Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
MEMBINA KEMAKMURAN NEGARA, ) - Coggle Diagram
MEMBINA KEMAKMURAN NEGARA
8.4 PELAKSANAAN DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL
A. Pembasmian Kemiskinan
Kerajaan meneruskan usaha untuk menghapuskan kemiskinan tegar dalam kalangan pelbagai kaum khasnya golongan bumiputera.
Pemberian subsidi dan sokongan diteruskan kepada golongan penanam padi dan nelayan.
Tumpuan diberikan ke arah mempertingkatkan produktiviti pengeluaran mereka.
Golongan belia pula diberi latihan di agensi kerajaan seperti Pusat Latihan Kemahiran Giatmara dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) bagi membolehkan mereka mendapatkan kerja yang berkaitan dengan kemahiran dan berpendapatan tinggi.
B. Penyusunan Semula Masyarakat
Langkah menyusun semula masyarakat dilakukan dengan pembentukan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB). Hal ini bertepatan dengan Perlembagaan Persekutuan (Perkara 153).
Meningkatkan tenaga kerja dan penyertaan bumiputera dalam pengurusan sektor moden seperti pembuatan dan perkhidmatan.
Latihan dalam bidang pengurusan harta dan etika perniagaan diberikan oleh agensi kerajaan.
Pemberian kontrak, kuota dan lesen kepada perniagaan milik bumiputera dan syarikat usaha sama dengan bukan bumiputera turut dilaksanakan.
Perhatian khusus diberikan kepada penyertaan bumiputera dalam IKS.
Usaha sama secara aktif antara bumiputera dengan bukan bumiputera digalakkan untuk membolehkan syarikat bumiputera meningkatkan prospek perniagaan.
Bagi membolehkan bumputera bersaing dalam perniagaan moden, mereka akan didedahkan dengan teknologi terbaharu, di samping kemudahan modal, maklumat pasaran dan hubungan perniagaan dalam pasaran antarabangsa.
Matlamat penyusunan semula masyarakat akan memastikan corak tenaga kerja di pelbagai sektor dan pekerjaan dalam ekonomi bagi mencerminkan komposisi pelbagai kaum dalam negara.
C. Penyusunan Semula Modal Saham
Penyusunan semula modal saham dalam sektor korporat terus dilaksanakan di bawah DPN.
Langkah ini dibuat supaya bahagian saham kaum bumiputera dapat dipertingkatkan selaras dengan matlamat asal DEB bagi mencapai sekurang-kurangnya 30 peratus dalam pemilikan, penguasaan dan pengurusan sektor moden.
Tindakan akan diambil melalui program penswastaan bagi memperuntukkan sejumlah saham untuk projek yang diswastakan kepada bumiputera.
Penswastaan syarikat perniagaan milik agensi amanah yang dikhaskan untuk bumiputera seperti yang berikut:
Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN).
Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS).
Pada masa yang sama, kaum bukan bumiputera diberi peluang untuk menyertai projek penswastaan.
D. Pembangunan Wilayah
Kerajaan meneruskan rancangan pembangunan wilayah untuk meningkatkan integrasi ekonomi yang saling melengkapi antara negeri.
Usaha memperbaik ketidakseimbangan pembangunan wilayah memudahkan pencapaian kesamarataan pendapatan antara kaum di negara ini.
Malaysian Agricultural Research and Development Institute - MARDI (Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia) ditingkatkan.
Konsep pertanian pintar digunakan untuk meningkatkan hasil pertanian.
Penyebaran industri terpilih digalakkan dengan mendorong sektor swasta menempatkan semula kilang tambahan di negeri yang kurang maju dengan kemudahan fizikal, pendidikan, kesihatan dan perumahan.
Kawasan-kawasan ini akan menjadi pusat pertumbuhan baharu ekonomi yang dapat menyumbang kepada pembangunan wilayah.
)