Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PENTAKSIRAN PRESTASI - Coggle Diagram
PENTAKSIRAN PRESTASI
-
Merupakan tugasan yang dapat menilai apa-apa yang boleh murid buat berdasarkan pengetahuan yang telah dipelajari dalam keadaan dunia sebenar
-
Guru menilai kemajuan murid dalam pembelajran dengan melihat kepada pencapaian objektif pembelajaran yang ditetapkan dan perubahan tingkah laku murid selepas proses pembelajaran.
Penilaian berdasarkan:
Keputusan peperiksaan
Satu instrumen yang menggambarkan tahap kognitif murid dalam pemahaman mereka terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupun keputusan peperiksaan tidak menggambarkan pencapaian murid secara holistik, tetapi pencapaian kognitif murid tetap dapat diukur melalui instrumen ini.
Pemerhatian
Kaedah yang menilai prestasi murid secara harian dan tidak mempunyai sistem yang sistematik. Ia bergantung kepada penilaian guru itu sendiri sama ada seseorang murid memenuhi standard prestasi yang ditetapkan dalam proses pengajarannya pada hari itu. Ia boleh jadi bahawa seseorang guru itu menilai melalui pencapaian objektif pembelajaran pada hari itu ataupun penglibatan mereka dalam aktiviti pembelajaran sehingga menyumbang kepada pencapaian objektif.
-
-