Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERLEMBAGAAN DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK - Coggle Diagram
PERLEMBAGAAN DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK
Konsep Perlembagaan
Adalah perlembagaan bertulis dan badan perundangan, kehakiman dan eksekutif mendapat kuasa daripada perlembagaan.
Mengandungi 15 bahagian, 183 perkara dan 13 jadual.
Menyentuh mengenai bidang kuasa eksekutif, legislatif, kehakiman, kedudukan agama kewarganegaraan, bahasa kebangsaan,kedudukan istimewa Islam, orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak
Merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara & setiap individu perlu mematuhi keluhurannya.
Sebagai panduan bagi pembentukan undang2 sama ada bagi pihak kerajaan atau rakyat
Dibahagikan kepada 2 jenis iaitu:
perlembagaan bertulis dan tidak bertulis.
Sejarah penggubalan perlembagaan
Perlembagaan Malayan Union
▪Selepas Jepun menyerah kalah dalam PDII, British kembali menjajah Tanah Melayu pada September 1945.
▪Tanah Melayu diletakkan di bawah Pentadbiran Tentera
British (BMA)
▪British merangka satu perlembagaan baharu untuk dilaksanakan di Tanah Melayu dikenali Malayan Union
▪Malayan Union merupakan suatu bentuk pentadbiran baharu yang diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu pada 1 April 1946.
▪Tanah Melayu menjadi satu kesatuan.
semua kuasa pemerintahan disatukan dan diletakkan di bawah kerajaan pusat di Kuala Lumpur yang diketuai oleh seorang Gabenor.
Gabenor mempunyai tanggungjawab terus kepada kerajaan dan Parlimen British.
Raja-raja Melayu telah kehilangan kuasa sebagai pemerintah berdaulat di negeri masing-masing dan kuasa kerajaan negeri beralih kepada kerajaan pusat (British).
▪Perlembagaan Malayan Union ditentang hebat oleh orang Melayu kerana hak kewarganegaraan yang sama rata, penghapusan istilah peribumi (Bumiputera) dan anak negeri serta penghapusan hak mutlak kuasa Raja-raja Melayu
▪Segala kuasa berada di tangan Gabenor termasuk memberi
pengampunan kepada pesalah.Pesuruhjaya Tinggi British mempunyai kuasa veto untuk membatalkan keputusan yang diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan
▪Akibat penentangan dan bantahan menyeluruh masyarakat Melayu, Malayan Union dibubarkan dan digantikan dnegan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
Sejarah
Penggubalan ini melalui proses yang rencam
Negara mempunyai undang-undang yang terlaksana sebelum penjajahan seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka
Sejarah perlembagaan moden Malaysia bemrula pada akhir abad ke-19 ketika British menjajah Tanah Melayu
Sejak tahun 1905 terdapat badan perundangan pusat yang dikenal sebagai Majlis Mesyuarat Persekutuan (MMP)
MMP mempunyai autoriti menggubal undang-undang yang berkaitan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu kecuali perkara yang berkaitan dengan adat, hal ehwal agama Islam serta kedudukan Raja-raja Melayu
Namun apabila British menjajah, mereka cuba mengambil bahagian dan kesempatan dengan menggubal undang-undang dalam negara kita melalui pindaan Perjanjian Persekutuan 1927
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948
Hak Istimewa Orang Melayu
Mengiktiraf hak istimewa orang Melayu dalam perkhidmatan awam, pendidikan, dan ekonomi.
Warganegara
Memperkenalkan konsep kewarganegaraan berdasarkan jus soli (hak kelahiran) dengan syarat-syarat tertentu.
Kedaulatan Raja-Raja Melayu
Mengembalikan kedaulatan Raja-Raja Melayu.
Setiap negeri mempunyai Raja sebagai Ketua Negeri.
Majlis Perundangan Persekutuan
Menubuhkan Majlis Perundangan Persekutuan untuk menggubal undang-undang.
Ahli-ahli terdiri daripada wakil-wakil negeri, pegawai kerajaan, dan anggota yang dilantik.
Pembentukan Persekutuan:
Menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu.
Terdiri daripada sembilan negeri Melayu dan dua negeri Selat (Pulau Pinang dan Melaka).
Kuasa Pentadbiran
Pentadbiran Persekutuan di bawah Pesuruhjaya Tinggi British.
Pesuruhjaya dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan.