitaran seperti pendidikan keluarga, ekonomi keluarga dan sosial keluarga.
Prinsip 4:
Berkaitan dengan kanak-kanak adalah pelajar yang aktif. Murid prasekolah adalah kanak-kanak yang aktif dalam aktiviti pembelajaran khususnya dalam aktiviti yang melibatkan permainan sama ada permainan iatu adalah secara individu atau berkumpulan.
Prinsip 5:
Konsep bermain penting kepada perkembangan kanak-kanak. Ia sesuai untuk meningkatkan kefahaman murid prasekolah tentang konsep atau kemahiran yang dipelajari.
Prinsip 6:
Kanak-kanak mempunyai pelbagai gaya pembelajaran. Pendidik perlu mempelbagaikan teknik dan strategi serta pendekatan dalam PdP.
Prinsip 7:
Kanak-kanak membangun dan belajar yang terbaik dalam konteks komuniti di mana mereka rasa selamat dan dihargai (motivasi diri).
Perbincangan dan Implikasi Kajian
Pendidik awal kanak-kanak di prasekolah melaksanakan ABP dalam proses PdP bagi Aktiviti Pembelajaran (AP) Matematik Awal Prasekolah. Ketiga-tiga peserta kajian menggunakan 7 prinsip berbanding dengan 12 prinsip dalam ABP.
Amalan 7 prinsip ABP yang diamalkan ini telah membantu pendidik awal kanak-kanak di prasekolah KPM melaksanakan proses PdP yang menyeronokkan dan bermakna kepada murid prasekolah dalam Aktiviti Pembelajaran (AP) Matematik Awal Prasekolah.
Kajian sebegini penting kerana pelaksanaan ABP secara berkualiti mampu membangunkan potensi murid secara menyeluruh. Ia mampu memberi peluang kepada murid prasekolah meneroka, menyiasat dan berinteraksi dengan persekitaran dalam suasana pengajaran yang menyeronokkan dan bermakna.