Sehingga menjelang akhir tahun 1946 dan awal tahun 1947, terdapat 52 buah pertubuhan anti- penyerahan. Antaranya ialah Barisan Pemuda Sarawak (BPS), Pergerakan Pemuda Melayu (PPM), Angkatan Semangat Anak Sarawak (ASAS), Angkatan Bintawa Astana Sarawak (ABAS), Kaum Ibu PKMS, Persatuan Melayu Miri, Persatuan Melayu Limbang, Perhimpunan Kebajikan Awam, Kesetiaan Kaum Muda Matu, Kesetiaan Melayu Simanggang, Kesetiaan Kelab Dalat, Sulam Mas Seria, Kaum Ibu PPM, Kesatuan Melayu-Melanau Mukah (KMMM) dan sebagainya