Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Puisi Modern: Sajak Ku cari damai di sini - Coggle Diagram
Puisi Modern: Sajak Ku cari damai di sini
: :
Tema: Penghargaan terhadap kedamaian dan kesejahteraan negara.
PERSOALAN
(a) Kedamaian hendaklah diusahakan kerana kedamaian tidak akan datang dengan sendirinya.
(b) Negara kita ialah negara yang aman dan makmur.
(c) Kemerdekaan hendaklah diperjuangkan agar beroleh kemajuan.
(d) Kedamaian akan wujud dengan adanya nilai kasih sayang.
(e) Harapan agar kemerdekaan negara kita akan menjadi kebanggaan generasi akan datang.
GAYA BAHASA
(a) Paradoks. Contohnya, antara realiti dan mimpi.
(b) Hiperbola. Contohnya, membebat perasaan kehidupan.
(c) Metafora. Contohnya, laman sukma.
(d) Repetisi. Contohnya, (perulangan frasa Kucari damai di sini dalam rangkap 1, baris 1 dan rangkap 2, baris 1).
UNSUR BUNYI
(b) Aliterasi. Contohnya, Kucari damai di sini(perulangan konsonan d).
(c) Rima akhir bagi rangkap pertama ialah abaccc dan rima akhir bagi rangkap kedua aabca, dan rima akhir bagi rangkap ketiga abbb.
(a) Asonansi. Contohnya, dengan sejarah persaudaraan(perulangan vokal a).
NILAI
(a) Kesyukuran.
(b) Hormat-menghormati.
(c) Patriotisme.
(d) Keinsafan.
PENGAJARAN
(a) Kita mestilah berusaha mendapatkan dan mengekalkan kedamaian.
(b) Kita hendaklah menghargai kemerdekaan negara.
(c) Kita hendaklah memastikan kedamaian negara terus berkekalan.
(d) Kita hendaklah menyelesaikan sebarang krisis dengan bijaksana.
(e) Kita perlulah menjaga negara kita dengan baik untuk diwariskan kepada generasi akan datang.