Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK - Coggle Diagram
KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK
Masyarakat
Etnik, etnisiti dan etnosentrisme
ETNIK
: Kumpulan manusia yang mempunyai asal usul yang sama serta persamaan ciri-ciri fizikal badan, budaya.
Suatu kumpulan manusia yang mengamalkan budaya yang sama termasuklah bahasa, agama, adat resam, undang-undang serta bentuk perlakuan dan kepercayaan.
ETNISITI
: Rasa kekitaan sesuatu kelompok.
Kumpulan budaya yang mempunyai identiti, tradisi dan bahasa yang sama.
Wujudnya satu kebudayaan atau subbudaya asing yang jelas yang menyatakan anggotanya dengan satu sejarah, nilai dan tingkah laku yang sama.
Etnosentrisme
: Kepercayaan atau rasa bangga dalam kalangan kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka adalah jauh lebih baik dan hebat daripada kelopok lain.
Membawa makna suatu perspektif yang melihat kelompok etnik lain menerusi kaca mata etnik sendiri.
Ras
Kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikal nyata seperti warna kulit, warna mata dan sebagainya.
Terbahagi kepada 3 iaitu Caucasoid (Eropah), Mongoloid (Asia) dan Negroid (Afrika).
Rasisme
Pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan ras semata-mata.
Berkait rapat dengan konsep prejudis, stereotaip dan diskriminasi.
Prejudis
Tanggapan buruk terhadap orang lain tanpa asas yang secukupnya.
Sikap negatif terhadap kumpulan-kumpulan luar.
Stereotaip
Bentuk kepercayaan individu bahawa ahli-ahli kumpulan lain mempunyai sifat-sifat tertentu sama ada positif atau negatif.
Positif: Etnik A sangat taat kepada agama
Negatif: Kumpulan etnik A sangat licik dan melakukan penipuan dalam urus niaga.
Budaya
Kebendaan
Objek-objek fizikal yang dihasilkan dan digunakan oleh masyarakat untuk tujuan kehidupan (artifak).
Contoh: pakaian, rumah dan bangunan, kenderaan, kesenian, perkakasan.
Bukan kebendaan
Dianggap sebagai dimensi tersembunyi seperti bahasa, nilai, norma, kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang.
Ciri-ciri budaya
Dipelajari, dikongsi, bersifat sejagat, diwarisi, berubah-ubah dan mempunyai unsur simbolik.
Konsep perpaduan
dan intergrasi
Segregasi
Pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara.
Pemisahan berlaku dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam.
Akonomodasi
Proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing.
Akulturasi
Proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompak dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza.
Terjadi apabila satu kelompok manusia dengan suatu kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri.
Asimilasi
Pencantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama.
Kejayaan asimilasi bergantung kepada kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulan etnik majoriti.
Amalgamasi
Terjadi apabila budaya atau ras bercampur aduk untuk membentuk jenis budaya dan ras baru (melalui perkahwinan campur).