Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
JENIS DAN TABURAN TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI DI MALAYSIA - Coggle Diagram
JENIS DAN TABURAN TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI DI MALAYSIA
Hutan Hujan Tropika
Berlapis-lapis, malar hijau, daun lebar, pokok tinggi, dahan tersebar
Hujung daun berbentuk tirus membolehkan air hujan mengalir mudah dan cepat
Lantai Hutan: 10m, tumbuhan jarang kerana kurang cahaya matahari, dilitupi daun kering, dahan reput, tumbuhan saprofit makan bahan reput
Lapisan Tengah: 10-20m, pokok kecil, tumbuhan epifit menumpang pokok lain, tumpuhan parasit memanjat pokok lain untuk mendapat air, garam dan mineral dari pokok
Lapisan Kanopi (silara): 20-40m, pelindung cahaya daripada menembusi lantai hutan, dikenali sebagai silara kerana silaranya kelihatan berlapis-lapis
Lapisan Renjong (emergen): 40-50m, tumbuhan kayu keras, tumbuh rapat, batang lurus dan tinggi untuk mendapat cahaya
Hutan Pantai
Pantai berpasir, tumbuhan ketinggian berbeza
Pokok ru (40m, batang lurus, tinggi berbentuk silinder), pokok renek, mengkuang, jemerlang laut, bintangor laut, kelat jambu laut, pokok kelapa
Tumbuhan menjalar seperti tapak kuda hidup di sini
Hutan Paya Air Tawar
Bersaliran buruk, sering ditenggelami air sungai dan tasik
Pokok berkayu keras, batang besar, lurus, tinggi, tumbuh bercampur aduk, tumbuh rapat, tidak mempunyai dahan di bahagian bawahnya
Akar udara (bintangor laut), akar pneumatofor (perupuk): membantu menyerap oksigen
Akar banir (meranti paya), akar jangkang (kelat dan merbulan): menyokong pokok daripada mudah tumbang di kawasan yang menakung air
Lapisan pokok renek: tumbuhan jarang, kurang cahaya, lantai dibanjiri hujan
Lapisan tengah: tumbuhan kecil, sederhana
Lapisan kanopi (silara): tumbuhan berkayu keras, tinggi, tidak sejajar
Hutan Paya Air Masin
Pinggir laut bersaliran buruk, berlumpur, terlindung tetapi ditenggelami air pasang
Pokok bakau, pokok nipah, lenggadai, tumu merah, paku pakis, gelam, ramin, jongkong, nibong. Berbeza mengikut jarak dari laut.
Arak ceracak (bakau api-api, perepat): pernafasan, kekurangan oksigen kerana ditenggelami air masin, keluar menegak dari tanah lumpur
Akar jangkang (bakau, kurap, bakau minyak): tumbuh di pangkal pokok, masuk ke dalam lumpur, menyerap udara ketika air pasang, menyokong pokok daripada mudah tumbang
Hutan Gunung
Kawasan tanah tinggi 1200m dari aras laut, tumbuhan yang mengadaptasi suhu, kesuburan
Hutan Montane Bawah (1200-1800m): Hutan daun luruh, pokok 15-33m, pokok oak, laurel. Tumbuhan epifit seperti orkid, paku langsuyar
Hutan Montane Atas (1800-2900m): pokok daun tirus, rendah, 1.5-18m, satu lapisan hutan, lantai hutan lembap ditumbuhi lumut. Pain, sprusm gelam gunung, tumbuhan epifit (lumut, liken), bunga rafflesia, periuk kera, pokok rhododendron
Tumbuhan Hampir Alpain (2900-3500m): campur pokok bantut, rumput, pokok renek conifer, rumput Low’s Buttercup, Bornean eyebright, red sanicle, periuk kera
Tumbuhan Alpain (>3500m): pokok renek, orkid dan lumut