Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Topik 5: Perlembagaan dalam Konteks Hubungan Etnik - Coggle Diagram
Topik 5: Perlembagaan dalam Konteks Hubungan Etnik
Perlembagaan Malayan Union
Faktor pembubaran menjelang Februari 1948:
i. Kuasa Raja-raja Melayu dilenyapkan dalam urusan pentadbiran negeri dan hanya berkuasa dalam soal agama Islam, adat istiadat Melayu dan mengetuai Majlis Penasihat Melayu.
ii. Pemberian hak kerakyatan yang sama pada kaum-kaum lain melalui prinsip jus soli.
iii. Hak sama rata kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa iaitu penduduk peribumi tidak memiliki apa-apa keistimewaan.
iv. Cara Harold MacMichael mendapatkan tandatangan Raja-raja Melayu yang menggunakan cara paksaan dan ugutan seperti Sultan Kedah telah diberi kata dua iaitu menandatangani persetujuan Malayan Union atau dilucutkan daripada takhta pemerintahan.
Diisytiharkan pada 1 April 1946 melalui Perintah Malayan Union dalam Majlis 1946 dan Arahan Diraja pada 27 Mac 1946
Kandangan Perlembangaan:
i. Diperintah oleh Gabenor
ii. Sultan menjadi raja kehormat
iii. Gabenor menjadi pengerusi dalam majlis yang membincangkan hal ehwal agama Islam dan dianggotai oleh sultan
iv. memberikan hak kerakyatan kepada golongan
bukan Melayu menerusi prinsip jus soli
v. Gabenor memerintah bersama Majlis Penasihat sehingga Majlis Perundangan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan ditubuhkan
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1963
Asas bagi penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948
Penandatanganan
Pada 21 Januari 1948, di King House, kerajaan British mengumumkan perjanjian ini. Raja-Raja Melayu dan Sir Edward Gent, sebagai wakil Kerajaan British, menandatangani perjanjian ini.
Penggantian Malayan Union
Perjanjian ini menggantikan Malayan Union yang telah dibubarkan. Malayan Union sebelumnya memicu bantahan orang Melayu yang dipimpin oleh Dato Onn Jaafar
Kedudukan Raja-Raja Melayu
Perjanjian ini mengembalikan kedudukan simbolik raja-raja Melayu. Sebelas negeri yang sebelumnya membentuk Malayan Union kini bersatu dalam Persekutuan Tanah Melayu.
Kemerdekaan
Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan daripada Negara-negara Komanwel British pada 31 Ogos 1957.
Perkembangan
Kemudian, Persekutuan Tanah Melayu bersatu dengan Singapura, Sarawak, dan Borneo Utara untuk membentuk Malaysia pada tahun 1963. Singapura kemudiannya dikeluarkan dari Malaysia pada 9 Ogos 1965¹
Perlembagaan Kemerdekaan 1957
Dokumen undang-undang yang memainkan peranan penting dalam sejarah kemerdekaan Malaysia.
Penggubalan:
Perlembagaan ini ditubuhkan pada
*31 Ogos 1957
, pada hari kemerdekaan Malaysia. Ia menetapkan bahawa Malaysia akan menjadi sebuah negara persekutuan yang terdiri daripada 11 negeri.
Asas Prinsip:
Perlembagaan Persekutuan memastikan kestabilan politik dan ekonomi Malaysia. Ia mengawal tindakan kerajaan dan rakyat berdasarkan prinsip-prinsip asas.
Pindaan:
Sejak kemerdekaan, perlembagaan ini telah dipinda sebanyak 42 kali hingga tahun 2005. Pindaan ini memastikan perlembagaan sentiasa relevan dengan keperluan semasa.
Perlembagaan Malaysia 1963
Undang-undang tertinggi negara dan menjadi asas bagi pembentukan Malaysia. Berikut adalah beberapa fakta mengenai perlembagaan ini
Penggubalan:
Perlembagaan ini diisytiharkan pada Hari Malaysia, iaitu pada 16 September 1963. Ia mengandungi 15 Bahagian, 183 Perkara, dan 13 Jadual.
Empat wilayah membentuk Persekutuan Malaysia pada tahun 1963
:
-Persekutuan Tanah Melayu
-Singapura
-Borneo Utara (Sabah)
-Sarawak
Status Rakan Sekutu
:
Melalui Perjanjian Malaysia 1963 (Malaysia Agreement 1963), Sabah dan Sarawak diberikan status rakan sekutu sejajar dengan Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura. Ini menegaskan kesetaraan kedudukan di dalam persekutuan
Konsep Perlembagaan
Perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara & setiap individu perlu mematuhi keluhurannya. Tidak ada satu institusi pun yang boleh mengatasi ketertinggian Perlembagaan Malaysia.