Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KESAN PELUASAN KUASA BARAT DI CHINA ABAD KE19 & 20 - Coggle Diagram
KESAN PELUASAN KUASA BARAT DI CHINA ABAD KE19 & 20
Kesan Terhadap Ekonomi
KESAN TERHADAP EKONOMI (POSITIF)
Petani berpindah ke tanaman yang memberikan hasil yang lebih tinggi atau menjana pendapatan yang lebih tinggi daripada jumlah tanah yang sama, dan permintaan untuk eksport pertanian meningkat semasa era penjajah
Semasa era penjajah, sektor pertanian berkembang secara konsisten, seiring dengan jumlah penduduk
Sehingga tahun 1840, kerajaan China tidak begitu mengalu-alukan idea perdagangan asing. Selepas perang candu pertama, kuasa imperialis memaksa negara Qing untuk membuka beberapa pelabuhan China kepada orang asing.
Menyebabkan nilai perdagangan luar China meningkat lima kali ganda
KESAN TERHADAP EKONOMI (NEGATIF)
China merupakan pengeluar teh terbesar sebelum imperialis barat muncul. Namun, awal abad ke 20, pengeluaran teh merosot disebabkan peningkatan persaingan dengan teh berjenama lebih berkualiti daripada jajahan British di India
Kerajaan China juga terpaksa memansuhkan monopoli perdagangan daripada golong Co Hong. Perkembangan ini menyebabkan pedagang asing dapat berdagang secara bebas
Kesan Terhadap Politik
Kedaulatan China terjejas
Terpaksa meandatangani beberapa perjanjian oleh Barat yang merugikan China Antaranya Perjanjian Nanking, Bogue, Whampoa & Wanghia
Kemorosotan Dinasti Manchu. Kekalahan kerajaan China dalam Perang Candu Pertama menentang Barat menunjukkan ketidakupayaan Manchu untuk mentadbir China. Kemudian, muncul Pemberontakan Taiping yang bertujuan menggulingkan Dinasti Manchu atau Dinasti Qing.
Kesan Terhadap Sosial & Masyarakat
Selepas berlakunya imperialis Barat di China, masyarakat China buat kali pertamanya berhubung rapat dengan tamadun di Barat. Mubaligh Kristian memainkan peranan penting bukan sahaja dalam menyebarkan agama Kristian tetapi juga dalam membantu mengubah masyarakat Cina dalam pelbagai cara dengan menubuhkan sekolah dan hospital dan memperkenalkan pembaharuan sosial.
Sistem pendidikan moden bermodel Barat juga diperkenalkan. Penggabungan matematik, sains, geografi dan lain-lain elemen penting pengetahuan ke dalam sukatan pelajaran dan penerbitan teks piawai buku oleh mubaligh prostestan untuk sekolah dan kolej mereka merupakan kejayaan besar dalam membangunkan sektor pendidikan China.
Bahan Bantu Mengajar
-Menggunakan kaedah BBM secara fizikal dan maya.
Nama BBM 'Titano Board' dengan mengambil nama saintifik ular iaitu titanoboa. Kami akan menggunakan Papan fizikal ilmiah berbentuk ular.
-Terdapat pelbagai stesen yang boleh dimain seperti belajar dan berlatih.
-Terdapat juga permainan secara maya yang akan dijalankan bagi memastikan pembelajaran meneyronokkan.
-Kami juga menggunakan Augmented Reality (AR)
Rujukan
Mohammad Shakil Wahed, The Impact of Colonialism on 19th & early 20th Century China. Vol,11,No.2,24, Cambridge Journal of China Studies
Dijk, Kees van. “Russia, Japan and the Chinese Empire.” In Pacific Strife, 245–66. Amsterdam University Press, 2015.