Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Kumpulan 3 - Coggle Diagram
Kumpulan 3
-
-
-
-
.
-
Tajuk 2 : Intervensi yang boleh dilakukan oleh pihak pentadbir, komuniti dan keluarga
Video
Karakter : Qaseh, Cikgu Siti, Dr Dini , Ayah Qaseh, Mama Qaseh, Nenek tua dan Gadis dalam sangkar
Plot
Episod 1 : Cikgu Siti terjumpa Qaseh duduk keseorangan di padang sekolah. Cikgu Siti bertanyakan keadaan diri Qaseh yang nampak sedih dan keseorangan. Melalui perbualan, Cikgu Siti mendapat jawapan yang Qaseh memerlukan bantuan professional kerana masalah stress dan tekanan mental akibat perpisahan ibu dan bapanya. Cikgu Siti mengajak Qaseh berjumpa di tempat kerja kawannya.
Episod 2 : Qaseh berjumpa dengan Dr Dini, seorang doktor psikologi yang juga merupakan kawan Cikgu Siti. Qaseh berasa marah kerana di anggap gila dan tidak mahu melakukan rawatan dengan Dr Dini. Qaseh melarikan diri walaupun telah cuba diterangkan oleh Cikgu Siti dan Dr Dini akan kebaikan rawatan di klinik tersebut. Qaseh terjatuh ke alam mimpi yang menyeramkan. Qaseh ternampak seorang nenek tua dan cuba meminta bantuannya.
Episod 3 : Nenek tua itu rupanya adalah refleksi kemurungan Qaseh. Dia menyalahkan Qaseh kerana sering bersendirian dan tidak meminta bantuan orang. Qaseh berlari mencari jalan keluar. Qaseh berjumpa dengan seorang gadis yag terkurung dalam sangkar. Gadis itu merupakan refleksi Qaseh yang pernah cuba membunuh diri akibat tekanan mental. Qaseh terus dipersalahkan dan menjadi takut. Qaseh mula sedar dia memerlukan bantuan keluarga dan professional. Qaseh terus berlari dan terjumpa ibu dan ayahnya. Qaseh meminta maaf dan berjanji akan cuba dapatkan bantuan. Qaseh tersedar dan mula mendapatkan rawatan dengan Dr Dini. Akhirnya, Qaseh sembuh dari tekanan mental dengan bantuan keluarga, kawan dan professional.
Lokasi : Depan klinik, bilik rawatan dan kawasan persekitaran klinik