Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PELAKSANAAN DAN PENGURUSAN PENTAKSIRAN AUTENTIK DALAM PENDIDIKAN ISLAM …
PELAKSANAAN DAN PENGURUSAN PENTAKSIRAN AUTENTIK DALAM PENDIDIKAN ISLAM
-PORTFOLIO-
PERKARA YANG DIPERHATIKAN
Kejelasan maklumat
Kriteria yang jelas untuk penilaian
Sampel hasil kerja berkaitan dengan maklumat tersebut
Penyertaan murid dalam pemilihan bahan koleksi
Guru dan murid bersama-sama terlibat dalam proses penilaian
Refleksi murid yang menunjukkan keupayaan metakognitif. (apa yang murid boleh, atau tidak boleh)
Contoh :
Biodata murid, perkembangan murid, skor markah murid
apa yang dinilai pada murid : lembaran kerja, hasil ujian
Bukti kerja murid
APA ITU PORTFOLIO?
koleksi hasil kerja murid atau evidens kemajuan pembelajaran murid
koleksi hasil kerja murid yang dikumpulkan oleh guru
contoh koleksi hasil kerja murid:
lembaran kerja
koleksi nota kerja
sebagai bukti perkembangan pembelajaran murid
CIRI-CIRI PENTAKSIRAN PORTFOLIO
Komprehensif
@ mengandungi bahan pembelajaran input pelajar
Terancang & Sistematik
@ penyediaan jadual pengumpulan maklumat dan kriteria penilaian mengikut perancangan
Bermaklumat
@ Dapat memberi maklum balas kepada guru
@ Membantu dalam membuat penilaian yang tepat
Dibuat Khusus
@ Khusus kepada tujuan portfolio yang disediakan
Autentik
@ penyimpanan portfolio berkait rapat dengan tugasan autentik (sebenar) yang dilakukan oleh pelajar
JENIS PENTAKSIRAN PORTFOLIO
Portfolio produk
hasil kerja murid dalam satu tempoh yang tertentu
contoh: tulisan khat, model solat berjemaah
refleksi : tertumpu pada hasil kerja sama ada mencapai standard atau melebihi standard yang diperlukan
Portfolio proses
tertumpu pada proses pembelajaran bukan pada produk akhir proses pembelajaran
contoh: tulisan khat secara berperingkat (huruf - perkataan - ayat)
penghasilan draf berdasarkan respon guru dan rakan sebaya
refleksi : startegi yang digunakan, keberkesanan proses murid menguasai kemahiran
Portfolio Penilaian
mempamerkan satu ciri penilaian sepanjang pengajaran dan pembelajaran
contoh : rekod pemerhatian cara bertayamum
mendokumenkan ujian, pemerhatian, rekod atau eviden penilaian lain
memasukkan hasil kerja terbaik dan hasil kerja yang tidak berjaya
refleksi : proses pembelajaran lebih bermakna
RUBRIK PENSKORAN
satu set peraturan yang digunakan oleh guru untuk mentaksir kualiti prestasi pelajar
rubrik penskoran ini berbentuk skala kadar atau senarai semak yang membantu guru untuk membuat pertimbangan.
KEPENTINGAN PENTAKSIRAN PORTFOLIO
Sebagai salah satu bukti pencapaian perkembangan pembelajaran murid
Membolehkan maklum balas diberikan terhadap pencapaian murid secara menyeluruh
Murid lebih teratur dan sistematik dalam mengendalikan maklumat berkenaan tujuan autentik
Melatih murid berupaya untuk membuat penilaian terhadap perkembangan pembelajaran kendiri.
PROSEDUR PENTAKSIRAN PORTFOLIO
1. KENAL PASTI TUJUAN DAN FOKUS PORTFOLIO
Tentukan fokus penaksiran portfolio
2. RANCANG ISI PORTFOLIO
Pilih dan tentukan isi kandungan, tempoh dan kekerapan penaksiran
3. REKA BENTUK ANALISIS PORTFOLIO
Tetapkan standard dan kriteria portfolio
Tentukan prosedur untuk mengintegrasikan maklumat dan sediakan jadual
4. SEDIAKAN TATACARA PENYAMPAIAN
Rancang penyampaian dan maklumat balas kepada pelajar dan ibu bapa
5. KENAL PASTI PROSEDUR MENGESAHKAN KETETAPAN MAKLUMAT
Bentuk sistem untuk semak kebolehpercayaan maklumat dan mengesahkan keputusan yang dibuat
6. LAKSANAKAN MODEL PENTAKSIRAN PORTFOLIO
Alat penaksiran yang sesuai digunakan dalam menaksir portfolio seperti rubrik, skala radar, senarai semak dan alat penilaian yang sesuai untuk penilaian holistik