Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
USAHA KERAJAAN BAGI MENJELMAKAN ASPIRASI RUKUN NEGARA - Coggle Diagram
USAHA KERAJAAN BAGI MENJELMAKAN ASPIRASI RUKUN NEGARA
2.1 PENGGUNAAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN
perkara pertama dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan iaitu dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di sekolah-sekolah
mata pelajaran wajib dipelajari di semua peringkat sekolah jenis kebangsaan sama ada Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan juga Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).
medium komunikasi antara masyarakat yang berbilang kaum
prinsip Rukun Negara yang ketiga iaitu keluhuran perlembagaan yang perlu kita patuhi segala undang-undang sebagai rakyat Malaysia.
2.2 PENGLIBATAN DALAM BIDANG SUKAN
penganjuran acara sukan bertaraf kebangsaan dan antarabangsa seperti Sukan Malaysia (SUKMA) dan Sukan SEA
menonjolkan identiti negeri masing-masing semasa perarakan kontinjen bagi majlis perasmian sukan tersebut melalui pakaian mahupun tarian.
etnik minoriti di Malaysia akan dapat dikenali oleh seluruh masyarakat iaitu seperti masyarakat Baba Nyonya, Chetti dan sebagainya.
memecahkan monopoli sukan dan permainan yang dikuasai oleh sesuatu kaum sahaja.
prinsip Rukun Negara yang kedua iaitu kesetiaan kepada raja dan negara kerana atlet yang mengharumkan nama negara telah mengetepikan latar belakang kaum mereka dan membawa satu nama yang sama iaitu sebagai warganegara Malaysia.
2.3 PENDIDIKAN SEBAGAI MEDIUM PENYATUAN MASYARAKAT
pengenalan mata pelajaran Pendidikan Moral untuk murid bukan Islam dan Pendidikan Islam untuk murid Islam
mengetahui tentang nilai-nilai seperti kejujuran, amanah, tanggungjawab dan hormat-menghormati di samping tidak memperkecilkan kepercayaan yang dianuti oleh masyarakat yang lain
kerajaan bersikap inklusif, prihatin dan peka terhadap individu yang kurang bernasib baik dengan memberikan bantuan agar memiliki peluang yang sama untuk bersaing tanpa mengira latar belakang kaum.
sejajar dengan kehendak Rukun Negara kita yang pertama iaitu kepercayaan kepada Tuhan
2.4 KEGIATAN AKTIVITI KOKURIKULUM SEKOLAH
tidak mengehadkan sesebuah badan beruniform misalnya seperti Persatuan Bulan Sabit Merah kepada kaum Cina sahaja malahan turut menggalakkan kepelbagaian kaum bagi setiap aktiviti kokurikulum.
memupuk hubungan yang lebih erat serta memahami perbezaan antara kaum secara praktikal.
rasa kebersamaan ketika melakukan aktiviti bersama dapat mengelakkan jurang komunikasi dan menghilangkan prasangka negatif antara kaum di negara ini
bertepatan dengan aspirasi Rukun Negara yang pertama iaitu berhasrat untuk mencapai perpaduan dalam kalangan masyarakat.
prinsip kesopanan dan kesusilaan harus diamalkan dalam kehidupan seharian kerana perkara tersebut merupakan kunci kepada penjalinan hubungan yang baik apabila murid berinteraksi dengan orang lain.
2.5 PENYIARAN MAKLUMAT DAN IKLAN PERPADUAN
memandang serius akan individu yang menyalahgunakan media sosial dengan menimbulkan kontroversi yang berbaur perkauman dan menyentuh sentimen agama.
menubuhkan Komuniti Madani yang terdiri daripada badan sukarela pelbagai kaum perlu untuk menyebar luas agenda kerajaan secara sahih dengan kerjasama oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen)
Puan Marina Linda Danker yang telah mempromosikan tarian golek-golek bagi etnik Portugis di platform TikTok.
sejajar dengan aspirasi Rukun Negara yang kelima iaitu dapat membina masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.