Situasi Cikgu Mengajar
Murid-murid : Selamat pagi Cikgu..
Cikgu : Selamat pagi murid-murid ..duduk-duduk..
Hari ni kita akan belajar tentang khasiat sayur ..suka tak makan sayur ?
Murid-murid : Tak suka cikgu ..tak sedap.
Cikgu : Tak Sedap ? Sayur apa tu ?
Murid-murid : Sayur tu Cikgu. ( Semua tunjuk ke arah Hana)
Cikgu : Oooo..pegaga ..sedap ni..biasanya orang makan sebagai ulam-ulaman..tapi boleh dibuat jus jugak..
Sayur apa lagi yang adaa ? Mimi bawa apa?
Mimi : Ini sayur hijau Cikgu .
Cikgu : Oooo .ini sayur bayam.
Mimi : Sayur ni tak sedap Cikgu..
Sofea : Kek lagi sedap Cikgu..
Hana : Mama saya cakap makan apa pun boleh ,yang penting kena seimbang..
Sofea : Haa seimbang (sambil berkhayal) petang makan 2 aiskrim,malam makan 2 aiskrim..wahh,bestnyaa..can sayur jugak ..
Sofea : Haaa...? alaaaa..
Cikgu : Aipp..bukan macam tu murid-murid..makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan . Murid-murid perlu mengambil makanan yang mencukupi.
Murid-murid ; Apa yang kami perlu makan Cikgu ?
Cikgu : Cuba lihat piramid makanan ni ,ini adalah piramid makanan Malaysia yang terdiri daripada empat aras .
Aras yang paling bawah adalah aras 1..contoh makanan aras 1 ialah buah-buahan dan sayur-sayuran.
Seterusnya makanan di aras 2 pula ialah makanan yang perlu diambil dalam kuantiti yang banyak 3-5 sajian setiap hari.Makanan pada aras ini ialah nasi, bijirin, roti dan ubi-ubian .Karbohidrat adalah sangat penting kerana membekalkan sumber tenaga utama dalam tubuh badan . Faham murid-murid ?
Murid-murid : Faham Cikgu...apa makanan aras 3?
Cikgu : Makanan untuk aras 3 ialah makanan tinggi kandungan protein contoh ikan, ayam ,daging, dan telur perlu diambil 1-2 sajian setiap hari..
Makanan susu dan produk tenusu pula perlu diambil 2 sajian setiap hari .Boleh Cikgu teruskan murid-murid ?
Murid-murid : Boleh Cikgu..
Cikgu : Okey murid-murid...puncak piramid ialah makanan yang perlu diambil dalam kuantiti yang sedikit ..contoh makanan pada aras 4 ialah lemak, minyak gula dan garam ..haa paling penting 6-8 gelas air kosong setiap hari ye,..Air sangat penting untuk membantu mengekalkan metabolisme badan yang baik. Ini bermaksud minum air dapat membantu proses di dalam badan berlaku dengan baik seperti senang membuang air kecil dan air besar .
Murid-murid : Cikgu macam mana kita nak tahu makanan kita seimbang setiap hari?
Cikgu : Haaa....murid-murid boleh ikut saranan pinggan sihat Malaysia , iaitu suku-suku separuh ..
Sofea : Kalau makan tak seimbang ,apa jadi Cikgu?
Mimi : Kita akan sakit ..tak sihat ..
Cikgu : Betul tu ..sebab tu kita perlu makan ayam ,sayur ,kek dengan kuantiti yang cukup,jangan berlebihan..Faham semua ?