Antara ciri-ciri aliran ini ialah tidak ada kebenaran yang mutlak. Dalam pemikiran golongan pascamodernisme kebenaran tidak boleh diketahui, dan sesiapa yang mendakwa mengetahui kebenaran adalah bohong. Pendukung pascamodenisme yakin bahawa faham kebenaran adalah tidak lebih daripada hanya suatu ilusi palsu, ia disalah guna oleh seseorang dan kumpulan- kumpulan tertentu yang mempunyai tujuan khusus untuk memaksakan kuasa ke atas orang lain.
Kecewa terhadap pemikiran moden atau modenisme. Pendukung pascamodenisme secara tipikalnya amat kecewa dengan kegagalan generasi moden memenuhi janji-janji untuk membawa keamanan, kemajuan dan ilmu pengetahuan. Mereka menyesali terhadap ketidak-upayaan sains, teknologi, kerajaan dan agama menyempurnakan tugas sebagaimana yang dijanjikan. Kegagalan generasi moden mencapai matlamat mereka telah menyebabkan golongan pascamodenis tidak lagi menaruh kepercayaan terhadap ideal golongan modenisme (Zakaria Stapa, 2014)
Selain itu juga aliran ini berpandangan bahawa kelemahan metode saintifik dalam menyelesaikan berbagai-bagai masalah dunia, maka golongan pascamodenis tidak lagi yakin terhadap apa yang dikatakan sebagai fakta, dan hal ini menyebabkan mereka meyakini pandangan atau pendapat peribadi sebagai pemacu pemikiran. Oleh itu, sekiranya seseorang dapat merasionalisasikan kefahaman atau pandangannya, itu adalah satu yang bermanfaat dan boleh diguna pakai (Zakaria Stapa, 2014)
Moral adalah bersifat personal dan individualistik. Apabila tidak ada agama yang benar dan tidak ada juga kebenaran mutlak, maka idea seseorang tertentu mengenai moraljuga adalah sama-sama palsu ataupun sah. Moral setiap seseorang adalah milik dirinya sendiri sahaja, dan moral yang dikenakan oleh pihak lain, sama ada agama, kerajaan atau seseorang yang lain, dan apa pun juga yang mendakwa memiliki kebenaran mutlak, semuanya itu mestilah ditolak dan tidak boleh dipercayai. Dengan meyakini bahawa etika adalah sesuatu yang relatif, pascamodenisme menyerahkan persoalan moral kepada pandangan persendirian seseorang individu (Zakaria Stapa, 2014). Para aliran ini mengamalkan etikan liberal. Pendukung aliran ini mempertahankan kepentingan golongan feminisme dan golongan homoseksual.